TUKAR BANK GAJI (Cara Pindah Syarat & Borang)

TUKAR BANK GAJI (Cara Pindah Syarat & Borang)

TUKAR BANK GAJI

Sekiranya anda merupakan penjawat awam yang bercadang untuk tukar akaun gaji anda di atas sebab-sebab tertentu, semestiny anda ingin mengetahui caranya. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk penukaran akaun bank gaji dan muat turun borang permohonan, semoga membantu.

 

SYARAT TUKAR AKAUN BANK GAJI

Berikut adalah merupakan syarat asas yang ditetapkan bagi penukaran akaun bank gaji iaitu:

  • Pertukaran Akaun Bank hanya dibenarkan SEKALI di dalam tempoh 12 bulan. Sila kemukakan satu salinan muka surat Buku Bank / Penyata Akaun yang menunjukkan butir-butir penama dan nombor akaun.
  • Permohonan pertukaran akaun bank ini tertakluk kepada pertimbangan Jabatan ini berdasarkan penjelasan yang kukuh / hasil siasatan yang dijalankan.

 

SENARAI BANK YANG BOLEH TUKAR AKAUN GAJI

Berikut adalah merupakan antara senarai bank yang boleh anda gunakan dan juga bank yang diterima untuk pembayaran faedah pencen iaitu:

  1. Affin Bank Berhad
  2. CIMB Bank Berhad
  3. Agrobank Berhad
  4. Hong Leong Bank Berhad
  5. Alliance Bank Berhad
  6. HSBC Bank (M) Berhad
  7. Bank Islam (M) Berhad
  8. Maybank Berhad
  9. Bank Muamalat
  10. Public Bank Berhad
  11. Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad
  12. RHB Bank Berhad
  13. Bank Simpanan Nasional

 

DOKUMEN DIPERLUKAN 

Pastikan anda sediakan dokumen sampingan seperti berikut bersama borang permohonan iaitu:

  • Satu salinan muka surat Buku Bank atau Penyata Akaun yang menunjukkan butir-butir penama dan nombor akaun yang telah diakui sah.
  • Satu salinan Kad Pengenalan (depan+belakang) pemohon yang telah diakui sah.

 

BORANG PERMOHONAN TUKAR AKAUN BANK GAJI

Pastikan anda memuat turun borang permohonan penukaran akaun gaji pada pautan di bawah:

 

CARA PERMOHONAN TUKAR AKAUN BANK GAJI

Kepada anda yang ingin membuat permohonan pertukaran akaun gaji, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Muat turun borang permohonan Pertukaran Akaun Bank
  2. Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap pada borang permohonan tersebut
  3. Hantar borang permohonan yang telah lengkap bersama dokumen sampingan ke Unit Kewangan jabatan anda untuk proses selanjutnya

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai penukaran akaun gaji, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Akautan Negara Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment