TUTORIAL PERMOHONAN BPN 2.0

TUTORIAL PERMOHONAN BPN 2.0

TUTORIAL PERMOHONAN BPN 2.0

SIAPA YANG LAYAK BPN 2.0?

Penerima yang telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini.

Permohonan baharu boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0.Permohonan baharu BPN  boleh dibuat mulai 15 Oktober 2020.

Berikut adalah perkongsian tentang TUTORIAL PERMOHONAN BPN 2.0 untuk memudahkan anda.

PERMOHONAN BARU BPN 2.0

  • Permohonan baru akan dibuka bermula 15 Oktober 2020.
  • Permohonan boleh dibuat di portal rasmi https://bpn.hasil.gov.my/
  • Sebarang permohonan secara manual tidak akan diterima.

TUTORIAL PERMOHONAN BPN 2.0

Bagi BPN 2.0 yang tidak pernah mohon BPN 1.0 sebelum ini,anda perlu buat permohonan baru.

Daftar > Login > Permohonan > Kemaskini > Semakan > Rayuan > Pembayaran

TUTORIAL DAFTAR BPN 2.0

Kepada yang tidak pernah dapat BPN,perlu buat pendaftaran BPN 2.0 seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Pergi ke bahagian Semakan Status
  3. Isikan Nombor MyKad
  4. Tekan butang Carian
  5. Akan ada paparan Captcha
  6. Isikan aksara Captcha seperti yang dipaparkan
  7. Tekan butang Semak
  8. Jika betul anda adalah pemohon baru, paparan status semakan anda adalah Tiada Rekod
  9. Tekan butang Permohonan Baru
  10. Anda perlu jawab dua (2) soalan keselamatan yang diberikan
  11. Soalan pertama ialah Apakah status kahwin anda yang telah didaftarkan?
  12. Sila pilih jawapan untuk soalan pertama mengikut status kahwin anda yang terkini iaitu:
  • Kahwin
  • Ibu Bapa Tunggal Balu / Janda / Duda Dan Mempunyai Anak
  • Bujang
  1. Klik Teruskan
  2. Soalan seterusnya ialah Apakah bandar yang telah didaftarkan?
  3. Taip bandar anda tinggal. Contohnya: Shah Alam
  4. Klik Teruskan
  5. Kini anda akan berada di bahagian PENDAFTARAN BPN
  6. Isikan Nama Penuh anda
  7. Tidak perlu masukkan No Kad Pengenalan kerana ia akan diisi secara automatik
  8. Pilih Kata Kunci Keselamatan
  9. Untuk Kunci Keselamatan, pastikan anda isi huruf dan nombor sahaja
  10. Seterusnya, anda perlu jawab beberapa lagi soalan keselamatan
  11. Antara soalannya ialah:
  • Apakah tahun kelahiran ayah anda?
  • Apakah tahun kelahiran ibu anda?
  • Apakah warna kegemaran adan?
  • Apakah makanan kegemaran anda?
  • Apakah haiwan kegemaran anda?
  • Apakah lagu kegemaran anda?
  • Apakah buku kegemaran anda?
  • Apakah nama panggilan anda ketika kecil?
  • Apakah sukan kegemaran anda?
  • Apakah buah kegemaran anda?
  1. Tulis jawapan di bahagian bawah setiap soalan
  2. Pastikan anda jawab minimum lima (5) soalan yang diberikan
  3. Klik Teruskan
  4. Kini anda akan berada di bahagian PENDAFTARAN BPN sekali lagi
  5. Sila buat Pengesahan bagi lima (5) soalan an jawapan anda
  6. Klik Teruskan
  7. Isikan Kata Laluan
  8. sikan Pengesahan Kata Laluan
  9. Klik Daftar
  10. Pendaftaran BPN anda kini sudah berjaya
  11. Anda akan terima mesej “Anda telah berjaya didaftarkan. Sila ke halaman Log Masuk untu ke menu BPN”.

TUTORIAL LOGIN BPN 2.0

Berikut adalah cara login BPN 2.0:

  1. Layari portal rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Pergi ke bahagian Semakan Status
  3. Isikan Nombor MyKad
  4. Tekan butang Carian
  5. Akan ada paparan Captcha
  6. Isikan aksara Captcha seperti yang dipaparkan
  7. Tekan butang Semak
  8. Oleh kerana anda sudah mendaftar, maka anda akan dapat melihat tiga (3) status ini:
  • Lulus
  • Tidak Lulus
  • Tiada Rekod
  1. Jika anda sudah daftar dan sudah buat permohonan BPN, anda akan dapat lihat paparan Status Lulus / Tidak Lulus
  2. Jika anda sudah daftar tetapi masih lagi belum buat permohonan BPN, anda akan dapat lihat status Tiada Rekod.
  3. Maka, sila buat permohonan baru BPN 2.0

TUTORIAL PERMOHONAN BARU BPN 2.0

Berikut adalah cara mohon BPN 2.0:

  1. Layari portal rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Klik Log Masuk
  3. Anda akan dapat lihat dua (2) tab di bahagian atas iaitu:
  4. Maklumat Pemohon
  5. Pengesahan
  6. Di bahagian Maklumat Pemohon, isikan dengan lengkap:
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Jantina
  • Alamat
  • Poskod
  • Bandar
  • No Telefon Rumah
  • Pekerjaan
  • Status Perkahwinan
  • Maklumat Pasangan .
  1. Isikan Maklumat Waris dengan lengkap di ruangan yang disediakan
  2. Isi bahagian Maklumat Anak
  3. Klik Teruskan
  4. Anda kini berada di bahagian Pengesahan
  5. Akan ada paparan mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar”
  6. Masukkan Captcha seperti yang tertera
  7. Klik Sahkan Captcha
  8. Di bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut yang menunjukkan anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  9. Klik butang Hantar jika anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  10. Selepas tekan butang Hantar, akan ada pilihan untuk anda mendaftar akaun untuk membolehkan anda Log Masuk untuk melihat perincian
  11. Kami andaikan anda sudah daftar BPN 2.0 Bujang seperti yang dikongsikan di atas
  12. Maka, klik Tidak
  13. Klik butang Cetak untuk mencetak borang permohonan BPN yang telah didaftarkan(Permonon BPN 2.0 sudah selesai)

Tak sabar dah nak buat SEMAKAN BPN 2.0?Kini anda boleh mula buat semakan Harap-harap layak ler

TUTORIAL SEMAKAN BPN 2.0

Berikut cara buat semakan BPN 2.0:

  1. Layari portal rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  3. Tekan butang Cari
  4. Isikan Captcha seperti yang terpapar
  5. Tekan butang Semak.
  6. Akan keluar paparan:
  7. Nama
  8. No MyKad
  9. Status Permohonan
  10. Info Tambahan
  11. Jika anda berstatus Lulus, anda akan dapat lihat paparan lain iaitu:
  • Fasa
  • Jumlah Dikredit
  • Status Kredit
  • Nama Bank
  • No Akaun
  1. Jika Lulus, sila ambil perhatian pada bahagian Status Kredit.
  2. Jika Status Kredit ialah ialah Berjaya Kredit, duit bantuan sudah dimasukkan ke dalam akaun bank
  3. Jika Status Kredit ialah ialah Gagal Kredit, ini bermakna ada masalah untuk masukkan duit ke dalam akaun bank

KEPUTUSAN PERMOHONAN BARU BPN 2.0

Akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

TARIKH PEMBAYARAN PERMOHONAN BARU BPN 2.0

Mengikut info yang kami terima, pembayaran akan dibuat secara sekaligus pada Januari 2021

Pembayaran akan dibuat terus ke akaun yang telah didaftaran semasa proses permohonan dibuat.

Akaun bank yang didaftarkan mestilah masih aktif.

Untuk maklumat pembayaran,boleh rujuk SEMAKAN PEMBAYARAN BPN 2.0

SOALAN LAZIM BPN 2.0

Saya merupakan bujang yang akan memasuki umur 21 tahun pada tahun 2021.

Sekiranya saya belum cukup umur 21 tahun semasa permohonan dibuka, adakah saya layak memohon?

Pemohon yang layak memohon adalah pemohon yang lahir pada tahun 1999 dan ke bawah

Saya adalah pasangan kepada penerima BPN 2020 sebelum ini di bawah kategoriIsi Rumah dan telah bercerai. Adakah saya layak untuk menerima BPN 2.0 kategori ibu / bapa tunggal?

Anda boleh mengemukakan permohonan baharu/rayuan mulai 15 Oktober 2020 kategori ibu / bapa tunggal sekiranya menepati syarat kelayakan.

Bilakah tarikh pembayaran permohonan baru BPN 2.0?

Pembayaran akan dibuat Januari 2021.

Anda nak tahu apa apakah maksud status permohonan BPN 2.0 diterima?Baca MAKSUD STATUS PERMOHONAN BPN 2.0 DITERIMA / DIPROSES

Tags: #TUTORIAL PERMOHONAN BPN 2.0

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    PENDAFTARAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN MYEG
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPENDAFTARAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN MYEG APA ITU PROGRAM SARINGAN PRIHATIN MYEG? Program
    STATUS PEMBAYARAN BPN 2.0 MENGIKUT BANK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSTATUS PEMBAYARAN BPN 2.0 MENGIKUT BANK Ramai yang tengah cari maklumat tentang
    PENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK Untuk makluman, setiap permohonan rumah mampu
    RUMAH SELANGORKU:SEMAKAN PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinRUMAH SELANGORKU:SEMAKAN PERMOHONAN APA ITU RUMAH SELANGORKU Skim ini merupakan perumahan yang
    1. author

      Noorizal abd mutalib3 weeks ago

      Tolong batal pemohonan saya..

      Reply
    2. author

      SHAHRUL AZHAR BIN MHD NASIR1 week ago

      lepas dah keluar tiada rekod tiada pun yang no. 9 tu..?

      Reply
    3. author

      shazwan bin roslan5 days ago

      Tolong sya kenapa tiap sya buat permohonan slalu tiada dalam rekod dari pkp dluh lagi sya tidak dapat apa pun

      Reply

    Leave a reply "TUTORIAL PERMOHONAN BPN 2.0"