TUTORIAL PERMOHONAN GKP 2.0
Kepada yang berminat untuk buat pemohonan GKP 2.0,kami sediakan panduan untuk memudahkan anda buat permohonan,sila rujuk TUTORIAL PERMOHONAN GKP 2.0 yang disediakan.
SIAPA YANG LAYAK GKP 2.0?
Secara asasnya, bantuan ini hanya untuk usahawan yang belum menerima GKP sebelum ini.
Lain-lain syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Masih aktif menjalankan perniagaan
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
- Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik
Selain itu, pemohon mestilah berdaftar dengan beberapa agensi berikut:
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
PERMOHONAN BARU GKP 2.0
- Permohonan baru akan dibuka bermula 1-31 Oktober 2020.
- Permohonan boleh dibuat di portal rasmi https://gkp.hasil.gov.my
- Sebarang permohonan secara manual tidak akan diterima.
TUTORIAL PERMOHONAN GKP 2.0
- Layari portal Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0
- Masukkan No. Kad Pengenalan/MyKad 12 Digit (cth: 721025105313) yang telah didaftarkan dan klik butang ‘search’.
- Klik butang Permohonan Baharu untuk membuat permohon.
- Untuk Makluman Pemohon, Maklumat seperti Nama dan NoKP adalah berdasarkan Data Agensi yang diterima. Satu mesej pemberitahuan akan dipaparkan. Sila tekan OK.
- Isi Maklumat Diri ,Maklumat Pasangan (jika berkenaan) dan Maklumat Perniagaan dengan tepat.
- Klik Butang ‘Teruskan’ setelah memasukkan semua maklumat dengan tepat.
- Pengesahan Captcha – Isi Captcha dengan betul dan klik pada butang Sahkan Captcha.
- Akuan Pengesahan, pemohon hendaklah menandakan di ruang berkenaan sekiranya bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
- Setelah Permohonan Berjaya dihantar pemohon boleh untuk mendaftar pemohon diberi pilihan untuk mendaftar akaun bagi tujuan Log Masuk. Jika tidak Pemohon boleh memilih untuk Butang Tidak
KEPUTUSAN PERMOHONAN GKP 2.0
Pemohonan boleh membuat semakan status permohonan mulai 15 November di portal yang sama.
Bagi tujuan semakan,boleh rujuk SEMAKAN GKP 2.0
TARIKH PEMBAYARAN GKP 2.0
Mengikut info yang kami terima, pembayaran akan dibuat bermula 25 November secara one-off sebanyak RM3,000.
Pembayaran akan dibuat terus ke akaun yang telah didaftaran semasa proses permohonan dibuat.
Akaun bank yang didaftarkan mestilah masih aktif.
DOKUMEN SOKONGAN GKP 2.0
Sekiranya permohonan anda tidak lulus, anda boleh mengemukakan beberapa dokumen sokongan mengikut kod alasan yang diberikan.
SOALAN LAZIM GKP 2.0
Saya berdaftar dengan SMM tetapi tidak dengan LHDNM, bolehkah saya memohon?
Ya anda layak memohon GKP 2.0.
Berapakah jumlah bantuan GKP 2.0?
Sama seperti sebelum ini iaitu RM3,000 secara one-off.
Bilakah saya boleh menyemak status permohonan Geran Khas Prihatin?
Bermula 15 November 2020.
Bilakah tarikh pembayaran GKP 2.0?
Pembayaran akan dibuat bermula 25 November 2020.
Tags: #TUTORIAL PERMOHONAN GKP 2.0
Nur Amirah Binti Aziz6 months ago
APA BEZA NO PENDAFTARAN DENGAN NO LESEN PERNIAGAAN?
Lincoln anak tias6 months ago
Macam mana nak buat permohonan baru
Tan6 months ago
Perolehan = net profit / gross profit ?
Thank you
Aa6 months ago
Orang tanya bukan nak jawab
Hassan albasri5 months ago
Sy tak lulus disebabkan tak aktif perniagaan 2020..padahal sy start brniaga tahun 2019 smpai skrg..ape perlu sy buat..dah la tggu kptusan brbulan tak lulus pulak tu…cume slah isi borang sahaja sya masih aktif brniaga 2020