Isi Kandungan
LOGIN UiTM STUDENT PORTAL (Semak Jadual Pendaftaran Course Semak Result)
Kehidupan pelajar pada hari ini memerlukan sistem pengurusan pelajar. Di Uitm ia dikenali sebagai UiTM Student Portal yang memudahkan serta melancarkan lagi urusan harian dengan pihak universiti.
Bermula daripada pendaftaran subjek, semakan keputusan peperiksaan, serta pelbagai info semasa dipaparkan di portal ini untuk makluman semua pelajar. Untuk pengetahuan pelajar, sehingga hari ini terdapat 34 kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di setiap negeri di Malaysia. Kesemua kampus ini menggunakan sistem yang sama iaitu UiTM Student Portal.
SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UITM
Pelajar boleh menyemak keputusan Peperiksaan melalui mana-mana aplikasi yang dinyatakan di bawah:
- UiTM Student Portal – https://istudent.uitm.edu.my
- SaringC19 UiTM – https://saringc19.uitm.edu.my
- MyStudent App – https://mystudent.uitm.edu.my
Pelajar boleh mula menyemak keputusan peperiksaan akhir bermula jam 9 pagi, 15 Mac 2022.
Apakah Kandungan Yang Terdapat pada UiTM Student Portal?
Portal ini terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu:
- eAcademic
- Jadual Kelas
- Keputusan Peperiksaan
- Slip Peperiksaan
- Sistem Pendaftaran eCourse
- Permohonan Cuti Khas
- Permohonan Lanjutan Pengajian
- Permohonan Transkrip Akademik
- iLearn Portal
- iClass
- SuFO
- FinePortal
- Bayaran bil
- eHEP
- e-Kolej
- Insentif Makan
- Zakat
- Stiker Kenderaan
- Saman Lalulintas
- Pelajar NR
- Stiker Elektrik
- Bantuan Aktiviti Kampus (eSPAK)
- Kebajikan / Bantuan Kewangan Pelajar
Bagaimanakah cara menggunakan UiTM Student Portal?
1.Cara Daftar & Login UiTM Student Portal
- Untuk login ke UiTM Student Portal, berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan:
- Pergi ke alamat URL rasmi : https://istudent.uitm.edu.my
- Klik di “Click Here to Recover” untuk login kali pertama
- Isi student ID, alamat emel dan nombor sekuriti yang diberikan.
- Kemudian klik “Send my Password to my Email Now”.
- Periksa emel anda dan ikut arahan yang disediakan dalam emel dari UiTM
Panduan Pengaktifan Akaun Google Pelajar UiTM
- Layari https://mail.uitm.edu.my
- Pilih menu Gmail Student
- Masukan Username seperti berikut:
- Taip no. pelajar diikuti dengan @student.uitm.edu.my
- (Cth. [email protected] )
- Masukkan Password mengikut kombinasi berikut :
- Dua (2) huruf pertama daripada nama penuh pelajar dan huruf pertama adalah huruf BESAR, diikuti dengan simbol @ dan enam (6) nombor terakhir nombor pelajar UiTM.
- Contoh :
- Nama Pelajar : Abdul Halim Abdul Hamid
- No. Pelajar : 2017123456
- Password Email Google Pelajar UiTM: Ab@123456
- Sebarang permasalahan berkaitan perkara ini, mohon salurkan aduan https://units.uitm.edu.my/aduan_add.cfm, Sila pilih kategori “Operasi Emel Google
2. UiTM Istudent Portal
Istudent portal adalah portal yang mana akan memaparkan maklumat dan info terkini berkenaan UiTM. Ini termasuklah pengumuman bilakah tarikh peperiksaan UiTM, bila kemaskini boleh dilakukan dan juga hebahan program terkini di semua kampus UiTM di setiap negeri.
Antara submenu di dalam portal ini adalah :
Jadual Exam Group A Asasi / Jadual Exam Group B
Cara Menggunakan Aplikasi i-Student Portal
Selain dilayari di laman web, anda juga boleh menggunakan iStudent Apps yang membawakan maklumat terkini dengan mudah dan cepat.
Ianya boleh dimuat turun melalui Google Playstore di pautan ini: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.edu.uitm.istudent&hl=en
Semua maklumat serta kandungan yang terdapat dalam laman web rasmi UiTM iStudent terdapat dalam aplikasi ini.
3. Pendaftaran Course UiTM
Pada awal semester, pendaftaran kursus akan diadakan . Di mana pada tempoh ini, tambah dan gugur kursus akan dibuka. Maka para pelajar boleh memilih kursus yang mana hendak diambil pada sem berkenaan. Untuk masuk ke dalam portal pendaftaran kursus, klik bawah:
Anda masukkan student ID dan juga kata laluan anda. kemudian, klik butang login.
4.UiTM Library
Semua maklumat mengenai perpusatakaan UITM boleh diperolehi di sini (UITM LIBRARY)
5.iLearn UiTM Login
Bagi iLearn UiTM, anda boleh mengakses melalui link di sini ILEARN
6.UiTM MOOC
MOOC adalah satu portal yang diwujudkan bagi menyediakan bahan online kepada para warga UiTM.
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda mengalami sebarang masalah atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang laman web ini, anda boleh merujuk kepada sumber berikut :
Laman web rasmi UiTM
Telefon : +603-5544 2000