PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA(Borang Medical Check Up)

PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA(Borang Medical Check Up)

PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA

Kepada golongan individu yang berumur 40 tahun dan ke atas, kini Kerajaan Malaysia telah mewujudkan satu inisiatif pemeriksaan kesihatan secara percuma melalui satu program yang dikenali sebagai Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS). Disini kami akan kongsikan kepada anda mengenai inisiatif Pemeriksaan Kesihatan ini, semoga membantu.

 

APA ITU PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA

Program ini diperkenalkan bertujuan untuk meningkatkan taraf dan kualiti kesihatan masyarakat Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan. Ia bertujuan untuk menggalakkan golongan individu ini mengesan faktor-faktor penyakit yang tidak berjangkit seperti diabetes, kadar kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi, strok, kanser dan banyak lagi pada peringkat awal agar ianya boleh dirawat dan dicegah dengan cepat.

 

SENARAI PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA

Berikut adalah merupakan antara saringan yang dijalankan menerusi Program Saringan Kesihatan Nasional iaitu:

  • Saringan pemeriksaan indeks jisim tubuh
  • Pemeriksaan tekanan darah
  • Pemeriksaan paras glukos darah
  • Pemeriksaan paras kolestrol darah
  • Ujian darah dalam najis
  • Saringan kanser payudara
  • Status merokok.

 

SENARAI KLINIK PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA

Klinik Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama daripada PeKa B40, PERKESO dan LPPKN menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan secara percuma ini.

 

SENARAI HOSPITAL SWASTA TERLIBAT PEMERIKSAANPERCUMA

Berikut adalah merupakan antara senarai hospita  swasta yang menyertai program ini iaitu:

  • Hospital Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Hospital Assunta
  • KPJ Bandar Dato’ Onn
  • Iswanah Health Care
  • Hospital Vidant Duplin
  • Hospital Pakar Kuala Terengganu

NOTA: Kebanyakkan hospital swasta yang menawarkan pemeriksaan percuma ini adalah untuk tempoh-tempoh tertentu.

 

CARA DAPATKAN PEMERIKSAAN KESIHATANPERCUMA

Pemeriksaan kesihatan ini boleh dijalankan di mana-mana klinik kesihatan kerajaan dan swasta yang menawarkan program ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pemeriksaan Kesihatan dengan menghadiri Klinik Kesihatan Malaysia (KKM)
    • Individu yang ingin membuat pemeriksaan kesihatan perlu membuat janji temu menerusi aplikasi MySejahtera atau hanya hadir tanpa membuat apa-apa janji temu.
    • Bagi janji temu menerusi aplikasi MySejahtera, individu boleh memilih mana-mana klinik kesihatan yang berdekatan dan pilihan tarikh untuk membuat pemeriksaan kesihatan boleh dipilih mengikut masa individu.
  2. Pemeriksaan Kesihatan menerusi Program PeKa B40
    • Individu yang ingin membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu membuat semakan kelayakan.
    • Semakan boleh dibuat di laman sesawang https://kelayakan.pekab40.com.my
    • Masukkan nombor Kad Pengenalan dan klik pada butang “Semak”.
    • Jika nama anda tersenarai, anda boleh hadir ke mana-mana klinik kerajaan berdaftar sebagai Klinik PeKa B40 yang berhampiran tanpa perlu membuat janji temu.
  3. Pemeriksaan Kesihatan menerusi Skim Keilatan bagi pencarum PERKESO.
    • Individu yang layak boleh membuat janji temu bagi pemeriksaan kesihatan ini menerusi aplikasi SEHATi.

 

ARTIKEL LAIN

BORANG HIV TEST KKM PDF  SETIAP NEGERI (Ujian Saringan Pra Perkahwinan)

2 thoughts on “PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA(Borang Medical Check Up)”

  1. Suami saya pada 27/02/2020 balik dari Korea, dia seorang pekerja sendiri tak ada pendapatan tetap. Untuk keselamatan orang ramai, dia sudah dikuarantin selama 14hari di Hotel, sepanjang masa tersebut kami tak ada pendapatan dan ingin mohon wang ihsan RM100 untuk ganti bayaran hotel dan kurangan beban kehidupan. Tetapi tak tahu dimana dapat mohon wang tersebut. Receipt hotel tersebut kami ada, sila bantu kami, terima kasih.

    Balas

Leave a Comment