WHO MENGISTIHARKAN PANDEMIK COVID-19

WHO MENGISTIHARKAN PANDEMIK COVID-19
WHO telah mengistiharkan wabak Covid-19 sebagai Pandemik. Pandemic adalah gabungan 2 perkataan iaitu Pan: Semua dan Demos:Orang ramai. Pandemik adalah wabak penyakit berjangkit baru yang merebak secara meluas di banyak negara dan benua melibatkan ramai manusia.
Mengistiharkan pandemik bukanlah sesuatu yang mudah kerana dikhuatiri boleh menimbulkan panik dan tanggapan bahawa wabak ini sudah tidak dapat dikawal. Ia juga boleh menyebabkan wujudnya langkah-langkah yang melampau. Sebenarnya pengistiharan Pandemik bertujuan seperti mengejutkan dari tidur negara-negara yang masih tidak melakukan tindakan kawalan yang mencukupi seperti yang disarankan oleh WHO.
Negara-negara yang sudah melakukan tindakan kawalan penyakit seperti yang dikehendaki tidak perlu membuat apa-apa tindakan tambahan, mereka hanya perlu teruskannya. WHO khuatir jika negara-negara maju tidak mengambil langkah kawalan yang betul, wabak ini akan merebak ke negara-negara kurang maju dan mundur di mana kadar jangkitan dan kematian boleh mencapai skala yang sangat besar. Kali terakhir WHO mengistiharkan Pandemik adalah pada tahun 2009 ke atas wabak H1N1.
DATA TERKINI BERKAITAN COVID-19
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata virus berkenaan telah menjangkiti lebih 118,000 orang di 114 negara dan meragut 4,291 nyawa, setakat ini, bahkan angka terbabit dijangka terus meningkat.
Semua negara perlu mengambil tindakan segera dan agresif untuk mengekang serta memerangi virus berkenaan.
Jumlah kes COVID-19 di luar China meningkat 13 kali ganda dalam tempoh dua minggu lalu, manakala bilangan negara yang terkesan bertambah tiga kali ganda.
Iran dan Itali muncul negara paling terkesan di Asia Barat serta Eropah dengan masing-masing mencatatkan 354 dan 827 kematian.
Tedros berkata, Itali dan Iran sedang berada ‘di barisan hadapan’ dan menderita akibat penularan wabak itu.
Jika anda mempunyai gejala pernafasan :
- Elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai dan sesak.
- Pakai penutup mulut dan hidung (mask) jika berkunjung ke tempat tumpuan ramai.
- Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang digunakan dan basuh tangan dengan sabun dan air atau sanitizer
- Kerap basuh tangan dengan sabun dan air atau sanitizer
- Dapatkan rawatan awal dan maklumkan sejarah perjalanan anda kepada doktor yang merawat.
KESIMPULAN
Berdasarkan WHO MENGISTIHARKAN PANDEMIK COVID-19, anda juga perlu lebih berhati-hati dan mengambil berat tentang wabak Covid-19 untuk mengelakkan kita menjadi mangsa. Sentiasa mengambil perhatian kepada informasi dan saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tags: #COVID-19 #WHO MENGISTIHARKAN PANDEMIK COVID-19