BAYARAN i-SINAR KWSP:TARIKH PEMBAYARAN i-SINAR
Berdasarkan maklumat awal, bayaran i-SINAR KWSP akan dibuat pada 11 Januari 2021,namun belum dimaklumkan secara khusus tarikh pembayaran pendahaluan/bulan pertama i-SINAR.
Nak tahu bila duit i-Sinar masuk ke akaun bank anda? Rujuk CHECK DUIT i-SINAR DAH MASUK BANK
MAKSUD BAYARAN PENDAHALUAN i-SINAR
Bayaran pendahaluan i-SINAR bermaksud bayaran bulan pertama dan dijangka bayaran ini dalam jumlah yang besar,contohnya RM5,000-6,000
Jika nak mohon i-Sinar Kategori 2, rujuk CARA PERMOHONAN i-SINAR KATEGORI 2
MAKSUD BAYARAN BULANAN i-SINAR
Bayaran bulanan i-SINAR bermaksud bayaran baki selepasa bayaran pendahaluan yang dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan pihak KWSP
Sila rujuk PERMOHONAN i-SINAR ONLINE melalui (isinar.kwsp.gov.my)
Contohnya RM500- 1,000 sebulan sehingga selesai pengeluaran RM10,000
Sebelum ini, mari kita fahami konsep penting pengeluaran i-SINAR,berikut adalah butiran asas yang perlu ahli fahami:
- Pengeluaran duit EPF bukan secara one-off sebanyak RM10,000,pihak KWSP tidak mampu untuk membayar sekaligus kepada ahli pada Januari 2021 sebanyak RM10,000 seorang.
- Ahli perlu menunjukan bukti pendapatan terjejas untuk layak mohon i-Sinar
- Jangan lupa membuat kemaskini i-Akaun KWSP bagi memudahkan proses permohonan i-SINAR
- Permohonan i-Sinar digalakkan dilakukan secara atas talian
- Jika ahli mempunyai baki akaun 1 KWSP yang kurang daripada RM10,000,anda juga layak
- Ahli yang telah lama tidak mencarum juga layak
TARIKH PERMOHONAN i-SINAR
Ahli KWSP kategori 1 yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon program i-Sinar bermula 21 Disember ini.
TARIKH BAYARAN i-SINAR KWSP
Ahli KWSP yang permohonan pengeluaran i-SINAR diluluskan akan menerima bayaran pada 11 Januari 2021
TARIKH SEMAKAN STATUS i-SINAR KWSP
Bermula 4 Januari 2021
Jika nak hadir ke cawangan KWSP,sila buat Janji Temu KWSP ONLINE terlebih dahulu
SOALAN LAZIM BAYARAN i-SINAR
Apa itu i-SINAR KWSP?
Program ini adalah untuk semua pencarum KWSP yang layak untuk mengeluarkan simpanan KWSP akaun 1 sebanyak RM10,000
Macam mana ahli yang layak nak mohon?
Ahli boleh mohon guna i-Akaun KWSP atau portal i-Sinar atau hadir ke cawangan KWSP apabila dimaklumkan tarikh buka permohonan.
Saya ingin buat pengeluaran sekaligus RM10,000?
Tidak boleh kerana ahli dibenarkan membuat pengeluaran secara berperingkat dalam tempoh masa yang ditentukan pihak KWSP
Adakah boleh keluarkan duit daripada akaun 1 jika baki kurang daripada RM10,000?
Ahli boleh keluarkan duit daripada akaun 1 walaupun tidak mencukupi RM10,000
Apakah CONTOH surat/ dokumen yang boleh buktikan pendapatan saya terjejas?
Berikut adalah contoh surat/dokumen surat berhenti kerja,notis cuti tanpa gaji, potongan gaji, elaun atau OT (elaun kerja lebih masa) atau pengurangan pendapatan jika bekerja sendiri.
Adakah boleh membuat pengeluaran i-SINAR jika tiada nombor akaun bank?
Tidak boleh, sila buka akaun bank
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sila hubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000 atau melayari https://www.kwsp.gov.my/ untuk mendapatkan info lanjut.
Tags: #BAYARAN i-SINAR KWSP #MAKSUD BAYARAN BULANAN i-SINAR #MAKSUD BAYARAN PENDAHALUAN i-SINAR #TARIKH BAYARAN i-SINAR KWSP #TARIKH SEMAKAN STATUS i-SINAR KWSP
Teikeng malonggin2 months ago
Saya mahu pengeluaran KWSP akaun 1 sebanyak rm 10.000
Mohd rasydan2 months ago
Slm,macam saya ni muflis,dah tak blh buka akaun bnk,jadi macamana?unk pengeluatan i-lestari sya ambik boucher kat bnk.
Muhamad sufian manap1 month ago
Kenapa saya punya duit kwsp 500 bulan 12 belum masuk akaun saya saya berharap boleh dapat segera
Norain binti Ramli1 month ago
Boleh tak kalau saya nak tukar amount i sinar? bagaimana cara nak tukar?
Mohamad mashudi bin setu3 weeks ago
Boleh tqk saya tukar amaun pengeluaran dari 10k ke 60k..bila saya dapat amaun pengeluaran itu..
Kou tze wang3 weeks ago
Saya nak tahu jadual pembayaran isinar saya
Fakis shah nizam bin Abdullah Sani2 weeks ago
Yang mana betul ni ?? Boleh keluar atau tidak jika tiada akaun bank ?? Sebab permohonan i-sinar saya sudah lulus tanpa bank..
Norhisham b. Mohd salleh2 weeks ago
Macam mana saya hendak mengetahui i sinar saya telah dikreditkan ke akkaun bank
Rahim2 weeks ago
Maçam mane nk amk arahan bayaran po
Rahim2 weeks ago
Macam maner nak ambik po. Biler boleh ambk po
Apit2 weeks ago
Ye lah,,yg mne btul ni..prmohonan saya pun tlah diluluskan tanpa akaun bank
Joseph3 days ago
Bilakah tarikh penerima i sinar melalui arahan pembayaran untuk pencarum yang layak di kuching,sarawak?
Hamidi bin hassan1 day ago
Bila tarikh pembayaran kedua I sinar akan dibayar