CARA TERMINATE ASB LOAN (MAYBANK,CIMB,RHB)

CARA TERMINATE ASB LOAN (MAYBANK,CIMB,RHB)

CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)

Kepada pelanggan ASB yang ingin terminate pinjaman ASB atas pelbagai sebab tertentu, sudah semestinya ingin mengetahui bagaimana cara terminate ASB loan. Disini kami akan kongsikan, semoga membantu.

 

APA ITU PINJAMAN ASB?

Pinjaman ASB merupakan pinjaman berjangka asas dan faedah yang dikenakan ke atas peminjam ASB menggunakan kaedah pengurangan baki. Di Malaysia, sesetengah bank yang merupakan ejen dana ASB juga memberikan pinjaman ASB seperti perkhidmatan Maybank,CIMB Bank dan RHB.

 

PUNCA INGIN TERMINATE PINJAMAN ASB

Antara punya pelanggan ingin terminate akaun ASB adalah:

  • Pulangan pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang adakalanya rendah
  • Kadar keuntungan atau dividen yang diperolehi daripada melabur di ASB dan kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank untuk pinjaman yang dilakukan semakin tidak berbaloi.

 

CARA TERMINATE ASB LOAN BANK MAYBANK

Berikut adalah merupakan cara terminate pinjaman ASB dengan Maybank:

  1. Anda perlu kunjungi di mana-mana cawangan Maybank.Dokumen yang perlu dibawa adalah kad pengenalan anda.
  2. Anda disarankan membawa nombor akaun pinjaman ASB anda. Sekiranya anda terlupa, pegawai bank boleh memeriksa akaun pinjaman ASB anda melalui nombor kad pengenalan anda.
  3. Kemudian, anda pergi ke bahagian kaunter front desk dan perlu maklumkan yang anda ingin terminate pinjaman ASB.
  4. Pegawai bank akan memeriksa status akaun pinjaman anda samaada terdapat baki, status tunggakan dan sebagainya.
  5. Anda perlu myatakan sebab atau alasan anda ingin membatalkan pinjaman ASB anda.
  6. Anda akan diberikan borang daripada pegawai bank iaitu borang membatalkan pinjaman ASB anda.
  7. Setelah borang permohonan selesai diisi, anda akan dibawa ke front desk untuk memeriksa cap jari.
  8. Urusan terminate asb loan bank Maybank anda selesai.

 

CARA TERMINATE ASB LOAN BANK CIMB

Berikut adalah merupakan cara terminate pinjaman ASB dengan Bank CIMB:

  1. Anda perlu kunjungi di mana-mana cawangan CIMB dan dokumen yang perlu dibawa adalah kad pengenalan anda.
  2. Anda perlu pergi ke bahagian kaunter front desk dan maklumkan yang anda ingin terminate pinjaman ASB anda.
  3. Serahkan kad pengenalan kepada pegawai bank untuk membuat semakan status pinjaman anda.
  4. Kebiasaannya pegawai bank yang bertugas akan bertanyakan sebab anda ingin menamatkan pinjaman ini dan anda perlu nyatakan alasan munasabah kepada pegawai bank sebab utama anda ingin membatalkan pinjaman anda.
  5. Kemudian, isikan borang permohonan pembatalan pinjaman ASB dan diserahkan kepada pegawai bank.
  6. Proses biasanya akan mengambil masa 2 minggu dimana anda akan dihubungi pegawai bank dan pengesahana bayaran baki bon pinjaman anda.

 

CARA TERMINATE ASB LOAN BANK RHB

Berikut adalah merupakan cara terminate pinjaman ASB dengan Bank RHB:

  1. Sebelum anda kujungi cawangan bank RHB. Anda perlu kunjungi di mana-mana cawangan CIMB dan dokumen yang perlu call customer service dulu untuk maklumkan cancellation. Customer Service akan memberi maklumat kepada anda berkaitan terminate ASB Loan.
  2. Jika loan asb yang anda buat tidak cukup tempoh 36 bulan bayaran,akan dikenakan denda sebab tidak cukup 36 bulan. Jika lebih  36 bulan bayaran, anda boleh tutup tanpa sebarang denda.
  3. Anda perlu pergi ke bahagian kaunter front desk dan maklumkan yang anda ingin terminate pinjaman ASB anda.
  4. Serahkan kad pengenalan kepada pegawai bank untuk membuat semakan status pinjaman anda.
  5. Anda perlu nyatakan alasan munasabah kepada pegawai bank sebab utama anda ingin membatalkan pinjaman anda.
  6. Kemudian, isikan borang permohonan pembatalan pinjaman ASB dan diserahkan kepada pegawai bank.
  7. Anda akan dibawa ke front desk untuk memeriksa cap jari.
  8. Proses terminate asb loan bank RHB  anda selesai.
  9. Bagi bank RHB, tempoh 2 bulan untuk urusan  jualan balik and urusan BNM diperlukan. Selepas proses ini selesai, anda akan tahu berapa jumlah hasil yang diperolehi daripada terminate asb loan RHB.

 

CARA TERMINATE ASB LOAN DENGAN LAIN-LAIN BANK 

Berikut adalah merupakan cara terminate pinjaman ASB dengan lain-lain Bank:

  1. Proses membatalkan loan anda dengan mana-mana bank lebih kurang sama iaitu anda perlu melakukannya di kaunter kerana proses sebegini tidak boleh dilakukan secara dalam talian.
  2. Untuk pengesahan, anda akan diberikan borang untuk diisi sebagai tanda persetujuan membatalkan ASB loan.
  3. Walau bagaimanapun, tempoh proses pembatalan mungkin berbeza bagi setiap bank.
  4. Untuk maklumat lanjut, boleh bertanyakan lebih terperinci dengan pegawai bank yang anda temui di kaunter bank.

 

TEMPOH PEMBATALAN TERMINATE ASB LOAN

Setiap bank mempunyai tempoh tertentu untuk peminjam membatalkan ASB loan ini.

 

CAJ PENALTI TERMINATE ASB LOAN

Untuk makluman anda, pada masa kini kesemua asbf dari pelbagai bank tiada lagi Lock In Period. Maksudnya boleh terminate anytime walaupun asbf tersebut baru setahun sahaja.

 

RISIKO TERMINATE ASB LOAN AWAL

  1. Lebihan bayaran takaful kena dibayar
    • Contohnya ASBF RM100,000 + takaful 30 tahun. Total loan RM103,000.
    • Lebihan RM3,000 tu sebenarnya untuk bayaran takaful
    • Jika terminte terlalu awal, lebihan itu dipanggil shortfall
  2. Cara elakkan shortfall
    • Ambil takaful minimum 5 tahun.
    • Untuk sijil RM100,000, bayaran takaful untuk 5 tahun hanya lebih kurang RM620 sahaja. Jadi total loan sekitar RM100,620.
    • Dalam masa 6 bulan baki loan akan kurang daripada RM100,000.

 

SOALAN LAZIM 

Boleh ker terminate loan ASB secara online?

  • Tidak boleh

Apakah dokumen yang diperlukan untuk terminate ASB LOAN?

  • Kad pengenalan

Apa itu nombor akaun pinjaman ASB?

  • Ia adalah nombor rujukan untuk pinjaman ASB anda.

Adakah saya akan dapat terus duit selepas terminate ASB LOAN?

  • Bergantung kepada bank,ada yang mengambil masa sehingga 2 minggu untuk dapat duit.

Adakah saya dikenalkan penalti jika terminat ASB LOAN?

  • Bergantung kepada kontrak yang dipersetujuan semasa memohon ASB LOAN,sila semak butiran ASB LOAN anda.

Adakah saya untung atau rugi jika terminate loan ASB?

  • Bergantung kepada pelaburan anda,sila buat semakan tentang pelaburan ASB LOAN anda.

 

ARTIKEL LAIN

DUIT ASB: CARA KELUARKAN SECARA ONLINE(myasnb.com.my)

5 thoughts on “CARA TERMINATE ASB LOAN (MAYBANK,CIMB,RHB)”

  1. Hi..saya nak tahu selepas terminate asb..bila and bagaimana duit terminate tu akan masuk ke akaun kita?..boleh terangkan secara terperinci flow duit tu masuk nnti.thanks

    Balas
  2. Pihak customer service bank CIMB tidak beri kerjasama Di atas permohonan saya utk terminate loan ASB Mohon penjelasan apa yg perlu saya buat n rujuk rujuk pihak mana bagi menyelesai masalah saya

    Balas
  3. Saya dah 2 lebih bulan terminate ASB loan, katanya 2 bulan duit dapat balik. tapi sampai sekarang belum dapat. duit terus ke akaun bank atau akaun ASB?

    Balas

Leave a Comment