Isi Kandungan
CARA AKTIFKAN LAZPAYLATER(Bayaran Secara Ansuran Di Lazada)
Pembelian secara online pada masa sekarang amat menggalakkan. Antara platform yang paling digemari adalah Lazada. Kini Lazada telah menawarkan servis baharu buy-now-pay-later (BNPL) yang dikenali sebagai LazPayLater. Pengguna boleh menggunakan amaun yang diberikan dan akan membayarnya semula di kemudian hari. Sebagai pengguna kali pertama seharusnya anda aktifkan dahulu servis ini. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara aktifkan LazPayLater, semoga membantu.
APA ITU LAZPAYLATER
LazPayLater merupakan servis pembayaran secara ansuran. Pilihan akan diberikan bagi pembayaran secara sekaligus di bulan seterusmya ataupun secara ansuran untuk tempoh dua atau tiga bulan mengikut keselesaan pengguna.
KADAR FAEDAH LAZPAYLATER
Pengguna mempunyai pilihan untuk menangguhkan pembayaran bagi pembelian mereka selama 30 hari tanpa sebarang faedah. Terdapat juga pilihan pelan ansuran yang bermula daripada 3, 6 dan 12 bulan. Ansuran bulanan ini akan dikenakan sedikit bayaran ditetapkan kepada 1.5%.
HAD LIMIT LAZPAYLATER
Pada masa kini, Lazada mengenakan had limit kredit kepada pengguna sehingga RM4,000 sahaja.
CARA AKTIFKAN LAZPAYLATER
Kepada anda yang ingin aktifkan servis buy-now-pay-later (BNPL) Lazada ini, berikut adalah merupakan caranya:
- Buka aplikasi Lazada di handphone anda
- Pada menu utama klik pada Account
- Seterusnya pada bahagian Wallet, klik pada Active LazPayLater Credit
- Tick pada terma dan syarat dan klik pada Apply for LazPayLater
- Masukkan kod yang diterima melalui SMS dan klik Confirm
- Kemudian anda dikehendaki untuk mengambil gambar MyKad dan juga gambar Selfie
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan tepat
- Seterusnya masukkan6 digit no PIN anda dan sahkan sekali lagi no PIN tersebut dan klik Submit
- Selesai, tunggu sehingga pengesahan anda berjaya
NOTA: Pengguna juga boleh menyemak status permohonan di dalam halaman Lazada Wallet tetapi diingatkan bahawa tempoh pengesahan mengambil masa sehingga 24 jam.
CARA GUNA LAZPAYLATER
Setelah anda berjaya aktifkan, berikut adalah cara gunanya:
- Buka aplikasi Lazada di handphone anda
- Pilih barangan yang anda inginkan kemudian klik pada Chechout
- Pada kaedah pembayaran pilih LazPayLater
- Kemudian pilih pelan ansuran bayaran yang anda ingin kemudian klik Place Order
- Masukkan No PIN anda
- Setelah selesai proses bayaran, akan tertera status pembelian tersebut.
- Selesai, anda Cuma mmebuat pembayaran pada tiap bulan secara ansuran yang anda pilih.
CARA PEMBAYARAN LAZPAYLATER
Untuk membayar semula LazPayLater, pelbagai cara boleh digunakan seperti:
- Lazada Wallet
- Perbankan atas talian (FPX)
- Kad kredit dan debit
- Touch ‘n Go (TNG) eWallet
- Boost e-wallet.
CARA SEMAK STATUS BIL LAZPAYLATER
Anda boleh melihat pernyataan bil daripada daripada LazPayLater dengan menekan butang View Details yang terdapat dalam akaun LazPayLater.
MAKLUMAT LANJUT CARA AKTIFKAN LAZPAYLATER
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai LazPayLater, anda boleh melayari website rasmi LAZADA di pautan https://www.lazada.com.my/
ARTIKEL LAIN
Cara Daftar Lazada Wallet (Aktifkan & Semakan Baucar)
1.5% ADA INTERES YANG DIKENAKAN YE?
lazada paylater ni patuh shariah atau tidak? kalau tak patuh jangan promote.
Aku dh 2x apply.. mcm lahanat asyik kena reject jer.. lepas tu dia gatal dok hantar notification suh daftar.. lepas daftar klik je enter terus dia kata anda x layak.. mak dia hijau!! Boleh jalan lah 😤🤬
Shopee daftar skali je terus approve.. aku rileks je maintain boleh byr apa yg aku hutng tu.. sib baik ada shopee..
Apply Spaylater xsampai 5 minit dah approved 👍👍👍