CARA TUNAIKAN CEK MAYBANK,CIMB,PUBLIC BANK,RHB,HONG LEONG BANK,BSN,AMBANK(Guna Cheque Deposit Machine  /Kaunter)

CARA TUNAIKAN CEK MAYBANK,CIMB,PUBLIC BANK,RHB,HONG LEONG BANK,BSN,AMBANK(Guna Cheque Deposit Machine  /Kaunter)

CARA TUNAIKAN CEK MAYBANK,CIMB,PUBLIC BANK,RHB,HONG LEONG BANK,BSN,AMBANK(Guna Cheque Deposit Machine  /Kaunter)

 

Apabila anda semua dapat cek yang mungkin datangnya dari bos anda untuk gaji pertama anda, ataupun cek yang datangnya dari client anda,bagaimanakah cara tunaikan cek/bank in cheque?

Pernah terima CEK JURUBANK KWSP ( i-Lestari / i-Sinar) ?

CARA TUNAIKAN CEK/BANK IN CHEQUE DI BANK(Guna Cheque Deposit Machine)

  1. Semak nama penuh anda pada cek tersebut dan pastikan amaun (RM) pada cek adalah amaun yang betul. Pastikan ejaan bayaran juga dieja dengan betul.
  2. Setelah anda yakin kesemua di atas adalah betul, anda boleh mula menulis nama anda pada bahagian belakang cek/ Cheque. Pastikan nama penuh sama dengan bahagian hadapan cek.
  3. Isikan juga no akaun bank anda dan no telefon anda pada bahagian belakang cek. Pastikan ketiga-tiga maklumat ini diisi dengan betul untuk mengelakkan cek tendang.
  4. Setelah selesai, anda haruslah ke bank untuk deposit cek anda. Bank mana yang anda patut pergi?
  5. Kalau anda dapat cek/cheque CIMB tetapi akaun bank anda adalah Maybank, anda haruslah pergi ke Maybank. Ke bank mana yang anda ingin masukkan duit tersebut, ke situlah anda patut pergi ya..(Sila ke bank yang anda miliki akaun simpanan)
  6. Sila ke bank dan cari Cheque Deposit Machine di bank
  7. Ikut sahaja step-steps yang dipaparkan pada skrin Cheque Deposit Machine seperti berikut:
  • Pilih ‘Deposit Cek’ pada skrin
  • Masukkan no akaun bank yang tertera pada belakang cek
  • Sila semak nama yang keluar pada skrin. Jika sama, isikan jumlah cek (RM)
  • Sila masukkan Cek tersebut pada slot setelah arahan diberi dan lampu menyala.
  • Tunggu resit anda. (Sila simpan resit untuk rujukan)
  1. Selesai dan tunggu sehingga cek anda diproses dan duit masuk ke dalam akaun bank.

CARA TUNAI CEK/CARA BANK IN CHEQUE (Fast Processing Cheque/ Fast Deposit Machine)

  1. Semak nama penuh anda pada cek tersebut dan pastikan amaun (RM) pada cek adalah amaun yang betul. Pastikan ejaan bayaran juga dieja dengan betul.
  2. Setelah anda yakin kesemua di atas adalah betul, anda boleh mula menulis nama anda pada bahagian belakang cek/ Cheque. Pastikan nama penuh sama dengan bahagian hadapan cek.
  3. Isikan juga no akaun bank anda dan no telefon anda pada bahagian belakang cek. Pastikan ketiga-tiga maklumat ini diisi dengan betul untuk mengelakkan cek tendang.
  4. Setelah selesai, anda haruslah ke bank untuk deposit cek anda. Bank mana yang anda patut pergi?
  5. Kalau anda dapat cek/cheque CIMB tetapi akaun bank anda adalah Maybank, anda haruslah pergi ke Maybank. Ke bank mana yang anda ingin masukkan duit tersebut, ke situlah anda patut pergi ya..(Sila ke bank yang anda miliki akaun simpanan)
  6. Masukkan dan bank in cek/cheque ke dalam Fast Cheque Deposit Machine. Fast Deposit Machine ni lebih cepat prosesnya kerana anda tidak perlu memasukkan lagi no akaun pada skrin machine.
  7. Machine ini biasanya tiada skrin. Sebahagian bank memerlukan anda memasukkan cek di dalam sampul sebelum bank in cek ke dalam machine ini dan sebahagiannya tidak perlu.
  8. Jika pergi ke Maybank tidak perlu masukkan cek dalam sampul tetapi machine ini tidak akan keluarkan resit setelah bank in. Jadi anda perlulah mengambil gambar cek sebelum bank in sebagai langkah berjaga-jaga.

CARA TUNAI CEK/CARA BANK IN CHEQUE DI KAUNTER

Berikut langkah tunaikan cek maybank di kaunter:

  1. Pergi ke cawangan Maybank yang tertera pada cek anda
  2. Check nama anda pada cek tersebut.
  3. Semak amaun pada cek itu bagi memudahkan cara tunaikan cek Maybank anda di kaunter.
  4. Tulis nama anda pada bahagian belakang cek anda.
  5. Isikan nombor akaun pada bahagian belakang cek juga.
  6. Anda juga perlu isikan nombor telefon pada bahagian yang sama juga.
  7. Pastikan nama, nombor akaun dan nombor telefon anda diisi dengan betul dan semak semula.
  8. Sekiranya akaun anda Maybank, tetapi cek yang dimiliki ialah bank lain, anda tetap kena lawati Maybank.
  9. Tapi sekiranya anda dapat cek dan akaun bank sebagai Maybank maka senang prosesnya.
  10. Sekiranya cawangan Selayang tertera pada cek Maybank anda, anda perlu lawati ke Maybank cawangan Selayang bagi melancarkan proses cara bank in cek Maybank di kaunter.
  11. Anda perlu ambil nombor giliran anda terlebih dahulu di bank.
  12. Kemudian, anda boleh berjumpa dengan pegawai bank atau terus ke kaunter menyatakan bahawa anda ingin bank in cek anda.
  13. Anda akan menerima duit anda dengan cepat.
  14. Duit anda akan diproses pada hari yang sama.
  15. Selesai

SOALAN LAZIM

Apa itu cek tendang?

Cek tendang adalah cek yang kita keluarkan dalam situasi:

  • Akaun bank kita itu sudah dibekukan oleh bank.
  • Akaun itu sudah ditutup.
  • Tidak ada duit dalam akaun.
  • Duit dalam akaun tidak cukup bagi membayar cek itu.

Berapa banyak jenis Mesin Deposit Cek yang ada?

Terdapat dua jenis Mesin Deposit Cek yang tersedia untuk kemudahan anda:

Mesin Deposit Cek

  • Sampul surat tidak diperlukan untuk Mesin Deposit Cek ini
  • Gambar cek anda yang diimbas akan dicetak pada resit rujukan anda.

Terminal Deposit Cek

Sampul surat tidak diperlukan untuk Mesin Deposit Cek ini

Apa itu cash cheque?

Ini adalah cek yang pada ruangan nama ditulis ‘CASH’. Sesiapa sahaja boleh ke kaunter cawangan bank yang tertera pada cek, dan boleh bank in untuk dapatkan duit ‘on the spot’ jika memegang cek ini. Cek ini jarang dibuat dan hanya dibuat jika duit diperlukan urgent sahaja.

Apa risiko cash cheque?

Risikonya ialah jika tercicir cek ini, sesiapa sahaja boleh ke bank dan ambil duit tersebut.

Tujuannya? Cara ini bertujuan untuk mendapatkan duit anda dengan lebih pantas. Bank akan proses pada hari yang sama anda bank in dengan syarat anda bank in sebelum cut off pada hari itu.

Berapa lama tempoh untuk proses cek?

Biasanya mengambil masa 1-3 hari bekerja untuk diproses.

Apa itu cut-off time?

Tempoh masa untuk proses cek.

Contohnya Cut-off time Maybank dari Isnin hingga Jumaat adalah sebelum 12 tengah hari. Duit anda akan diproses pada hari yang sama.

Sekiranya selepas 12 tengah hari, duit anda akan diproses pada hari bekerja seterusnya.

Adakah cek diproses pada hari cuti?

Pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, tiada sebarang cut-off time. Pemprosesan duit akan dilakukan pada hari bekerja seterusnya.

 

13 thoughts on “CARA TUNAIKAN CEK MAYBANK,CIMB,PUBLIC BANK,RHB,HONG LEONG BANK,BSN,AMBANK(Guna Cheque Deposit Machine  /Kaunter)”

  1. Jika cheque tersebut atas nama suami dan suami tidak mempunyai account bank, boleh atau tidak cheque tersebut ditunaikan mengunakan account bank isteri nya?? dan apa document yang perlu dibawa.

    Balas
  2. Nk tanye bole..jika saya dah isi borang untuk cash cek untuk kompeni saya yang kali pertama..
    Perlu ke saya isi borang lagi jika saya mahu cashcek yang kali kedua..
    Perlu ke saya bawa borang cashcek untuk kompeni saya..

    Balas
  3. Saya ada terima cek dari tempat kerja..dia bagi cek cimb,saya isi nama,no fon,no akaun isteri di belakang cek,kt depan cek tu nama saya..pastu sy masukkn kt bank maybank..dh 4 ari cek tu tak settle lg..sy msukkn ari khamis smpai skrg takde masuk dlm akaun isteri saya

    Balas

Leave a Comment