PERMOHONAN ANAK ANGKAT JKM (Prosedur Borang Dokumen)

PERMOHONAN ANAK ANGKAT JKM (Prosedur Borang Dokumen)

PERMOHONAN ANAK ANGKAT JKM (Prosedur Borang Dokumen)

Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan zuriat. Namun, rezeki mungkin tidak menyebelahi dan ketiadaan zuriat mungkin boleh diubati dengan permohonan anak angkat JKM. Jadi kepada pasangan yang berminat untuk mendapatkan anak angkat bolehlah merujuk kepada prosedur yang cuba kami sediakan ini. Semoga dapat membantu anda.

 

APA ITU ANAK ANGKAT?

Mengikut Seksyen 6(1) Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 9Akta 253), anak angkat bermaksud: Telah dalam jagaan dan dipelihara serta dididik oleh seseorang atau pasangan sebagai anaknya yang berterusan atau anak mereka secara anak angkat de facto selama 2 tahun sebelum tarikh permohonan. Melalui pendekatan ini, ia dapat memberi peluang kepada kanak-kanak menikmati kehidupan berkeluarga dan mendapat belaian kasih sayang.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN ANAK ANGKAT JKM

Berikut adalah beberapa syarat yang ditetapkan oleh pihak JKM untuk permohonan anak angkat dan kebajikan kanak-kanak tersebut.

  1. Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.
  2. Berusia 25 hingga 60 tahun.
  3. Perkahwinan secara sah (5 tahun ke atas)
  4. Bagi Perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat juga dipertimbangkan permohonannya.
  5. Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
  6. Pemohon bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur diantara  pemohon dan kanak-kanak mestilah melebihi  21 tahun. Pemohon lelaki bujang dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja.
  7. Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga.
  8. Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal.
  9. Bebas dari rekod jenayah.
  10. Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat.
  11. Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak.

 

CARA  PERMOHONAN ANAK ANGKAT JKM

Bagi individu yang berminat untuk memohon anak angkat, permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) dimana pemohon bermaustautin/tinggal ataupun melalui borang yang boleh dimuat turun dari laman JKM.

Antara dokumen-dokumen yang perlu disertakan adalah:

  • Gambar ukuran pasport (suami/isteri)
  • Surat sokongan/pengesahan daripada Pegawai Perubatan.
  • Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan.
  • Salinan kad pengenalan pemohon (suami dan isteri).
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan seperti penyata gaji dll.

Setelah permohonan diterima, pemohon akan melalui satu sesi temuduga bersama Pegawai Kebajikan Masyarakat bagi tujuan penyediaan laporan sosial pemohon. Perkara-perkara yang akan di bincangkan dalam sesi tersebut adalah seperti berikut:-

  • Menilai latar belakang sosial pemohon.
  • Menilai kesanggupan pemohon menjadi keluarga pelihara.
  • Menjelaskan tentang implikasi menjadi keluarga pelihara.
  • Kesanggupan pemohon memenuhi syarat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta    Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan Akta Pengangkatan 1952 yang mana bersesuaian.

 

SOALAN LAZIM

Siapakah yang boleh memohon pengambilan anak angkat?

  • Pasangan suami-isteri yang sah, ibu tunggal (single parents) yang menetap/ tinggal di Malaysia

Adakah menjadi satu kesalahan memelihara anak angkat tanpa membuat pendaftaran atau memaklumkan kepada JKM?

  • Pengambilan anak angkat secara sendiri perlu dimaklumkan kepada JKM mengikut seksyen 35(1) Akta kanak-Kanak 2001 tidak lewat daripada 1 minggu selepas pengambilan, dan sekiranya gagal memaklumkan, dan jika disabitkan kesalahan denda maksima adalah sebanyak RM10,000.00 atau 2 tahun penjara, atau kedua-duanya sekali.

 

MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut boleh emel ke Maklum Balas (ISPAAA) atau hubungi JKM terdekat.

ARTIKEL LAIN

MyDAFTAR OKU JKM(Cara Daftar & Semak Status OKU Online)

3 thoughts on “PERMOHONAN ANAK ANGKAT JKM (Prosedur Borang Dokumen)”

  1. Boleh ke jika kakak kandung (warganegara) jadikan adik kandung sendiri (bukan warganegara) sebagai anak angkat?

    Balas

Leave a Comment