TARIKH BAYARAN BSH FASA JULAI 2020

TARIKH BAYARAN BSH FASA JULAI 2020

TARIKH BAYARAN BSH FASA JULAI 2020

Berdasarkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, baki Bantuan Sara Hidup (BSH) akan di bayar pada Julai 2020 nanti. Namun tiada tarikh tepat diumumkan dan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.Berikutan dengan pengumuman tersebut, penerima BSH lepas akan menerima bayaran seperti yang telah ditetapkan.Untuk makluman, penerima juga tidak perlu membuat sebarang permohonan baru atau kemaskini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat berlaku.

TARIKH BAYARAN BSH FASA JULAI 2020

Anda hanya perlu membuat permohonan kemaskini BSH sekiranya ada perubahan maklumat berlaku. Tarikh pembayaran BSH ini juga diawalkan bertujuan bagi menambahkan aliran tunai dalam ekonomi negara ekoran kesan penularan wabak Covid-19.

PERMOHONAN BSH 2020

Permohonan BSH 2020 telah ditutup. Tarikh Akhir Pendaftaran BSH 2020 adalah pada 15 Mac 2020 (Ahad)

TALIAN HOTLINE BSH 2020

Talian Hotline BSH (1-800-88-2747) tidak beroperasi mulai 26 Mac 2020 berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, pemohon digalakkan untuk mendapatkan maklumat BSH secara dalam talian melalui Portal BSH.

SOAL JAWAB BSH 2020

Semakan Status Permohonan dan Pembayaran BSH 2020 – Menu MyBSH / Semakan Status Permohonan

Pertanyaan / persoalan BSH 2020 – Rujuk Soalan Lazim (FAQ) BSH 2020

Set semula ID MyBSH yang telah disekat tidak dapat diambil buat masa ini disebabkan oleh penutupan kaunter BSH dan juga talian Hotline BSH yang tidak beroperasi. Oleh itu, pemohon boleh membuat semakan BSH 2020 pada Menu Semakan Status Permohonan.

Tindakan terlupa Kata Laluan MyBSH, pemohon boleh rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pendaftaran MyBSH 2020 dan semakan BSH 2020 boleh dibuat pada Menu Semakan Status Permohonan.

Kaunter BSH di semua Cawangan LHDNM ditutup mulai 18 Mac 2020 hingga 14 April 2020. Pemohon BSH digalakkan untuk membuat Semakan Status Permohonan dan Pembayaran BSH 2020 secara dalam talian melalui Portal BSH.

Pembayaran Fasa Kedua BSH 2020 (RM200) kepada pemohon yang layak telah dibuat mulai 16 Mac 2020. Semakan Status pembayaran boleh dibuat pada Portal BSH > Menu Semakan Status Permohonan (Maklumat Pembayaran BSH 2020). Berikut merupakan paparan status pembayaran dan tindakan yang perlu diambil:

  • Dalam proses pengkreditan – Semak penyata akaun bank penerima bagi pembayaran mulai 16 Mac 2020
  • Tunai – Penunaian di BSN dengan membawa MyKad asal penerima apabila wujud Nombor Baucar pada semakan status

KEMASKINI BSH 2020

Kemaskini hanya perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat berikut:

  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

MAKLUMAN KEPADA PERMOHONAN BSH SECARA TALIAN

Sekiranya Permohonan BSH 2020 secara dalam talian memerlukan penghantaran Dokumen Sokongan atau memerlukan pemohon merujuk kepada Cawangan LHDNM, Wakil dibenarkan untuk berurusan bagi pihak pemohon BSH 2020.

  • Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah diumumkan pada 27 Februari 2020 melibatkan pembayaran BSH 2020 seperti berikut:
  • Pembayaran Fasa 2 BSH 2020 sebanyak RM200 yang dijangka pada Mei 2020 akan diawalkan bayaran mulai Mac 2020
  • Penerima BSH 2020 akan menerima tambahan RM100 yang akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan dan juga e-tunai sebanyak RM50 yang akan disalurkan pada Mei 2020

TUNTUTAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN BSH 2020

Tuntutan SKK BSH 2020 layak dituntut oleh waris bagi pemohon (layak menerima Fasa Pertama BSH 2020) yang meninggal dunia mulai 1 Januari 2020 hingga 31 Januari 2020.

Tuntutan SKK boleh dibuat mulai 1 Februari 2020 di Bank Simpanan Nasional (BSN).

MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN BSH 2020

Pemohon digalakkan untuk mendapatkan maklumat BSH secara dalam talian melalui portal rasmi BSH

Tags: #KEMASKINI BSH 2020 #MAKLUMAN KEPADA PERMOHONAN BSH SECARA TALIAN #PERMOHONAN BSH 2020 #SOAL JAWAB BSH 2020 #TALIAN HOTLINE BSH 2020 #TARIKH BAYARAN BSH FASA JULAI 2020 #TUNTUTAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN BSH 2020

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI Ingin
    PENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK Untuk makluman, setiap permohonan rumah mampu
    RUMAH MESRA RAKYAT 2021:DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinRUMAH MESRA RAKYAT 2021:DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN  Program Rumah Mesra Rakyat(RMR)
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE Maklumat terkini tentang
    1. author

      Yogeswari12 months ago

      Says selalu semak status Bsh saya tetapi ia mengata kelulusan akan dimaklumkan. Sehingga kini belum di beritahu. Bila akan di umumkan.

      Reply
    2. author

      Azharizan binti ishak10 months ago

      Bila tarikh bayaran fasa Julai ni

      Reply

    Leave a reply "TARIKH BAYARAN BSH FASA JULAI 2020"