INSURANCE MOTOSIKAL (Check & Semak Renew Insuran Motor)
Sekiranya anda yang ingin menyemak dan membeli insurance motosikal anda, semestinya anda ingin mengetahui kadar harga terkini. Sebagai pemakluman anda, penentuan kadar harga insuran kereta ini adalah bergantung kepada beberapa faktor. Disini kami akan kongsikan cara menyemak dan membeli insurans motosikal mengikut harga pasaran di Malaysia, semoga membantu.
APA ITU INSURANCE MOTOSIKAL
Insuran motosikal merujuk pada polisi yang memberi perlindungan kewangan kepada pemegang polisi sekiranya berlaku kebakaran, kemalangan atau kecurian. Ia juga turut menawarkan perlindungan kewangan daripada sebarang liabiliti yang disebabkan oleh kecederaan, kematian atau kerosakan pada motosikal pihak ketiga
JENIS INSURANCE MOTOSIKAL
Insurance motor malaysia ini boleh dibahagikan kepada tiga (3) jenis polisi insurans iaitu:
- Polisi pihak ketiga (third party)
- Menawarkan perlindungan yang minimum kepada pemegang polisi ini.
- Perlindungannya hanya terhad kepada perlindungan kematian, kecederaan, kerugian dan kerosakan harta pihak ketiga sahaja.
- Pemegang polisi tidak dilindungi di bawah polisi ini. Polisi insurans ini merupakan antara polisi insurans yang paling murah dan paling asas.
- Pihak ketiga, kebakaran dan kecurian
- Sama seperti polisi insurans pihak ketiga dengan tambahan perlindungan dari aspek jika berlakunya kebakaran dan kecurian
- Polisi komprehensif. (first party)
- Polisi insurans yang memberi perlindungan dari segala aspek yang melibatkan pemegang polisi dan pihak ketiga.
- Kadar harga polisi ini adalah lebih mahal berbanding polisi lain.
- Polisi ini mampu memberi jaminan perlindungan yang baik kepada individu yang terjejas kerana kemalangan.
KADAR NCD MOTOSIKAL
Berikut adalah merupakan kadar NCD motosikal yang iaitu:
TAHUN | KADAR NCD |
Pertama | 0% |
Kedua | 15% |
Ketiga | 20% |
Kemepat | 25% |
Nota: Kadar maksimum NCD Motosikal adalah sebanyak 25% sahaja
PENENTUAN KADAR HARGA INSURANCE MOTOSIKAL
Berikut adalah merupakan faktor penentuan kadar harga insuran motosikal anda iaitu:
- Jumlah Perlindungan Motosikal
- Tahun Pembuatan Kenderaan
- No Claim Discount (NCD)
- Jenis Motosikal anda
- CC Motosikal
CARA SEMAK INSURANCE MOTOSIKAL
Kepada anda yang ingin menyemak status insurans yang anda miliki, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan MyCarInfo
- Masukkan No Pendaftaran Motosikal dan no kad pengenalan anda pada ruangan yang tersedia
- Tick pada terma dan syarat dan juga pada kotak i’m not robot kemudian klik Get My NCD Report
- Status tempoh sah insuran anda akan terpapar pada bahagian Current Policy Period of Cover
CARA RENEW INSURANCE MOTOSIKAL
Sekiranya anda ingin membuat pembaharuan insurans motosikal anda, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari laman web rasmi Bjak
- Klik pilihan INSURANS MOTOR. Klik Mint Quote Percuma.
- Isikan MAKLUMAT yang diperlukan seperti
- No pendaftaran motosikal
- No kad pengenalan
- Nama pemilik kenderaan
- No telefon (daftar whattsap)
- Poskod kediaman
- Baca TERMA & SYARAT, kemudian tick pada ruangan yang disediakan
- Seterusnya klik pada DAPATKAN SEBUT HARGA
- Selesai, QUATATION anda akan dapat melalui email anda atau melaui whattsap. Anda akan diberikan pelbagai pilihan insurans beserta dengan harga.
NOTA: Pastikan anda letak email yang aktif. Sebab tak sampai 5 minit, quotation perbandingan harga akan di hantar ke email. Untuk info, sebut harga perbandingan harga insuran roadtax hanya sah selama 48 Jam sahaja. Oleh itu, kena cepat pilih dan bayar.
CARA BAYAR INSURANCE & ROADTAX MOTOSIKAL
Setelah anda selesai memohon quatation seperti di atas. Bjak akan menghantar perbandingan harga insuran melalui email anda.
- Semak email anda, akan ada satu link yang akan diberikan. Klik link tersebut, anda dah boleh lihat pelbagai pilahan sebut harga insuran
- Kemudian klik pada insuran yang anda inginkan, Isi semua maklumat dan Klik Bayar Sekarang.
- Semasa proses pembayaran, anda membuat pilihan sama ada ingin tambah:
- Roadtax
- Perlindungan tambahan
- VIP Bjak (Tuntutan Mudah)
- Paparan harga akan terpapar, setelah selesai pilih kaedah pembayaran anda dan ikuti sehingga selesai
- Cover Note insurans anda akan dihantar melalui email dan roadtax akan dihantar secara pengeposan
HARGA ROADTAX & INSURANCE MOTOSIKAL
Berikut adalah merupakan harga roadtax dan insurans motosikal mengikut CC iaitu:
JENIS MOTOSIKAL (CC) | ANGGARAN INSURANS | HARGA ROADTAX |
0 hingga 150 CC | Semak Di Bjak | RM2 |
151 hingga 250 CC | Semak Di Bjak | RM30 |
251 hingga 500 CC | Semak Di Bjak | RM100 |
501 hingga 800 CC | Semak Di Bjak | RM250 |
801 dan ke atas | Semak Di Bjak | RM350 |
SEMAK INSURANCE MOTOSIKAL MURAH DAN TERBAIK
Seperti sedia maklum, insuran motosikal ini terbahagi kepada tiga jenis. Jadi pilihan yang paling murah adalah:
- Jenis Pihak Ketiga
- kerana pelan perlindungan insuran motosikal yang ditawarkan adalah terhad kepada individu pihak ketiga sahaja.
- Jenis CC Motosikal
- Ianya bergantung jenis yang dimiliki oleh pemilik kenderaan juga memainkan peranan iaitu semakin rendah CC, semakin murah harga langganan polisi insurans motor pelanggan.
CARA LOGIN INSURANCE MOTOSIKAL
Kepada anda yang ingin login website insurans motosikal anda, seharusnya anda layari pautan syarikat tersebut iaitu:
- Takaful Insurans
- Allianz Malaysia
- Liberty Insurance Malaysia
- AIA Berhad
- eTiQa Insurance & Takaful
- Zurich Insurance & Takaful
- MSIG Insurance (Malaysia) Berhad
ARTIKEL BERKAITAN:
- CONTOH SURAT PEMBATALAN INSURANS/TAKAFUL (Surat Rasmi Cancel)
- CARA DAFTAR TAKAFUL MALAYSIA:REGISTER LOGIN myTakafulCustomer(takaful-malaysia.com.my)
- CARA DAFTAR My AIA:CARA REGISTER LOGIN ONLINE(aia.com.my)
- REGISTER LOGIN ETIQA (Cara Daftar etiqa.com.my)