Isi Kandungan
REGISTER LOGIN ETIQA (Cara Daftar etiqa.com.my)
Adakah anda seorang pelanggan Etiqa? Jika ya, sudahkah anda register dan login etiqa online? Perkhidmatan Etiqa online ini memudahkan pelanggan untuk melihat polisi insuran seterusnya memuat turun atau memperbaharui insurans kenderaan melalui login ke MyAccount Etiqa. Artikel ini menunjukkan cara kepada pelanggan Etiqa untuk register login Etiqa secara online.
CARA REGISTER LOGIN MY ACCOUNT ETIQA
Kepada pelanggan Etiqa, berikut merupakan cara daftar Etiqa:
- Seperti biasa, anda perlu melayari portal rasmi Etiqa iaitu https://www.etiqa.com.my
- Setelah itu, klik pada bahagian menu pilihan pada bahagian atas kiri.
- Klik MY ACCOUNT untuk daftar.
- Anda akan dibawa ke paparan Welcome To MyAccount. Sila pilih pada butang Register untuk membuat pendaftaran.
- Apabila tekan Register, pop-up box Terms & Condition akan terpapar. Sila baca terma dan syarat tersebut.
- Anda dikehendaki untuk menekan butang I Agree dan seterusnya akan keluar paparan Register.
- Pada paparan ini, masukkan / lengkapkan :
- Policy / Certificate Number
- Identification Type
- Identification Number
- Mobile Number
- Tekan butang Proceed untuk ke paparan berikutnya. Jika anda tidak berjaya, berkemungkinan ada maklumat tidak lengkap atau tidak mengikut format yang betul.
- Jika berjaya, anda akan menerima SMS daripada Etiqa yang mengandungi kod pengaktifan.
- Pada paparan berikutnya, masukkan kod pengaktifan yang anda peroleh melalui nombor telefon yang telah didaftarkan pada ruangan yang disediakan.
- Tekan butangProceed.
- Paparan berikutnya adalah untukSecurity Settings. Anda diminta untuk menjawab sekurangnya 1 soalan keselamatan atau kesemuanya.
- Kemudian, tekan butangSave.
- Anda akan menerima emel daripada Etiqa memaklumkan bahawa pendaftaran akaun anda berjaya.
- Register Etiqa akaun anda berjaya.
- Anda boleh login Etiqa untuk mendapat manfaat daripada servis yang disediakan ini.
CARA LOGIN MyACCOUNT ETIQA
Berikut adalah cara login MyAccount. Etiqa:
- Layari Website etiqa.com.my/MyAccount/login
- Sila masukan nombor ID dan password Etiqa anda.
- Klik LOGIN
- Dipaparkan menu utama seperti MyProfile,MyPolicy/Certificate,MyClaim,MyRequest,Pay Online & MyDocument
- Anda boleh pilih transaksi mana yang anda inginkan.
Nak bayar lesen memandu atau bayar roadtax,boleh je guna MySIKAP JPJ,mudah je
SOALAN LAZIM
BAGAIMANAKAH CARA NAK CHECK POLISI ETIQA?
Anda boleh daftar login Etiqa untuk membuat semakan Etiqa policy secara online.
APAKAH KEISTIMEWAAN REGISTER ONLINE ETIQA?
Berikut adalah keistimewaan jika anda login Etiqa :
- Dapat melihat polisi/sijil insuran online
- Dapat melihat maklumat terperinci pada polisi insuran anda seperti status polisi, pembayaran, tarikh matang dan lain-lain maklumat.
- Melihat tuntutan anda.
- Melihat maklumat peribadi.
- Muat turun borang online.
SIAPA LAYAK REGISTER ETIQA ONLINE?
Anda boleh register login Etiqa jika anda adalah seorang pemegang polisi insuran yang aktif, Etiqa Takaful Berhad atau Etiqa Insurance Berhad.
BOLEHKAH SAYA REGISTER LOGIN ETIQA MELALUI TABLET ATAU TELEFON BIMBIT?
Ya, anda boleh melayari portal daftar login Etiqa selagi anda mempunyai internet.
Boleh ke saya nak bayar My Etiqa secara online?
Ya boleh
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh hubungi Etiqa Oneline di 1-300-13-8888 atau emelkan ke [email protected] untuk bantuan.