NIAT PUASA RAMADHAN (CARA NIAT HARIAN & SEBULAN)

NIAT PUASA RAMADHAN (CARA NIAT HARIAN & SEBULAN)

NIAT PUASA RAMADHAN

Sebagai persedian untuk melaksanakan ibadat puasa pada bulan Ramadhan 2023 ini, marilah kita ulangkaji tentang niat puasa Ramadhan.Berikut adalah perkongsian ringkat untuk semua umat islam terutamanya di Malaysia. Bila mula puasa tahun 2023? Boleh rujuk Kalendar 2023

 

TARIKH PUASA RAMADHAN 2023

Bermula 22 Mac 2023 (Rabu) Hingga 21 April 2023 (Jumaat)
CARA NIAT PUASA RAMADHAN HARIAN

Lafaz bacaan niat puasa harian dalam Rumi adalah seperti berikut:

  • Nawaitu Sauma Gho Din, ‘An Ada-i, Fardisy-Syahri, Romadona, Hazihissanati, Lillahi Ta’ala

Maksud lafaz niat puasa harian tadi ialah:

  • Sahaja aku berpuasa esok hari dalam bulan Ramadhan tahun ini, kerana Allah Ta’ala

 

CARA NIAT PUASA RAMADHAN SEBULAN

Berikut pula ialah lafaz niat puasa sebulan. Selalunya, ia dibaca sekali sahaja pada hari pertama puasa.

Lafaz bacaan niat puasa sebulan dalam Rumi adalah seperti berikut:

  • Nawaitu Sauma Syahri, Romadona, Kullihi, Lillahi Ta’ala

Maksud lafaz niat puasa sebulan ialah:

  • Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan, kerana Allah Ta’ala

 

SOALAN LAZIM

Adakah boleh niat terus sebulan berpuasa di bulan Ramadhan?

Mengikut sumber dari Mufti Wilayah, pendapat para ulama’ terbahagi kepada dua:

  • Boleh diniatkan terus sebulan berpuasa
    • Maka cukuplah atau berpadalah bagi seseorang itu untuk berniat sekali sahaja iaitu dengan meniatkan sebulan berpuasa pada awal permulaan niat.
  • Perlu memperbaharui niat pada setiap malam
    • Ia tidak terikat antara satu sama lain dengan hari lain-lainnya. Puasa pada hari berikutnya juga tidak rosak sekiranya pada hari ini rosak.
    • Namun, Mufti Wilayah lebih cenderung kepada pendapat jumhur iaitu perlu memperbaharui niat pada setiap malam.
    • Tambahan lagi, ia juga adalah pendapat mazhab kita, mazhab al-Syafi’ie iaitu niat perlulah diperbaharui pada setiap malam untuk berpuasa Ramadhan.
    • Walaupun ada pendapat yang mengatakan boleh berniat sekaligus untuk berpuasa selama sebulan di permulaan niat, maka pihak Mufti Wilayah katakan tiada masalah untuk melakukannya sebagai langkah berjaga-jaga.
    • Dalam masa yang sama hendaklah seseorang itu berniat juga pada setiap malam.

Bagaimana hendak niat puasa?

  • Sahaja aku berpuasa esok hari dalam bulan Ramadhan tahun ini, kerana Allah Ta’ala

Bagaimana cara niat puasa sebulan terus?

  • Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan, kerana Allah Ta’ala

Leave a Comment