KAD VAKSIN HILANG(Cara Dapatkan Semula Kad Baharu)

KAD VAKSIN HILANG(Cara Dapatkan Semula Kad Baharu)

KAD VAKSIN HILANG

Bagi individu yang sudah lengkap vaksinasi, susah tentunya anda akan mempunyai kad vaksin fizikal sijil digital vaksin dalam aplikasi MySejahtera anda. Bagi yang mempunyai peranti canggih seperti telefon pintar, terkini terdapat ciri baru yang diperkenalkan menerusi apliaksi MySejahtera iaitu anda boleh muat turun dan cetak sijil digital vaksinasi anda dalam file PDF.

Bagaimana pula bagi mereka yang tidak mempunyai peranti canggih dan telefon pintar? Sudah tentunya kad fizikal vaksin ini diperlukan untuk membuktikan telah lengkap vaksinasi.  Tetapi bagaimana sekiranya kad fizikal vaksin ini hilang/rosak? Dan bagaimana cara untuk dapatkan kembali? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU KAD VAKSIN COVID-19

Kad vaksin COVID-19 ialah dokumen yang diberikan kepada mereka yang telah menerima vaksin COVID-19. Kad vaksin berfungsi sebagai dokumen rasmi yang mengsahkan bahawa seseorang telah menerima vaksinasi yang mungkin diperlukan oleh beberapa institusi seperti pusat pendidikan atau tempat kerja, semasa memasuki tempat umum,[1] atau saat melintasi sempadan antarabangsa.

Kad vaksin dapat berupa dokumen digital yang diakses dengan peranti telefon pintar, pelayar web, atau kod QR dan juga dapat berupa dokumen fizikal berupa kertas.

 

CARA DAPATKAN KEMBALI KAD VAKSIN HILANG

Sekiranya anda tidak mempunyai peranti canggih dan anda hanya mempuyai kad fizikal vaksin sebagai pengesahan anda telah lengkap divaksinasi tetapi kad tersebut telah hilang, berikut adalah cara untuk dapatkan kembali:

  1. Pergi ke Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran
  2. Maklumkan kepada pegawai yang berkaitan bahawa kad fizikal vaksin anda telah hilang/rosak.
  3. Ikuti beberapa prosudur yang harus dilakukan untuk proses dapatkan kad vaksin anda

 

CARA PENJAGAAN KAD VAKSIN

Berikut adalah merupakan cara penjagaan kad vaksin anda:

  • Jangan bagi kena panas .
  • Elakkan kad vaksin anda dari kena air atau bahan kimia atau asid macam sabun pencuci ke.
  • Lindungi kad vaksin dengan kertas lutsinar seperti laminate
  • Letakkan kad vaksin dalam dompet anda, kerana ia diperlukan sentiasa bersama anda

 

MASALAH BERKAITAN KAD VAKSIN HILANG

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kad vaksin, sila bertanya kepada petugas kesihatan berhampiran

 

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN VAKSIN

Untuk maklumat lanjut berkaiitan vaksin, anda juga melayari laman sesawang yang mengandungi maklumat yang lebih tepat dan dipercayai seperti:

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR VAKSIN COVID-19 (Aplikasi MySejahtera)

7 thoughts on “KAD VAKSIN HILANG(Cara Dapatkan Semula Kad Baharu)”

  1. Kad vaksin saya hilang .saya nak masuk kerja Singapore .
    Mysejathra num lama hilang .
    Saya guna num baru buka mysejathra tapi vakshin sijil saya tak Dalam NUM baru

    Balas

Leave a Comment