SKIM INSURANS AM INSAN SELANGOR (Semak Insuran Percuma & Free)
Kepada rakyat Selangor, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan skim insurans percuma kepada rakyat Selangor yang berkelayakan menerusi Skim Insurans Am Selangor (INSAN). Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat semakan kelayakan dan pendaftaran, semoga membantu.
APA ITU SKIM INSURANS AM SELANGOR
Skim Insurans Am Selangor (INSAN) merupakan perlindungan insurans am berkumpulan kepada 6 juta Rakyat Selangor berumur bemula dari 30 hari sehingga 80 tahun dengan premium insurans ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Inisiatif Kerajaan Negeri untuk meringankan beban rakyat yang dihimpit pelbagai masalah, melindungi rakyat dengan semangat negeri penyayang.
KELEBIHAN SKIM INSURANS AM SELANGOR
Berikut adalah merupakan antara kelebihan skim insurans percuma ini iaitu:
- Bakal menerima pampasan sehinggan RM10000 jika berlaku kemalangan, menghidap penyakit mengikut jenis dan kematian.
- Polisi perlindungan seperti skim INSAN ini penting kerana ianya dapat melindungi rakyat Selangor jika berlaku apa sahaja kecemasan.
JUMLAH PERLINDUNGAN SKIM INSURANS AM SELANGOR
Jumlah perlindungan insurans am setiap individu adalam RM10,000 untuk kematian dan hilang keupayaan kekal yang disebabkan oleh kemalangan.
KADAR BAYARAN SKIM INSURANS AM SELANGOR
Tiada bayaran yang dikenakan kepada pemohon skim perlindungan INSAN ini. Skim insurans ini merupakan skim perlindungan yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama syarikat insuran, AmGeneral Insurans Berhad.
SYARAT KELAYAKAN SKIM INSURANS AM SELANGOR
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bagi penerima skim insurans percuma ini iaitu:
- Pemohon mestilah berumur 30 bulan sehingga 80 tahun.
- Nombor kad pengenalan anda didaftar di Negeri Selangor
- Alamat terkini anda didaftarkan di dalam Negeri Selangor
- Anda adalah pengundi untuk Negeri Selangor
CARA SEMAK KELAYAKAN SKIM INSURANS AM SELANGOR
Sebagai makluman, hanya individu yang berkelayakan untuk memohon polisi skim insurans percuma ini. Berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan kelayakan iaitu:
- Layari pautan Skim Insurans Am Selangor
- Masukkan nombor kad pengenalan pemohon dan klik pada butang semak.
- Nama pemohon akan dipaparkan sebagai menerima polisi skim insurans INSAN ini.
TARIKH PENDAFTARAN SKIM INSURANS AM SELANGOR
Pendaftaran boleh dibuat mulai 1 Oktober 2022 sehingga 30 September 2023
CARA PENDAFTARAN SKIM INSURANS AM SELANGOR
Kepada anda yang berkelayakan boleh membuat pendaftaran skim insurans percuma Selangor ini, berikut adalah merupakan caranya:
- Install aplikasi e-Wallet WavPay.
- Log masuk akaun anda. Sekiranya anda pengguna baharu hendaklah daftar akaun terlebih dahulu.
- Setelah berja log masuk, pada paparan menu utama klik pada banner program yang tertulis Skim Insurans Am Selangor
- Isi segala butiran maklumat yang diperlukan sehingga selesai.
- Akhir sekali, pendaftaran permohonan skim insuran hayat selangor INSAN berjaya.
TEMPOH TAWARAN DAN PERLINDUNGAN SKIM INSURANS AM SELANGOR
Polisi insurans dibawah SKIM INSURANS AM SELANGOR (INSAN) yang ditawarkan adalah untuk tempoh aktif selama dua belas (12) bulan bermula dari 1 Oktober 2022 sehingga 30 September 2023 sahaja (Tempoh Tawaran) dan hanya terhad kepada enam (6) juta rakyat Negeri Selangor.
Permohonan ditutup selepas mencapai jumlah pendaftaran yang dihadkan atau selepas tamat Tempoh Tawaran. Tempoh perlindungan dibawah polisi insurans adalah selama tempoh aktif iaitu dua belas (12) bulan.
CARA TUNTUTAN SKIM INSURANS AM SELANGOR
Pemohon membuat tuntutan jika berlaku kemalangan, kematian atau menghidap penyakit yang ditetapkan jenisnya.
Tuntutan insuran percuma boleh dibuat dengan menghantar dokumen-dokumen yang berkaitan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor untuk membuat tuntutan pampasan skim insurans ini.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai skim insurans percuma ini, anda boleh melayari portal rasmi Skim Insurans Am Selangor (INSAN)
ARTIKEL BERKAITAN:
- BANTUAN BARANG DAPUR RM300 SELANGOR SETIAP BULAN (Permohonan & Semakan Bingkas)
- CARA DAFTAR WAVPAY SELANGOR (Terima Bayaran Bantuan BINGKAS INSAN)
- CARA DAFTAR LOG MASUK SSIPR (Login ssipr-daftar.selangor.gov.my)
PROGRAM PERANTISAN PERKESO PEMERKASA:PERMOHONAN INSENTIF PERANTIS RM800
BARU
Mohammad faizan bin digong
PROGRAM PERANTISAN PERKESO:
PERMOHONAN INSENTIF PERANTIS RM800