Isi Kandungan
PERMOHONAN APEL MQA LOGIN (Semak Course Entry Requirements)
Kepada para pelajar yang ingin membuat permohonan mengenai APEL MQA, semestinya ingin ketaui caranya. Disini kami akan kongsikan kepada and acara untuk loginj serta semak maklumat mengenainya, semoga membantu.
APA ITU APEL
Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning, APEL) merupakan satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu yang berkaitan dengan sesuatu program pengajian.
KATAGORI APEL
Terdapat 3 kategori APEL telah diperkenalkan oleh Malaysian Qualifications Agency, MQA iaitu:
KATAGORI | KETERANGAN |
APEL.A (Akses) | Didefinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu, seperti ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sikap bagi menentukan tahap di mana seseorang individu telah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan, sebagai akses kepada sesuatu program pengajian dan/atau penganugerahan kredit. |
APEL.C (Kredit) | Kaedah penilaian ilmu yg diperoleh daripada pengalaman kerja, pengalaman hidup atau himpunan kursus pendek bagi tujuan mendapatkan pindahan kredit untuk kursus dalam program akademik di Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT). |
APEL.Q (Kelayakan) | Penganugerahan Kelayakan Akademik [APEL.Q] ialah kaedah penilaian ilmu yg diperoleh daripada pendidikan formal, pengalaman kerja, pengalaman hidup atau/dan himpunan kursus pendek bagi tujuan mendapatkan kelayakan program akademik di Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT). |
CARA PERMOHONAN APEL.A (Akses)
Berikut adalah merupakan maklumat berkaitan iaitu:
Syarat Kelayakan
- Program peringkat Ijazah Sarjana
- Iaitu bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana, calon haruslah berumur 30 tahun mulai 1hb Januari pada tahun permohonan dan memiliki kelayakan STPM atau Diploma atau kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya serta mempunyai pengalaman yang bersesuaian.
- Program peringkat Ijazah Sarjana Muda
- Iaitu bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda, calon haruslah berumur 21 tahun mulai 1hb Januari pada tahun permohonan dan memiliki pengalaman kerja yang berkaitan.
- Program peringkat Diploma
- Iaitu bagi kemasukan ke program Diploma, calon haruslah berumur 20 tahun mulai 1hb Januari pada tahun permohonan dan memiliki pengalaman kerja yang berkaitan.
- Program peringkat Sijil
- Iaitu bagi kemasukan ke program Sijil, calon haruslah berumur 19 tahun mulai 1hb Januari pada tahun permohonan dan memiliki pengalaman kerja yang berkaitan.
Cara Permohonan
- Permohonan dibuat secara dalam talian DI SINI
Maklumat Lanjut
- Rujuk: Soalan Lazim (FAQ) APEL.A
CARA PERMOHONANAPEL.C (Kredit)
Berikut adalah merupakan maklumat berkaitan iaitu:
Had Umur Permohonan
- Tiada had umur yang ditetapkan
Cara Permohonan
- Pelajar yang memohon kepada PPT akan dinilai tetapi bagaimana bentuk penilaian adalah bergantung kepada kesesuaian bidang. Ia tidak semestinya peperiksaan. Kaedah penilaian boleh dalam bentuk demonstrasi, temu duga penilaian portfolio dan sebagainya.
Jumlah Kredit
- Pindah kredit maksimum di bawah adalah 30%. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan formal dan pengalaman, mereka boleh memperoleh kedua-dua pindah kredit dan pembelajaran formal. Contohnya, pelajar yang mempunyai Diploma dan pengalaman kerja, boleh mendapat pindah kredit maksimum 30% [APEL.C] dan 30% (pembelajaran formal) untuk kemasukan ke Sarjana Muda.
Maklumat Lanjut
- Rujuk: Soalan Lazim (FAQ) APEL.C
CARA PERMOHONAN APEL.Q (Kelayakan)
Berikut adalah merupakan maklumat berkaitan iaitu:
Had Umur Permohonan
Tahap MQF | Kelayakan | Tahun pengalaman kerja minimum dalam bidang berkaitan |
3 | Sijil | 5 tahun |
4 | Diploma | 10 tahun |
5 | Diploma Lanjutan | 12 tahun |
6 | Ijazah Sarjana Muda | 15 tahun |
7 | Ijazah Sarjana | 20 tahun |
8 | Kedoktoran | 25 tahun |
Cara Permohonan
- Permohonan dibuat secara dalam talian iaitu:
Skop Penilaian
- Skop penilaian MQA terhadap kemampuan pelaksanaan oleh PPT merangkumi dua aspek utama iaitu sistem pengurusan dan kemudahan di PPT serta keupayaan PPT dalam membina dan mengaplikasikan instrumen penilaian.
Maklumat Lanjut
- Rujuk: Soalan Lazim (FAQ) APEL.Q
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai APEL MQA, anda boleh melayari portal rasminya Accreditation of Prior Experiential Learning
ARTIKEL BERKAITAN:
- CONTOH AKTIVITI SUKARELAWAN (Boleh Masuk List Resume & Temuduga)
- CONTOH RESUME (Muat Turun & Edit Jer)
- CARA DAFTAR PERMOHONAN & SEMAKAN MYFuture Jobs Perkeso 2023