PERMOHONAN BANTUAN MUFLIS BANKRAP (Kategori Diberi Pelepasan Segera)

PERMOHONAN BANTUAN MUFLIS BANKRAP (Kategori Diberi Pelepasan Segera)

BANTUAN MUFLIS BANKRAP

Pada pembentangan belanjawan 2023, Kerajaan kini memberikan peluang kedua kepada rakyat Mlaaysia yang telah diisytiharkan bankrap. Selaras dengan itu, kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) dengan membuat penambahbaikan kepada peruntukan pelepasan secara automatik agar bankrap boleh dilepaskan daripada kebankrapan dalam tempoh yang singkat. Disini kami akan kongsikan senarai katagori bantuan pelepasan muflis bankrap yang akan diberikan, semoga membantu.

 

APA ITU MUFLIS/BANKRAP

Kemuflisan adalah keadaan seseorang individu atau sesebuah syarikat yang diisytiharkan mahkamah tidak lagi mampu membayar balik hutang lapuk, yakni muflis, juga bankrap diperintah berdasarkan proses undang-undang sedia ada. Aset orang yang jatuh muflis ini diserahkan kepada “pemegang amanah” yang akan menjual aset disebut melangsaikan hutang ini.

 

KENDALIAN MUFLIS/BANKRAP DI MALAYSIA

Semua undang-undang berkaitan pengurusan hutang di Malaysia dimaktubkan dalam Akta Kebankrapan 1967. Seseorang dikira muflis atau “bankrap” apabila memenuhi tiga kriteria utama:

  1. Tidak berupaya untuk melangsaikan hutang berjumlah tidak kurang dari RM100,000.
  2. Hutang tidak dapat dibayar dalam tempoh 6 bulan.
  3. Penghutang bermastautin di Malaysia sekurang-kurangnya selama setahun.

Individu yang mendapati diri tidak mampu melangsaikan hutang boleh membuat permohonan mengisytiharkan ketidakmampuan tersebut atau “kebankrapan” diri ke pihak mahkamah tinggi seperti dibenarkan di bawah Seksyen 7 Akta Kebankrapan, di mana segala prosedur hendaklah dipatuhi sepertimana yang dinyatakan dalam Kaedah dalam akta tersebut. Status “kebankrapan” hanya akan sahih apabila diberikan dalam suatu Perintah Mahkamah setelah permohonan dibuat sendiri mahupun dari pihak yang dihutang (“pemiutang”)

 

TARIKH PERLAKSAAN BANTUAN PELEPASAN MUFLIS/BANKRAP

kerajaan telah mengambil inisiatif untuk membantu rakyat yang bankrap dengan jumlah hutang berskala kecil dilepaskan daripada kebankrapan bermula 1 Mac 2023.

 

KATAGORI PELEPASAN MUFLIS/BANKRAP

Berikut adalah merupakan antara katagori pelepasan yang dipertimbangan berdasarkan kes kebankrapan iaitu:

  1. Katagori Satu:
    • Pengisytiharan kebankrapan telah melepasi tempoh lima tahun dari tarikh perintah penerimaan dan perintah penghukuman/perintah kebankrapan.
  2. Katagori Kedua:
    • Jumlah hutang yang diperakukan atau baki hutang yang terlibat tidak melebihi RM50,000.
  3. Katagori Ketiga
    • Ttiada perintah mahkamah, prosiding mahkamah dan/atau prosiding penyiasatan dijalankan ke atas bankrap mengikut Akta 360 yang menghalang pelepasan diberi melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi.

 

CARA PERMOHONAN PELEPASAN MUFLIS/BANKRAP

Kepada individu bankrap yang berada dalam tiga kategori berkenaan boleh membuat permohonan pelepasan seperti berikut:

  • Hadir ke cawangan MdI yang mentadbir kes kebankrapan mereka atau menghantar surat atau e-mel kepada cawangan yang terlibat untuk menyemak status kes kebankrapannya.

 

PERMOHONAN PELEPASAN MUFLIS/BANKRAP 2024

Menyedari kepentingan Dasar Peluang Kedua yang dilaksanakan pada bajet lalu disambut baik oleh semua pihak. Pada input belanjawan kali ini – PM Anwar sukacita mengumumkan dasar tersebut akan diperluaskan mulai 2024 kepada golongan muda yang berusia 40 tahun ke bawah, yang miliki hutang tidak lebihi RM200,000.

Buat pengetahuan umum, data setakat Julai 2023 lalu – hampir 14,000 kes muflis yang berdepan hutang kecil di bawah RM50,000 telah berjaya dilepaskan daripada status bankrap.

Usaha ini menurut MOF telah berjaya dicapai hasil pelaksanaan Dasar Peluang Kedua tersebut di bawah Akta Insolvensi 2023. Maka kerajaan melihat melalui perluasan usaha itu, ia secara langsung akan membantu rakyat negara membuka lembaran baharu dalam kehidupan mereka di masa hadapan.

MAKLUMAT LANJUT BANTUAN MUFLIS BANKRAP

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan pelepasan Muflis Bankrap, anda boleh melayari web rasmi Malaysian Department of Insolvency (MdI)  untuk mendapatkan maklumat diperlukan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment