CARA DAFTAR DMP AKPK(Baiki Scor Kredit/Struktur Semula Pinjaman Pelanggan)

CARA DAFTAR DMP AKPK (Baiki Scor Kredit/Struktur Semula Pinjaman Pelanggan)

 

AKPK

Sekiranya anda mempunyai masalah kewangan anda ingin dapatkan nasihat, anda seharusnya sertai program DMP AKPK.

Bagaimana cara daftar DMP AKPK? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU DMP

Debt Management Programme (DMP) atau pun Program Pengurusan Kredit (PPK) adalah program khusus, di mana penasihat kewangan kami akan bekerjasama dengan anda untuk merangka pelan pembayaran semula pinjaman secara peribadi melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda. Program pengurusan kredit disediakan untuk semua individu yang memerlukan bantuan dalam mengurus hutang peribadi mereka dengan institusi kewangan.

 

KELAYAKAN

Mana-mana individu yang memenuhi kriteria DMP:

  • Tidak menjadi muflis
  • Tidak berada dalam tahap litigasi yang lebih maju
  • Mempunyai pendapatan boleh guna bersih yang mencukupi setelah memenuhi perbelanjaan seseorang,
  • Mempunyai jumlah hutang tidak melebihi RM5 juta

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum menghadiri sesi Khidmat Nasihat Kewangan

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Penyata Pendapatan yang terkini (mana yang terpakai)
    • Jika ada majikan – 3 bulan penyata gaji atau,
    • Jika bekerja sendiri – Akuan berkanun (melalui Pesuruhjaya Sumpah)
  3. Penyata KWSP terkini
  4. Penyata CCRIS terkini
  5. Dokumen perundangan (jika ada)
  6. Dokumen lain (mana-mana yang terpakai):
    • Pengesahan doktor berkenaan penyakit kritikal yang dihadapi
    • Sijil kematian pasangan
    • Surat pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat
    • Pengesahan kehilangan upaya
    • Surat pengesahan dari PERKESO
    • Bil perubatan diri sendiri / tanggungan
    • Bil utiliti
    • Penyata akaun simpanan peribadi

 

CARA DAFTAR DMP AKPK

Berikut adalah cara daftar :

  1. Layari pautan: https://customer.akpk.org.my/customerindex.html#/AccountCustomer/CustomerLogin
  2. Klik pada Pengguna Baru? Daftar di sini.
  3. Lengkapkan MAKLUMAT diperlukan seperti
    • Nombor kad pengenalan
    • Nama penuh
    • Jantina
    • Tarikh lahir
    • Nombor telefon
    • Email
  4. Tick pada Notis Privasi yang tertera
  5. Klik SUBMIT, Semak email daripada AKPK bagi dapatkan link mengaktifkan akaun AKPK (link aktifkan akaun, Login ID/Customer ID)
  6. Klik link tersebut dan sila login akaun AKPK.
  7. Klik SUBMIT dan sila cipta kata laluan yang baharu.
  8. Sila masukan password baru dan comfirm sekali lagi password tersebut.
  9. Klik SUBMIT

 

CARA PERMOHONAN DMP

Setelah anda selesai seperti di atas anda boleh daftar DMP. Berikut adalah caranya:

  1. Log masuk akaun anda
  2. Jawab Kajian Pra DMP
  3. Isikn maklumat peribadi
  4. Isikan butiran pendapatan dan perbelanjaan harian
  5. Isikan butiran pinjaman
  6. Setelah semak kembalik maklumat anda, tekan pada Submit
  7. Seterusnya anda tetapkan sesi kaunseling bersama kaunselor AKPK untuk memutadmadkan permohonan DMP anda

NOTA: Nak dapatkan “Surat Penangguhan Sementara Bayaran Bulanan” selepas kelulusan pemilihan moratorium? Ikuti panduan ini:

  • Layari https://customer.akpk.org.my/
  • Klik “DMP” >> “Letters”
  • Selesaikan kaji selidik – sekiranya masih belum dibuat

 

SOALAN LAZIM

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya terlupa kata laluan?

  • .Klik “Lupa Kata Laluan”
  • Masukkan nombor ID, tarikh lahir dan alamat e-mel anda (yang anda daftarkan dengan AKPK)
  • Periksa peti masuk anda, anda akan menerima e-mel dari AKPK. Salin dan tampal pautan yang diberikan untuk menetapkan semula kata laluan anda. Pastikan kata laluan mengandungi HURUF MODAL, huruf kecil, simbol dan nombor. Contoh: Uji @ 1234 atau Cuba @ 1234

 

Saya telah mendaftar, tetapi mengapa saya tidak dapat log masuk?

Pastikan anda telah mengaktifkan pendaftaran anda dengan mengklik pada Pautan Pengaktifan yang dihantar ke Peti Masuk anda. Pautan ini sah selama 48 jam. Sekiranya sudah tamat, klik pada ‘Lupa Kata Laluan’ untuk meminta pautan baru.

 

Saya adalah pelanggan DMP yang ada, tetapi saya tidak pernah mendaftar di Portal Pelanggan Agensi Kaunselling dan Pengurusan Kredit

Anda tidak perlu mendaftar sebagai pengguna baru. Cukup klik pada ‘Lupa Kata Laluan’ dan masukkan butiran yang diperlukan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara daftar DMP AKPK, anda boleh layari web rasmi  di pautan www.akpk.org.my

 

ARTIKEL LAIN

REGISTER LOGIN AKPK:CARA DAFTAR akpk.org.my

7 thoughts on “CARA DAFTAR DMP AKPK(Baiki Scor Kredit/Struktur Semula Pinjaman Pelanggan)”

  1. Saya memohon akpk utk 6 akaun.. tetapi hanya 3 akaun yang lulus akpk.. bagaimana cara untuk saya memohon akpk untuk 3 akaun lagi

    Balas

Leave a Comment