BANTUAN PRIHATIN MAHASISWA DARUL EHSAN:CARA PERMOHONAN & SENARAI BANTUAN
Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Kaukus ADUN Muda Selangor mengumumkan untuk menyalurkan bantuan kepada mahasiswa yang terkesan akibat penularan pandemik wabak COVID-19.
Langkah ini dilakukan bagi meringankan beban mahasiswa yang bakal mendaftar pada semester 1 2020/2021 di Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara.
Tambahan pula, langkah sebahagian besar IPT yang menangguhkan pendaftaran secara fizikal/bersemuka telah memberikan kesan kepada pelajar yang telah tiba di kampus dan terpaksa berpatah balik ke kampung mereka.
Baca tentang UiTM PRIHATIN:CARA PERMOHONAN RM100 WANG BANTUAN KEBAJIKAN KECEMASAN
Oleh itu, adalah penting bantuan diberikan kepada mahasiswa bagi meringankan beban mereka akibat peningkatan wabak COVID-19 yang kembali melanda negara.
Dengan inisiatif ini, diharapkan para mahasiswa dapat terus berada dalam keadaan selamat dan dapat mencegah penyebaran COVID-19.
JENIS BANTUAN PRIHATIN MAHASISWA DARUL EHSAN
Terdapat tiga jenis bantuan yang akan disalurkan iaitu:
- Pengangkutan kepada mahasiswa/mahasiswi yang perlu pulang ke kampung.
- Bantuan makanan.
- Pelitup muka dan pensanitasi tangan.
SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA
Bantuan akan disalurkan kepada 3 kategori mahasiswa berikut:
- Mahasiswa/mahasiswi Selangor yang belajar di Selangor.
- Mahasiswa/mahasiswi dari negeri lain yang belajar di Selangor.
- Mahasiswa/mahasiswi Selangor yang belajar di negeri lain.
CARA PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN MAHASISWA DARUL EHSAN
Mahasiswa yang tergolong dalam kategori penerima boleh memohon menerusi langkah-langkah berikut:
Edaran TS Care Kit (IPTS sahaja)
– Layari laman web http://bit.ly/mdekatA
– Lengkapkan semua butiran yang diperlukan.
– Pastikan semua maklumat diisi dengan betul
– Klik butang ‘Submit.’
Bantuan Makanan Siswa Kampus Selangor (IPTA sahaja)
– Layari laman web http://bit.ly/mdekatB
– Lengkapkan semua butiran yang diperlukan.
– Pastikan semua maklumat diisi dengan betul
– Klik butang ‘Submit.’
Bantuan Pengangkutan Anak Negeri Selangor
– Layari laman web http://bit.ly/mdekatC
– Lengkapkan semua butiran yang diperlukan.
– Pastikan semua maklumat diisi dengan betul
– Klik butang ‘Submit.’
Tags: #CARA PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN MAHASISWA DARUL EHSAN #JENIS BANTUAN PRIHATIN MAHASISWA DARUL EHSAN
MOHAMAD HANIF BIN ABDUL MAJID5 months ago
Saya umor 30tahun duduk di petaling jaya selangor saya duduk di selangor 30tahun dan anak saya pun sama anak selangor macam mana nak buat bantuan untuk anak selangor…saya dah tak berkeje kerana covid19…saya ada anak masih sekolah rendah darjah 5
MOHAMAD HANIF BIN ABDUL MAJID5 months ago
Saya umor 30tahun duduk di petaling jaya selangor saya duduk di selangor 30tahun dan anak saya pun sama anak selangor macam mana nak buat bantuan untuk anak selangor…saya dah tak berkeje kerana covid19…saya ada anak masih sekolah rendah darjah 5…ini no saya mohamad hanif bin abdul majid 0182345973
MOHAMAD HANIF BIN ABDUL MAJID5 months ago
0166396977