CARA PILIH MODEM WIRELESS ROUTER (Jenama & Harga Murah)

CARA PILIH MODEM WIRELESS ROUTER (Jenama & Harga Murah)

MODEM WIRELESS ROUTER

Penggunaan internet memang amat sangat diperlukan paza zaman teknologi terkini. Akses internet yang pantas menjadi keperluan masyarakat pada masa kini dalam pelbagai urusan seperti pekerjaan ataupun gaya hidup seharian.

Salah satu faktor penentu kecepatan internet di rumah adalah modem wireless router. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara pemilihan modem & Router terbaik dan juga jenama dan harga yang terdapat dalam pasaran kini

 

APA ITU MODEM WIRELESS ROUTER

Modem (singkatan bahasa Inggeris modulator-demolator “pemodulat-penyahmodulat”) merupakan peranti komputer yang melaksanakan proses yang menukarkan isyarat digital yang dihasilkan oleh komputer kepada isyarat analog berbentuk gelombang supaya ia dapat dihantarkan menerusi talian telefon dan juga sebaliknya.[1] Dengan pendek kata, ia berkemampuan untuk mengalihkan isyarat gelombang kepada isyarat digital.

Router (penghala) pula merupakan sejenis peralatan komputer yang berfungsi untuk menghalakan paket-paket data dalam jaringan. Penghala biasanya menjalankan sistem pengendalian tersendiri. Penghala yang lebih mahal memiliki banyal pempropes dan ASIC dan berupaya untuk menjalankan pemprosesan selari. Walau bagaimanapun, dengan perisian yang sesuai (seperti SmoothWall, XORP atau Quagga), PC biasa juga boleh bertindak sebagai penghala.

 

CARA PILIH MODEM WIRELESS ROUTER TERBAIK

Kepada anda yang ingin membeli, seharusnya memilih modem & router terbaik. Berikut adalah merupakan tips pemilihan iaitu:

  • Antena
    • Apabila anda masih mahu mendapatkan akses WiFi dari bilik lain yang disekat oleh dinding atau kaca, memilih penghala yang mempunyai satu atau lebih antena luaran adalah sangat disyorkan.
  • Dwi-jalur
    • Kebanyakan penghala berfungsi dalam julat frekuensi 2.4GHz.
    • Kemungkinan peralatan lain seperti ketuhar gelombang mikro, telefon tanpa wayar dan peranti Bluetooth juga beroperasi pada frekuensi yang sama, yang berpotensi mencetuskan gangguan sambungan.
    • Untuk mengelakkan kemungkinan gangguan, anda harus mempertimbangkan untuk memilih penghala dwi-jalur yang membenarkan sambungan pada jalur frekuensi melebihi 5GHz.
  • Port USB
    • Penghala dengan Port USB membolehkan anda melampirkan pemacu kilat, cakera keras dan juga pencetak, supaya anda boleh berkongsi sumber secara wayarles melalui rangkaian. Sesetengah model penghala juga menyokong dongle USB.
  • Keselamatan
    • Penghala yang berbeza menawarkan protokol keselamatan yang berbeza seperti WEP, WPA dan WPA2.
  • Kelajuan Penghala
    • Setiap penghala mempunyai kelajuan yang berbeza sama ada 300 Mbps, 900 Mbps atau 1900 Mbps.
    • Nilai ini ialah kelajuan yang boleh dicapai dalam keadaan ideal di makmal jadi apabila penghala anda menyampaikan separuh kelajuan keadaan ideal maka ia dianggap baik.
  • 11n atau 802.11ac
    • 11ac ialah standard terbaharu tetapi dalam kebanyakan kes ia masih dalam pembangunan.
    • 80211n ialah standard semasa yang digunakan dalam rangkaian wayarles sehingga versi sedia sepenuhnya 802.11ac dikeluarkan.

 

JENAMA MODEM WIRELESS ROUTER TERBAIK

Berikut adalah merupakan antara jenama yang terbaik beserta kadar harga iaitu:

JENAMAKELEBIHANHARGA
Asus TUF-AX3000 Gaming Wifi 6 Router
  • Harga high end sesuai utk gaming & family besar
  • Support kelajuan sehingga 3000 Mbps
  • Lengkap USB + Gigabit port dgn smart connect apps
RM739.00
TP-Link AX1800 Dual Band Archer AX20 Wifi 6 Router
  • Sesuai utk family besar dgn harga berbaloi
  • Support kelajuan sehingga 1800 Mbps
  • Jenis Dual Band lebih fleksibel + teknologi jimat tenaga
RM265.00
Asus RT-AX55 AX1800 Dual Band Wifi 6 Router
  • Kegunaan harian family besar dgn harga sederhana
  • Support kelajuan sehingga 1800 Mbps
  • ASUS AiMesh utk lebih tahan lama & stabil
RM339.00
Huawei WiFi AX3 Dual-Core AX3000 Wifi 6 Router

 

  • Harga murah sesuai kegunaan family & heavy user
  • Support kelajuan sehingga 2976 Mbps
  • Design simple + 160Mhz bandwidth lebar lebih stabil
RM239.00
TP-Link AX1500 Archer AX10 Wifi 6 Router
  • Harga murah + kegunaan harian keluarga kecil
  • Support kelajuan sehingga 1501 Mbps
  • Jenis Dual Band lebih fleksibel + design moden
RM229.00
Mercusys (By TP-Link) MR70X AX1800 WiFi 6 Router
  • Harga marhaen dgn spesifikasi yg lengkap
  • Support kelajuan sehingga 1800 Mbps
  • Lebih selamat dgn WPA3 + Router jenis Dual Band
RM175.00
D-Link DIR-X1560

 

  • WiFi AX1500 dengan kelajuan sehingga 1200 Mbps (5 GHz), 300 Mbps (2.4 GHz)
  • Sokongan Dual Band WiFi (5 GHz dan 2.4 GHz)
  • Menggunakan teknologi OFDMA dan MU-MIMO
RM199.00
Mercusys MR70X

 

  • WiFi AX1800 dengan kelajuan sehingga 1201 Mbps (5 GHz), 574 Mbps (2.4 GHz)
  • Sokongan Dual Band WiFi (5 GHz dan 2.4 GHz)
  • Menggunakan teknologi OFDMA dan MU-MIMO
Harga RM169

 

ARTIKEL LAIN

CARA KUATKAN SIGNAL WIFI RUMAH (LINE SLOW & LEMBAB)

4 thoughts on “CARA PILIH MODEM WIRELESS ROUTER (Jenama & Harga Murah)”

  1. Saya umor 30tahun duduk di petaling jaya selangor saya duduk di selangor 30tahun dan anak saya pun sama anak selangor macam mana nak buat bantuan untuk anak selangor…saya dah tak berkeje kerana covid19…saya ada anak masih sekolah rendah darjah 5…ini no saya mohamad hanif bin abdul majid 0182345973

    Balas

Leave a Comment