BORANG RAYUAN BPR 2021:MUAT TURUN & CETAK(CARA ISI BORANG)
Kepada individu dan isi rumah yang gagal permohonan Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) 2021,anda boleh membuat permohonan rayuan secara online dan borang.Bagaimanakah cara untuk muat turun BorangRayuan BPR 2021?
MUAT TURUN BORANG RAYUAN BPR
Berikut adalah cara untuk muat turun borangrayuan BPR >> https://bpr.hasil.gov.my/#
CARA BUAT RAYUAN MENGGUNAKAN BORANG
Berikut adalah cara untuk buat rayuan menggunakan borang:
- Sila log masuk portal BPR
- Sila buat semakan KOD TIDAK LULUS BPR anda
- Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan
- Sila muat turun BORANG RAYUANBPR
- Lengkapkan borang
- Sila buat TEMUJANJI untuk hadir hantar borang di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran.
CARA ISI BORANG RAYUAN BPR 2021
Berikut adalah cara untuk isi borang rayuan Bantuan Prihatin Rakyat 2021:
- Isi Bahagian A iaitu Maklumat Pemohon dengan lengkap
- Isi Bahagian B iaitu Maklumat Pasangan. Bahagian ini hanya perlu diisi oleh pemohon yang sudah berkahwin sahaja. Pemohon BPR bujang tidak perlu isi apa-apa.
- Di Bahagian Akuan, masukkan Nama Penuh dan Nombor Kad Pengenalan
- Sila turunkan tandatangan atau cap jari
- Tuliskan tarikh
- Kosongkan bahagian Kegunaan Pejabat
- Di Bahagian Akuan Penerimaan Rayuan / Pengakuan Bantuan Prihatin Rakyat(BPR), tuliskan Nama Penuh, Nombor MyKad dan Nama Pegawai Penerima
- Keratan ini akan diceraikan oleh LHDN semasa anda menghantar borang ini
- Keratan ini akan menjadi bukti penghantaran
- Selepas selesai mengisi BORANG RAYUAN BPR, sila hantar borang tersebut di kaunter LHDN terdekat bersama dokumen yang berkaitan.
SOALAN LAZIM
Boleh ke buat rayuanBPR menggunakan borang?
Boleh,Permohonan Rayuan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:
Penghantaran Borang Rayuan BPR 2021 di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran secara janji temu.
Bagaimanakah janji temu boleh dibuat untuk hadir ke Cawangan LHDNM?
Janji temu boleh dibuat secara dalam talian di Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my. Kaedah janji temu boleh dirujuk pada Panduan Pengguna Janji Temu.
Adakah saya perlu hantar dokumen sokongan semasa membuat Permohonan RayuanBPR 2021 secara borang ?
Ya. Dokumen sokongan diperlukan bergantung kepada kod tidak lulus Permohonan BPR 2021.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika ingin maklumat lanjut & pertayaan tentang BPR
Sila hubungi nombor hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:
1-800-88-2747
Sila hubungi nombor hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:
03-8882 4565
03-8882 4566
Sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:
03- 89111000
I cannot fix for an appointment as when I click on a date between 15-06-2021 to 30-06-2021, it seems that all slots are full. Can you advice on how to submit the appeal?
I would like re-confirm I got bantuan from BPN, can I apply for rayuan because salary cut to below RM5000.00 and husband not working.
Thank you very much.
Saya penerima BPN fasa 1 dan 2 kenapa saya tak dapat BPR nak tahu saja
Saya penerima BPN fasa 1 dan 2 kenapa saya tak dapat BPR saya nak tahu saja
Kenapa bpr saya tidak di luluskan???buat rayuan secara online tapi tidak dapat buka,,saya tak ingat pasword and email dan masuk guna frasa keselamatan tpi still tak dapat buka
I want to appeal for BPR 2021 as was unemployed since Januaty 2021 with no income. I cannot fixed appointment as all the dates are full from 15 to 30 June 21. Please advise how I can submit my BPR appeal?
Thank you
Saya nak tanya kenapa saya seorang isteri x dapat ambi duit bpr suami saya.kata pegawai di bsn kerana pemohon dia n ic pun dia punya so dia saja berhak ambi.sedagkn selama ini saya guna kad bsn tapi gagal kredit selepas saya tukar kad ke public.saya dah kemas kini baru kad bank saya dan saya mahu tanya apakah akn msk bsn ke nanti duit bpr tmbhn itu.