CHECK BAKI TOUCH N GO (RFID Tag Kad TnG Biasa & IC)

CHECK BAKI TOUCH N GO (RFID Tag Kad TnG Biasa & IC)

CHECK BAKI TOUCH N GO

 

Semestinya ketika ingin membuat perjalanan melalui lebuhraya anda ingin check baki touch n go anda terlebih dahulu bagi melancarkan perjalanan anda. Tetapi bagaimana cara untuk semak baki touch n go? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU TOUCH N GO (TnG)

Touch n Go ialah kad pintar tanpa sentuh dan sistem pembayaran elektronik berasakan kad pintar tanpa sentuh yang pertama dan perintis kepada pengenalan kad kredit Visa Wave dan MasterCard PayPass di Malaysia. Ia juga boleh digunakan bersama SmartTAG, sejenis alat dan sistem pembayaran elektronik tambahan pandu terus dalam kenderaan.

 

MUAT TURUN APLIKASI

Pada permulaannya, anda dikehendaki muat turun  dan install aplikasi TnG eWallet terlebih dahulu di telefon anda. Berikut adalah pautan aplikasi TnG eWallet:

  • Play Store bagi pengguna Android
  • Apple Store bagi pennguna IOS

 

CARA LINK MYCARD DI TnG eWALLET

Sekiranya anda menggunakan mycard anda sebagai kad touch n go, pastikan anda link kan dengan TnG ewallet terlebih dahulu supaya dapat anda menyemak baki touch n go mykad anda, berikut adalah caranya:

NOTA: Pastikan anda dapatkan siri nombor mycard anda terlebih dahulu dengan menambah nilai di mana-mana kaunter atau mesin top-up touch n go  dan dapatkan resit tambah nilai tersebut. Pada resit tambah nilai tersebut ada maklumat no siri TnG mycard anda.

  1. Buka aplikasi TnG eWallet anda
  2. Pada paparan utama, klik pada TnG Card.
  3. Seterusnya klik pada Add New Card.
    • Isikan maklumat yang diperlukan:
    • No Siri 10 Digit: yang terdapat pada resit tambah nilai
    • Pilihan nama kad: Masukkan pilihan nama yang anda inginkan, contoh: Kad Pengenalan/TnG 1/Tng2
  4. Selepas lengkap semuanya tekan Submit.
  5. Sila tunggu 15 minit selepas menambahkan Kad TnG anda sebelum menggunakannya. Klik pada Done.
  6. Paparan mycard anda akan terpapar pada eWallet TnG anda.

 

CHECK BAKI TOUCH N GO ONLINE

Berikut adalah cara check balance touch n go anda secara online:

Semakan Baki Guna Portal Touch N Go

  1. Layari portal Touch n Go : https://www.touchngo.com.my
  2. Pastikan anda daftar kad fizikal dan identiti anda untuk login
  3. Isikan Card/Device Serial No
  4. Pilih Nationality
  5. Taipkan Identification No anda.
  6. Setelah pendaftaran, anda boleh log masuk dan anda dapat menyemak baki dan sejarah transaksi anda.

 

Semakan Baki Guna Touch N Go eWallet

  1. Buka aplikasi TnG eWallet anda
  2. Register akaun TnG eWallet anda.
  3. Di halaman utama, tekan butang Toll.
  4. Klik pada pilihan TNG Card.
  5. Di halaman seterusnyan, klik pada butang Add A New Card.
  6. Kemudian rujuk resit pembayaran topup Touch n Go anda.
  7. Cari maklumat Mfg No di resit pembayaran.
  8. Masukkan Mfg No di kotak 10-digit Serial No.
  9. Isikan nama kad anda di Preferred Card Name.
  10. Klik pada butang Submit.
  11. Anda akan menerima 6 digit OTP number melalui SMS.
  12. Masukkan OTP number di ruangan yang disediakan untuk pengesahan.
  13. Kad Touch n Go and telah pun ditambah di akaun TnG eWallet anda.
  14. Pergi semula ke halaman utama dan ulangi langkah 6 sehingga 8.
  15. Di sini anda akan dapat melihat kad yang telah anda tambahkan bersama baki kad Touch n Go anda.

 

CHECK BAKI TOUCH N GO MANUAL

Anda juga boleh membuat semakan balance touch n go anda secara manual :

Semakan Baki Di Kaunter Tambah Nilai TnG

Semakan di mana-mana kaunter tambah nilai yang berhampiran,antaranya:

  • Kedai serbaneka di 7-Eleven atau MyNews.
  • Kaunter pembayaran stesen minyak seperti Petronas atau Shell.

 

MASALAH UNTUK CHECK BAKI TOUCH N GO

Sekiranya terjadi permasalahan proses tambah kad di aplikasi TnG eWallet gagal dan anda tidak dapat untuk check balance Touch n Go menerusi aplikasi ini,anda boleh hubungi servis khidmat pelanggan Touch n Go di 0350223888.

 

ARTIKEL LAIN

TOUCH ‘n GO EWALLET LOGIN(CARA DAFTAR AKTIFKAN PAYDIRECT & TOPUP ONLINE )

 

3 thoughts on “CHECK BAKI TOUCH N GO (RFID Tag Kad TnG Biasa & IC)”

Leave a Comment