CARA DAFTAR BKM 2022 (REGISTER BANTUAN KELUARGA MALAYSIA)

CARA DAFTAR BKM 2022 (REGISTER BANTUAN KELUARGA MALAYSIA)

CARA DAFTAR BKM

Untuk makluman tempoh permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan). Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Tetapi untuk membuat permohonan BKM anda seharusnya daftar MyBKM terlebih dahulu. Bagaimana caranya? Disini kami akan kongsikan, semoga membantu.

 

APA ITU BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Bantuan Keluarga Malaysia adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam  pemberian bantuan tunai langsung kepada kumpulan bersasar untuk isi rumah dan bujang B40, warga emas dan ibu bapa tunggal

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BKM 2022

Pemohon yang perlu membuat Permohonan BKM 2022 adalah seperti berikut:

  1. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 atau Bantuan Khas COVID-19 (BKC); serta
  2. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  3. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu Bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

 

CARA DAFTAR BKM ONLINE 2022

Untuk mendaftar dan membuat permohonan BKM, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Klik Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu atau klik Log Masuk BKM bagi melakukan Kemaskini Permohonan – Masukkan No.MyKad serta kata laluan yang telah didaftarkan.

bkm 1

  1. Setelah Berjaya Log Masuk, paparan menu Kemaskini Permohonan akan dipaparkan.

bkm 2

  1. Seterusnya masukkan No. MyKad pemohon diruangan No. MyKad dan klik butang Semak. Kemudian lengkapkan kesemua maklumat pemohon yang bertanda (*) –mandatori

bkm 3

  1. Kemudian klik butang Teruskan setelah semua maklumat diisi dengan lengkap

bkm 4

  1. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha

bkm 5

  1. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick butang Perakuan Pemohon berkenaan

bkm 6

  1. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan

bkm 7

  1. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.

CARA DAFTAR BKM

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara daftar online BKM, anda boleh layari pautan rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN 

TARIKH BAYARAN BKM FASA 1 2022 (Check Bila Duit Masuk Bank)

Tags: #APA ITU BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) #CARA DAFTAR BKM #CARA DAFTAR BKM 2022 (REGISTER BANTUAN KELUARGA MALAYSIA) #CARA DAFTAR BKM ONLINE 2022 #maklumat lanjut mengenai cara daftar online BKM #SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BKM 2022

author
Author: 
    SEMAKAN KELULUSAN BKM  2022 (Check Status LULUS / TIDAK)
    SEMAKAN KELULUSAN BKM  2022 (Check Status LULUS / TIDAK) Sekiranya anda ada membuat
    CARA SEMAK VAUCHER BAYARAN TUNAI BKM FASA 1(Check Duit)
    CARA SEMAK VAUCHER BAYARAN TUNAI BKM FASA 1(Check Duit) Untuk makluman kepada penerima
    SEMAKAN STATUS BKM FASA 2 2022(Bagi Permohonan Baru & Rayuan)
    SEMAKAN STATUS BKM FASA 2 2022(Bagi Permohonan Baru & Rayuan)   Untuk makluman
    SEMAKAN MyBKM 2022: CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN BKM
    SEMAKAN MyBKM 2022: CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN BKM Kepada yang dah buat permohonan

    Leave a reply "CARA DAFTAR BKM 2022 (REGISTER BANTUAN KELUARGA MALAYSIA)"