PERMOHONAN BIASISWA YANG DIPERTUAN AGONG 2023 (BYDPA)

PERMOHONAN BIASISWA YANG DIPERTUAN AGONG 2023 (BYDPA)

PERMOHONAN BIASISWA YANG DIPERTUAN AGONG 2022 (BYDPA)

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG diperkenalkan bagi memberi pengiktiraf akan kebolehan luar biasa seseorang calon untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca ijazah (Sarjana dan PhD) khasnya dalam bidang Sains dan Teknologi dalam dan luar negeri.

 

PENGENALAN BYDPA

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) mulai tahun 2006 telah melaksanakan program baru dikenali sebagai Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) atau King Schorlarship selaras dengan keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 3 November 2004 dan mendapat persetujuan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 16 Mac 2005.

Pemilihan pertama Biasiswa Yang di-Pertuan Agong telah dibuat pada 29 September 2006 iaitu lima (5) calon Sarjana dan lima (5) calon PhD. Majlis penyampaian biasiswa ini telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.  Penerima biasiswa ini juga diperkenalkan kepada semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam satu majlis khas sebelum Majlis Santapan Malam bagi memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara.

 

SYARAT KELAYAKAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA)

Berikut adalah merupakan syarat umum bagi permohonan biasiswa ni iaitu:

  • Warganegara Malaysia dan berumur tidak lebih 35 tahun pada tahun memulakan pengajian.
  • Calon-calon yang layak dan berjaya disenarai pendek akan melalui proses pemilihan termasuk temu duga
  • JPA berkata penerima BYDPA adalah terikat untuk berkhidmat di Malaysia dalam tempoh tidak kurang dari lima tahun.
  • Penerima biasiswa yang telah menamatkan pengajian di luar negara diwajibkan pulang ke tanah air selepas tamat tempoh tajaan

 

SYARAT KHUSUS BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA)

Selain syarat umum, pelajar juga perlu memenuhi syarat khusus iaitu:

  1. Pelajar mestilah mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang di peringkat pengajian:
    • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Sarjana; atau
    • jazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Ph.D.
  2.  Pelajar telah mendapat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) bagi pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.
  3. Untuk pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.
  4. Pelajar terlibat dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, rekacipta seni atau teknologi dan sebagainya iaitu:
    • Calon Sarjana: Penglibatan calon secara aktif adalah satu kelebihan; atau
    • Calon Ph.D: Penglibatan calon adalah wajib.
  5.  Keutamaan akan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan kokurukulum/ aktiviti kemasyarakatan.

 

SENARAI BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) 

12 biasiswa ditawarkan  iaitu enam di peringkat Sarjana dan enam di peringkat PhD untuk calon mengikuti pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam.

 

TARIKH PERMOHONAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA)

Permohonan BYDPA boleh dibuat mulai 19 Januari 2022 sehingga 03 Mac 2023

 

PANDUAN MEMOHON BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) 

  1. Mengisi borang secara dalam talian melalui portal BYDPA sehingga tarikh tutup mulai 19 Januari 2022 (Rabu).
  2. Mengisi borang dengan lengkap berserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan hendakla diserah tangan atau pos dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 03 Mac 2023.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut untuk dihantar bersama-sama borang permohonan iaitu:

  • Salinan ijazah pertama atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan bagi permohonan peringkat Sarjana dan Ph.D).
  • Salinan Ijazah Sarjana atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan – bagi permohonan peringkat Ph.D).
  • Surat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) daripada universiti/institusi pengajian atau slip/pengesahan pendaftaran semester pertama pengajian.
  • Salinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian/pengesahan penglibatan dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya yang disahkan oleh pegawai berkelayakan untuk calon Sarjana (sekiranya ada) tetapi wajib untuk calon Ph.D.
  • Salinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian/pengesahan penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum/aktiviti kemasyarakatan yang disahkan oleh pegawai berkelayakan.
  • Kertas cadangan penyelidikan (Research Proposal) dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara.

 

CARA PERMOHONAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG

Kepada calon yang berkelayakan dan ingin membuat permohonan BYDPA, berikut adalah merupakan caranya iaitu:

  1. Layari portal rasmi Perbangunan Modal Insan JPA: http://esilav2.jpa.gov.my
  2. Seterusnya buat permohonan anda.
  3. Kemudian, muat turun borang permohonan selepas selesai membuat permohonan.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:
    • Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Aras 3, Blok C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA (u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

 

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut mengenai penawaran itu boleh didapati melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my atau

Hubungi talian 03-8885 3371/ 3879/ 3438/ 3569 pada setiap hari bekerja mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang atau emel kepada [email protected]

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN PISMP IPG KEMASUKAN 2023 (Untuk Menjadi Seorang Guru)

Tags: #apply esilav2.jpa.gov.my #CARA PERMOHONAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG #CARA PERMOHONAN BYDPA #check esilav2.jpa.gov.my #daftar esilav2.jpa.gov.my #DOKUMEN DIPERLUKAN PERMOHONAN BYDPA #KRITERIA UTAMA PEMILIHAN #PANDUAN MEMOHON BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG #PANDUAN MEMOHON BYDPA #PERMOHONAN BIASISWA YANG DIPERTUAN AGONG esilav2.jpa.gov.my #SENARAI BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG #SENARAI BYDPA #SYARAT KELAYAKAN #SYARAT KELAYAKAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG #SYARAT KELAYAKAN BYDPA #SYARAT KHUSUS BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG #SYARAT KHUSUS BYDPA #TARIKH PERMOHONAN #TARIKH PERMOHONAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG #TARIKH PERMOHONAN BYDPA

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!

    Leave a reply "PERMOHONAN BIASISWA YANG DIPERTUAN AGONG 2023 (BYDPA)"