HRMIS 2.0:CARA LOGIN,MOHON CUTI & CETAK EGUARANTEE LETTER(GA)
APA ITU HRMIS?
HRMIS merupakan singkatan bagi Human Resource Management Information System.
Ianya merupakan sistem yang diwujudkan untuk membuat urusan sumber manusia pada setiap agensi/ organisasi.
Sistem ini banyak digunakan dalam sektor perkhidmatan awam di Malaysia.
HRMIS 2.0 merupakan sistem atas talian yang telah dinaiktaraf daripada versi Klasik.
LOGIN/LOG MASUK HRMIS 2.0 ONLINE
CARA LOGIN HRMIS 2.0
Berikut adalah cara login:
- Layari https://hrmis2.eghrmis.gov.my
- Anda akan ke login page HRMIS dengan URL ini: https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/Common/Main/Login.aspx
- Pada portal tersebut, scroll ke bawah dan tekan ikon 2.0 yang merupakan pautan untuk portal HRMIS 2.0, portal baru HRMIS.
- Pada laman seterusnya, di bawah bahagian Log Masuk Pengguna, anda perlu mengisi ruangan yang tersedia untuk login.
- Pada ruangan ID Pengguna, masukkan ID anda yang telah berdaftar.
- Untuk anda yang bukan warganegara Malaysia, tekan link Klik Sini yang terdapat di ruangan untuk ID Pengguna.
- Disebabkan portal HRMIS mengalami pembaharuan, anda juga perlu mengemas kini kata laluan anda. Login secara biasa dengan memasukkan kata laluan anda pada ruangan KATA LALUAN.
- Kemudian, tekan butang HANTAR untuk login.
- Seterusnya, kemas kini kata laluan anda. Untuk kata laluan anda yang baru, kata laluan ini perlu menepati ciri-ciri berikut:
- Sekurang-kurangnya mengandungi 12 aksara
- Mengandungi huruf dan nombor
- Mengandungi aksara khas atau simbol seperti “@”
- Mengandungi huruf besar dan huruf kecil
- Setelah Kata Laluan ditukar, proses dan cara login HRMIS anda kini sudah selesai
Nak check slip gaji atau payslip korang? guna je ePenyata Gaji ANM
CARA MOHON CUTI MELALUI HRMIS 2.0
Berikut adalah cara untuk memohon cuti:
- Layari dan login laman utama seperti di atas
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan
- Klik Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran
- Klik Pengurusan Cuti
- Pergi ke Fungsi > Permohonan Cuti > Pemohon Cuti
- Pilih Kategori Cuti
- Pilih Jenis Cuti, seperti:
- Cuti Sakit
- Cuti Kuarantin
- Cuti Rehat Khas (CRK)
- Cuti Tanpa Gaji
- Cuti Kerana Perkhidmatan
- Masukkan maklumat berkenaan cuti yang dipinta seperti:
- Tarikh
- Alamat
- Alasan
- Permohonan cuti melalui HRMIS 2.0 sudah selesai
CARA JANA eGuarantee Letter(GL)GUNA HRMIS 2.0
Bagi yang ingin mendapatkan Guarantee Letter pula, tidak perlu login HRMIS melalui laman utama kerana fungsi ini memerlukan telefon bimbit.
Pastikan smartphone anda mempunyai aplikasi PDF reader untuk mengelakkan masalah tidak dapat jana eGL nanti.
Berikut adalah cara jana eGuarantee Letter(GL) guna aplikasi HRMIS 2.0:
- Jika anda pengguna Android, sila dapatkan eGL HRMIS melalui Google Play Store di sini
- Jika anda pengguna iPhone yang menggunakan sistem operasi iOS, sila dapatkan eGL HRMIS melalui Apple App Store di sini
- Download dan install sehingga selesai
- Klik untuk membuka aplikasi eGL HRMIS
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan untuk login HRMIS
- Lihat di bahagian menu sebelah kiri, ada beberapa pilihan seperti:
- MyHRMIS eGL
- Jana eGL
- Kelayakan Wad
- Ahli Keluarga
- Direktori Hospital / Klinik
- Pilih Jana eGL
- Buat carian dan pilih Hospital / Klinik Kesihatan Kerajaan yang dikehendaki
- Klik Teruskan
- Simpan fail yang dijana tadi dalam format PDF
- Surat eGL (Guarantee Letter) kini anda sudah siap
MUAT TURUN APLIKASI HRMIS 2.0
Bagi memudahkan kerja anda, anda boleh terus install aplikasi HRMIS pada telefon pintar anda.klik sama ada ios ataupun android.
- IOS
- ANDROID
Dapatkan maklumat terkini /semasa pautan ini.
Adakah HRMIS 1.0 akan ditamatkan perkhidmatannya?
Ya. JPA sedang berusaha untuk membuat migrasi dari HRMIS 1.0 ke HRMIS 2.0. Disebabkan itu, semua pengguna digalakkan menggunakan HRMIS 2.0.
Apakah MyHRMIS keluar pejabat?
MyHRMIS keluar pejabat adalah aplikasi dikhaskan untuk memudahkan pengurusan keluar pejabat.
Apakah Jenis pinjaman yang boleh dipohon melalui HRMIS?
Jenis pinjaman yang boleh dibuat permohonan melalui HRMIS ialah:
- Perumahan
- Komputer
- Kenderaan
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Gemulah’ dalam HRMIS?
Ianya merujuk kepada Seseorang yang meninggal dunia ketika dalam perkhidmatan atau pesaraan.
Bagaimana cara login ke dalam HRMIS 2.0?
klik https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/Common/Main/Login.aspx
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjur berkenaan HRMIS anda boleh hubungi atau rujuk ke :
Laman web : https://www.eghrmis.gov.my/
Aras 3 – 6, Blok C1, Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P Putrajaya Malaysia
Hubungi + (603) 8321 1400/ + (603) 8324 2420