SENARAI KAUNTER BERGERAK JPJ (JPJ Mobile) MENGIKUT NEGERI
Sekiranya anda ingin beruursan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semestinya anda akan kunjungi ke cawangan yang berdekatan. Untuk makluman anda, kini pihak JPJ telah memudahkan urusan orang ramai dengan memperkenalkan Kaunter Bergerak JPJ (JPJ Mobile). Disini kami akan kongsikan kepada anda senarai lokasi Kaunter bergerak JPJ mengikut Negeri, semoga membantu.
APA ITU JPJ MOBILE
JPJ Mobile adalah merupakan kaunter bergerak yang diperkenalkan oleh Jabatan Pengangkuta Jalan bagi memudahkan orang ramai melaksanakan urusan yang berkaitan dengan JPJ di kawasan-kawasan yang ditetapkan.
PERKHIDMATAN TERSEDIA JPJ MOBILE
Berikut adalah merupakan perkhidmatan Yang Disediakan yang dapat anda melaksanakan urusan iaitu:
- Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM)
- Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
- Semakan Senarai Hitam
- Pindan Alamat
- Semakan Tarikh Luput LMM
- Semakan Tarikh Luput LKM
- Pembayaran Saman
- Pendaftaran ID mySIKAP Orang Awam
SENARAI LOKASI JPJ MOBILE
Untuk dapatkan senarai lokasi bagi perkhidmatan JPJ Mobile ini, anda boleh merujuk pada pautan setiap negeri seperti di bawah iaitu:
NEGERI | LOKASI |
Johor | Senarai Kaunter Bergerak |
WP Kuala Lumpur | Senarai Kaunter Bergerak |
WP Putrajaya | Senarai Kaunter Bergerak |
WP Labuan | Senarai Kaunter Bergerak |
Perlis | Senarai Kaunter Bergerak |
Kedah | Senarai Kaunter Bergerak |
Pulau Pinang | Senarai Kaunter Bergerak |
Perak | Senarai Kaunter Bergerak |
Selangor | Senarai Kaunter Bergerak |
Melaka | Senarai Kaunter Bergerak |
Negeri Sembilan | Senarai Kaunter Bergerak |
Pahang | Senarai Kaunter Bergerak |
Terangganu | Senarai Kaunter Bergerak |
Kelantan | Senarai Kaunter Bergerak |
Sabah | Senarai Kaunter Bergerak |
Sarawak | Senarai Kaunter Bergerak |
CARA SEMAK SAMAN JPJ GUNA MyJPJ
Kepada anda yang ingin cuba semak seman JPJ menerusi MyJPJ, berikut adalah merupakan caranya iaitu:
- Buka aplikasi MyJPJ di telefon anda
- Log masuk ke dalam akaun anda
- Pada paparan menu utama, scroll sedikit ke bawah pada bahagian Saman JPJ dan klik pada Semakan Saman
- Masukkan No Kad Pengenalan dan no kenderaan anda pada ruangan yang tersedia.
- Anda juga boleh menyemak saman JPJ pihak ketiga dengan masukkan no kad pengenalan dan no kenderaan mereka pada ruangan tersebut.
- Sekiranya sudah selesai, klik pada Hantar
- Paparan akan menunjukkan maklumat saman tersebut sekiranya anda
CARA BAYAR SAMAN JPJ
Saman JPJ boleh dibayar menerusi cara seperti berikut:
- Di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan Pejabat Kecil JPJ.
- Secara online
- Website e-Services http://www.eservices.com.my
- Website MySIkap
- Aplikasi MyJPJ
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kaunter bergerak JPJ Monile, anda boleh merujuk pada saluran berikut:
- Portal rasmi JPJ: https://public.jpj.gov.my/
- Talian hotline JPJ: 03 8000 8000.
ARTIKEL BERKAITAN:
- JPJeBid 2023: Cara Bida Nombor Pendaftaran Kenderaan (No Plate Cantik)
- HARGA ROADTAX JPJ 2023 (SEMAKAN CUKAI JALAN SEMENANJUNG & SABAH SARAWAK)
- MySIKAP JPJ:CARA DAFTAR LOGIN (RENEW LESEN & BAYAR ROADTAX)
1 thought on “SENARAI KAUNTER BERGERAK JPJ (JPJ Mobile) MENGIKUT NEGERI”