PERMOHONAN i-SINAR ONLINE:PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP (isinar.kwsp.gov.my)
KWSP hanya buka PERMOHONAN i-SINAR ONLINE sahaja jika ahli ingin membuat pengeluaran akaun 1 KWSP melalui isinar.kwsp.gov.my
Apa itu i-Sinar?
i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Belum register i-Akaun KWSP? Sila rujuk REGISTER i-AKAUN KWSP(Daftar melalui KIOSK,BANK,ONLINE & EMAIL)
Apakah kriteria untuk saya buat permohonan i-Sinar online ?
Ramai yang salah faham tentang perkataan “syarat” / “ kriteria”. Sila fahami betul-betul maksud perkataan ini untuk elak salah faham.
Mengikut Kamus Dewan :
Kriteria bermaksud ukuran untuk menentukan nilai sesuatu.
KWSP perlu juga meletakkan ukuran nak menentukan pendapatan ahli yang terjejas.
Kepada yang lupa id/kata laluan i-Akaun KWSP,rujuk LUPA ID/KATA LALUAN i-AKAUN KWSP,CARA RESET PASSWORD
Mengikut Kamus Dewan juga :
Syarat bermaksud tuntutan yang 𝗠𝗘𝗦𝗧𝗜 dipenuhi.
Jika ahli KWSP yang ingin mohon i-Sinar, tetapi tiada dokumen sokongan, sila rujuk cara mohon i-sinar kategori 2 tetapi TIADA DOKUMEN i-SINAR
Kriteria kelayakan terbahagi kepada 2 kategori seperti di bawah:
Kategori 1
- Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:
- Anda sudah lama tidak mencarum
- Anda seorang suri rumah
- Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
- Anda hilang pekerjaan
- Anda diberi cuti tanpa gaji
- Anda hilang sumber pendapatan
Bermula 21 Disember 2020, ahli KWSP bagi kategori 1 dah boleh buat permohonan i-SINAR,ini CARA MOHON i-SINAR terkini,mudah dan senang sahaja
Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.
Banyak lagi bantuan berkaitan data internet dan kelas online percuma untuk golongan B40,pelajar SPM/STPM,sila rujuk PROGRAM JARINGAN PRIHATIN
MAKSUD TIADA CARUMAN KWSP(sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan)
Maksud tiada caruman KWSP ialah tiada bayaran/caruman kepada KWSP dalam tempoh 2 bulan berturut-turut semasa permohonan. Lebih jelas lagi, tiada gaji, tiada bayaran caruman kepada KWSP juga.
Bagaimana pula sudah lama tidak mencarum? Contohnya 5 tahun sudah tidak mencarum kepada KWSP,anda juga layak untuk mohon i-SINAR.
Senang lagi nak mohon bila tengok TUTORIAL PERMOHONAN i-SINAR KATEGORI 1( BERGAMBAR)
Kategori 2
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.
Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
- Dokumen sokongan lain yang berkaitan seperti penyata bank.
Bila saya boleh buat PERMOHONAN i-SINAR ONLINE ?
Sekiranya anda tergolong dalam Kategori 1, anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020.
Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.
Bagaimanakah cara buat permohonan i-Sinar Online?
Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my
CARA PERMOHONAN i-SINAR ONLINE
Berikut adalah contoh untuk buat PERMOHONAN i-SINAR ONLINE:
- Klik PERMOHONAN BARU i-SINAR
- Lengkapkan maklumat yang diminta:
- nombor telefon bimbit.
- Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran(Masih aktif,Milik anda,Bukan akaun bersama)
- Muat turun DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR jika diminta (Kategori 2)
- Sila semak sebelum buat pengesahan
- Klik HANTAR
Bagaimanakah caranya saya boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 saya?
Anda boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 secara online melalui aplikasi atau portal i-Akaun atau cawangan atau kios KWSP yang terdekat.
Bila pembayaran i-Sinar saya akan dibuat?
Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
Bagaimanakah pembayaran i-Sinar saya akan dibuat?
Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
Amaun Kelayakan i-Sinar
Amaun kelayakan i-Sinar adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 Ahli seperti berikut:
Baca tentang CARA KIRA JUMLAH PENGELUARAN i-SINAR
Baki Simpanan Akaun 1: RM100,000 dan ke bawah
- Pengeluaran sehingga RM10,000 (Tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100 dalam Akaun 1).
- Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM5,000.
- Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan (Tertakluk kepada baki akhir Akaun 1 dengan amaun bayaran minimum RM50).
- Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.
Baki Simpanan Akaun 1: Lebih dari RM100,000
- Pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan (Tertakluk kepada amaun maksimum RM60,000).
- Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM10,000.
- Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan.
- Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.
SOALAN LAZIM PERMOHONAN i-SINAR ONLINE
Adakah saya perlu membayar semula amaun i-Sinar yang dikeluarkan?
Anda tidak perlu membayar semula.
Jika saya telah memohon Pengeluaran i-Lestari, bolehkah saya buat permohonan i-Sinar online ?
Boleh. Anda yang sedang menerima bayaran bulanan Pengeluaran i-Lestari juga boleh memohon i-Sinar.
Adakah SURI RUMAH layak mohon i-Sinar?
Saya munirah,40 tahun,seorang suri rumah yang menjual kuih dalam talian,saya ahli KWSP yang tidak mencarum selama 8 tahun,adalah saya layak mohon i-Sinar?
Layak,kelulusan secara automatik dan tidak perlukan dokumen sokongan.
Adakah pemandu bas sekolah layak mohon i-Sinar?
Saya Abu,35 tahun,seorang pemandu bas,ahli KWSP yang telah hilang sumber pendapatan dan sudah 8 bulan tidak mencarum KWSP
Layak,kelulusan secara automatik dan tidak perlukan dokumen sokongan.
Adakah krew filem layak mohon i-Sinar?
Saya Chan,30 tahun,seorang krew file yang pendapatan mengikut projek,ahli KWSP yang sudah 3 tahun tidak mencarum KWSP
Layak,kelulusan secara automatik dan tidak perlukan dokumen sokongan.
Adakah pembantu tadika layak mohon i-Sinar?
Saya Mila,27 tahun,seorang pembantu tadika yang bergaji hari (tunai),ahli KWSP yang sudah 10 bulan tidak mencarum KWSP
Layak,kelulusan secara automatik dan tidak perlukan dokumen sokongan.
Adakah Rider Foodpanda layak mohon i-Sinar?
Saya Ahmad,28 tahun,seorang rider Foodpanda,ahli KWSP yang sudah 3 bulan tidak mencarum KWSP
Layak,kelulusan secara automatik dan tidak perlukan dokumen sokongan.
Adakah Pereka Grafik Kontrak layak mohon i-Sinar?
Saya Lina,26 tahun,seorang pereka grafik kontrak,ahli KWSP yang masih mencarum KWSP tetapi gaji telah dipotong 1/3
Layak,kelulusan secara automatik dan tidak perlu dokumen sokongan
Adakah pengusaha kantin layak mohon i-Sinar?
Saya Kak Liza,35 tahun,seorang pengusaha kantin,ahli KWSP yang kali terakhir mencarum Mei 2017
Layak,kelulusan secara automatik dan tidak perlukan dokumen sokongan.
Adakah Mekanik Pesawat layak mohon i-Sinar?
Saya Muhammad,32 tahun,seorang mekanik pesawat yang telah diberhenti kerja,ahli KWSP yang tidak mencarum sejak diberhentikan
Layak,kelulusan secara automatik dan tidak perlukan dokumen sokongan.
Adakah pemandu pelancong layak mohon i-Sinar?
Saya Rafais,40 tahun,seorang pemandu pelancong,ahli KWSP yang tidak mencarum KWSP sejak awal 2020
Layak,kelulusan secara automatik dan tidak perlukan dokumen sokongan.
Adakah pembantu kedai makan layak mohon i-Sinar?
Saya Joe,27 tahun,seorang pembantu kedai makan,ahli KWSP yang masih aktif mencarum tetapi gaji dipotong separuh
Layak,kelulusan secara automatik dan tidak perlukan dokumen sokongan.
Maklumat Lanjut & Info
Jika ada pertanyaan tentang i-Sinar,Sila hubungi TALIAN TELEFON i-SINAR dibuka 8 pagi- 8 malam.
Sila rujuk https://isinar.kwsp.gov.my/
Sila layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.
Lawati Facebook rasmi KWSP untuk makluman terkini : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/
saya amat mermelukan pengeluaran bantuan isinar ini harap dipertimbangkan
pemohon akaun 1 i-sinar
Sagat berguna bagi kami..
Sy blh keluar ka kwsp sy tapi skrng sy tak kerja dulu ada kerja
1- Kalau masih bekerja, dan majikan hanya carum sampai bulan Ogos 2020 sahaja adakah layak mohon ketogeri pertama ?.
2- saya masih bekerja gaji pkok Rm1200 dan bayaran (OT) dalam keadaan (bayaran tertunggak) dah 6 bulan adakah saya layak memohon, Klau layak ketogeri yg mana 1 @ 2 ?.
(Tolong saya mohon pencerahan)
Saya memerlukan duit i lestari 10000 mintak sangat boleh amin ..
Saya sudah 6bulan tidak mencarum, tapi bulan 11 pada 18.11.2020 saya baru dapat pekerjaan dan akaun kwsp saya aktif bulan 12,adakah saya layak memohon isinar
Kalau dlm kwsp sy ad 1,0000 lbih blh mohon ke
Sy kelur duai rm10.000 boleh ke
Kwsp 1st account
Sy sesorg pencarum …KWSP….tp sy puya xla byak..ckup lh tuk sy sara klurga sy d noma baru ini..(epf $15/=dn sy amat memerlukn ..sb tampa kija..
Saya tiara akaun bank boleh kah saya memohon i-sinar
Saya mahu buat pengaliran i sinar akaun 2
saya ahli kwsp.. dari bulan 12/2019 hingga bulan 8/2020 saya tidak mencarum.. saya start mencarum pada bulan 9/2020 kerana baru dapat kerja.. layak ka saya mohon?
Saya tiada account bank…disebabkan saya diistyharkan muflis oleh mahkamah…bagaimana cara utk saya membuat pengeluaran
Sya dah lama x berkerja sebab kilang tempat sya kerja dah tutup….
Sya perlukan pengeluaran KWSP sebab sya dah lama x berkerja di sebabkan kilang tutup sama suami pon punca pendapatan skg dah terjejas ..
Permohonan i-sinar yg pilihan pertama
kalau dari bulan 3 sampai bulan 6 tidak ada caruman .. layak ke mohon i sinar yg petame ? start bulan 7 baru ade potongan epf
sy tidak bekerja sejak berkahwin pada 2010 tiada caruman selama tidak bekerja..sekarang saya br bekerja 2 bln Dan 2 Kali br mencarum boleh kah sy memohon I sinar
Permohonan i- senar pengeluaran akaun 1kwsp
Saya hairol bin mohamad, skrg saya tidak ada keja kerana coviq19 anak 2 masih sekolah, pelu belanja, amat memerlukan ingin keluar kn duit 1k tiap2 bulan untuk pebelanjaan anak2 saya, harap dpt di lulus kan..
Saya boleh baut pengeluaran akaun 1 ke
Permohonan i-sinar Pengeluaran akaun 1 kwsp
Permohonana i-sinar pengeluaran akaun 1 kwsp
Permohonan i- Sinar Pengeluaran account 1 KWSP
Saya dah lama tak mencarum dlm KWSP.. ingin membuat Permohonan i sinar ONLINE..
sy masih berkrja..dan masih mencarum kwsp…sy benar benar ingin mengeluarkan 10k d acc 1kwsp sy..kerana sungguh pun masih berkerja kos sara hidup d masa pendemik ini meningkat dan keperluan pun menjadi bertambah..dan juga kerana basic gaji sy lebih rendah dr B1…gji sy tdak ada perubahan semenjak berkerja d syrikat berkenan tetapi keperluan meningkat..harus d mn sy perlu mengisi i sinar sy di antra kategori 1 & 2
hai saya nak bertanya..kalau no tel da tukar macam mana ye..saya nak kemaskini no tel
Salah isi amuan KWSP apa kah cara nya saya buat permohonan baru.
I telah buat pengeluran sbyak 3k boleh tak saye buat pengeluran lagi..! masih ade bnde yg belum habis byar.
Cara memohon yang sepatutnya macam mana? Saya tak faham