PAKEJ PERPADUAN PRABAYAR INTERNET 2023 (Cara Langgan & Harga)
Terkini kepada para pengguna telefon mudah alih bakal nikmati pelan Internet mudah alih pada harga rendah, kelajuan internet tiga kali ganda yang diperkenalkan oleh Kerajaan Perpaduan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital melalui Pakej Perpaduan Prabayar Internet. Disini kami akan kongsikan kepada anda mengenai pakej ini.
APA ITU PAKEJ PERPADUAN PRABAYAR INTERNET
Kerajaan Perpaduan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengumumkan pakej prabayar mudah alih ini bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan sasar untuk memiliki perkhidmatan internet merupakan utiliti asas yang diperlukan oleh rakyat.
Langkah penurunan harga ini jelas menunjukkan bahawa keperluan rakyat untuk menikmati perkhidmatan telekomunikasi dengan harga lebih murah dan mampu milik diberi perhatian serius Kerajaan Perpaduan
KELAYAKAN PAKEJ PERPADUAN
Berikut adalah merupakan golongan yang layak menikmati pakej ini iaitu:
- Belia berumur 30 tahun
- Golongan B40
- Orang kurang Upaya (OKU)
- Warga emas
- Veteran
TARIKH PERLAKSANAAN PAKEJ PERPADUAN
Perlaksanaan pakej ini akan mulai berada di pasaran pada Februari 2023.
KADAR HARGA PAKEJ PERPADUAN
Pakej rabayar Internet Mudah Alih diperkenal pada harga RM30
KELEBIHAN PAKEJ PERPADUAN
Pakej ini menawarkan peningkatan kelajuan Internet mudah alih iaitu:
- Daripada 1Mbps ke 3Mbps
- Kuota ditingkatkan daripada 20GB untuk tiga bulan (80 hari) kepada 30Gb untuk tempoh enam bulan (180 hari).
- Pengguna dapat menikmati penjimatan harga sebanyak 50% berbanding pakej sedia ada iaitu dari Rm10 sebulan kepada RM5 sebulan
- Pelan internet ini dapat digunakan untuk perkhidmatan teks dan panggilan, selain aplikasi dalam talian seperti penghantaran makanan, perbankan, navigasi dan juga carian di internet.
- Pakej ini merupakan pakej asas yang disediakan dan ia terpulang kepada penyedia perkhidmatan untuk menawarkan nilai tambah ke atas pakej ini.
PERKHIDMATAN TELCO YANG MENAWARKAN PAKEJ PERPADUAN
Berikut adalah merupakan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat menerusi pakej ini iaitu:
- Celcom
- Digi
- Maxis
- U Mobile
- Telekom Malaysia (TM)
- YTL Communications.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranyan anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pakej ini, anda boleh dapatkan melalui kenyataan media melalui website rasmi Kementerian Komunikasi dan Digital
ARTIKEL BERKAITAN:
- SEMAKAN BANTUAN KERAJAAN 2023 (Permohonan Rakyat B40 Malaysia)
Tags: #APA ITU PAKEJ PERPADUAN PRABAYAR INTERNET #KADAR HARGA PAKEJ PERPADUAN PRABAYAR INTERNET #KELAYAKAN PAKEJ PERPADUAN PRABAYAR INTERNET #KELEBIHAN PAKEJ PERPADUAN PRABAYAR INTERNET #PAKEJ PERPADUAN PRABAYAR INTERNET #PAKEJ PERPADUAN PRABAYAR INTERNET 2023 (Cara Langgan & Harga) #PERKHIDMATAN TELCO YANG MENAWARKAN PAKEJ PERPADUAN PRABAYAR INTERNET #TARIKH PERLAKSANAAN PAKEJ PERPADUAN PRABAYAR INTERNET
Isman Medali3 tahun ago
Sekarang saya nak minta kepastian masih ada lagi ke 1GB setiap hari ke
Mohamad khairil bin shariee3 tahun ago
Masih ke 1gb tu