PERMOHONAN, KEMASKINI & SEMAKAN BANTUAN PRIHATIN RM600 PEMANDU TEKSI
Berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat 30,000 pemandu teksi gagal menerima bantuan RM600.
Maka kerajaan telah bersetuju membenarkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) memperbaharui Kad Pemandu teksi dengan menyerahkan semua dokumen yang diperlukan selewat-lewatnya 1 Julai ini.
Kepada pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa, bas sekolah, bas persiaran dan juga pemandu pelancong,anda boleh mohon BANTUAN KHAS RM500 PEMERKASA TAMBAHAN.
SEBAB/PUNCA PEMANDU TEKSI GAGAL MENERIMA BANTUAN RM600
Berdasarkan ulasan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, terdapat maklum balas masih ada pihak yang belum menerima bantuan tunai RM600 kerana pelbagai sebab.
Antaranya adalah kerana Kad Pemandu mereka sudah tamat tempoh sah dan luput pada 18 Mac lalu.
Kepada pemandu teksi yang layak, boleh mula buat SEMAKAN BANTUAN PERMAI RM500
KEMASKINI AKAUN PEMANDU TEKSI
Berikut adalah cara kemaskini akaun bank pemandu teksi :
Bagi pemandu teksi yang tidak mempunyai akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), mereka perlu mengemaskini butiran akaun bank mereka melalui portal semakprihatin.
1.Layari semakprihatin.treasury.gov.my
2.Memasukkan nombor kad pengenalan (MyKad)
3.Kemaskini maklumat akaun pemandu teksi
JIKA GAGAL KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK
Pemandu teksi yang layak menerima Insentif Bantuan Teksi RM600 bagi fasa 1 tetapi tidak dapat mengisi maklumat akaun bank serta masih belum menerima bayaran, sila kemaskini maklumat anda diportal https://semakprihatin.treasury.gov.my/ untuk mengisi maklumat nombor telefon bimbit yang aktif bagi menerima nombor baucer.
Nombor baucer akan digunakan sebagai rujukan untuk pengeluaran secara tunai di kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Bayaran akan dibuat secara tunai di cawangan BSN terdekat, setelah menerima nombor baucer melalui khidmat pesanan ringkas SMS, yang akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.
KES PEMANDU TEKSI BANKRAP/MUFLIS
Selain itu bagi pemandu yang mengalami masalah bankrap atau muflis, pemandu teksi ini boleh merujuk terus kepada Bahagian Hal Ehwal Undang- undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri atau melayari portal BHEUU untuk tindakan lanjut.
Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengumumkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) keseluruhan nasional adalah sebanyak RM2,208 sebulan bagi satu isi rumah pada tahun 2019. Anda boleh cuba daftar eKasih 2020
PERINGATAN KEPADA PEMANDU TEKSI
Kementerian Pengangkutan mengingatkan kepada semua pengusaha pengangkutan awam termasuk pengusaha teksi supaya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan tidak menjalankan operasi tanpa dokumen yang sah.
LAPORAN BANTUAN PRIHATIN RM600 KEPADA PEMANDU TEKSI
Kerajaan mengumumkan bayaran secara sekali beri sebanyak RM600 kepada pemandu teksi yang berdaftar dengan peruntukan sejumlah RM18 juta bagi Fasa Pertama melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 pada 27 Mac lalu.
Bantuan yang diberikan adalah bagi meringankan beban pemandu teksi yang terjejas pendapatan disebabkan pelaksanaan PKP yang kini dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020 dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Seramai 29,447 pemandu teksi yang memiliki Kad Pemandu sah yang aktif semasa tempoh PKP sudah menerima manfaat bantuan tunai RM600 yang diuruskan pembayarannya oleh Kementerian Kewangan bermula 2 April lalu melalui BSN dan Interbank GIRO (IBG).
Kerajaan telah mengumumkan bayaran bantuan one-off RM600 kepada pemandu teksi, pemandu pelancong, pemandu bas pelancong dan pengusaha beca kerana kerajaan memahami industri pelancongan telah terjejas teruk akibat daripada virus corona ini.
Pembayaran secara one-off sebanyak RM600 ini sudah mula dimasukkan ke dalam akaun yang berdaftar sejak 2 April 2020.
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN PRIHATIN RM600 KEPADA PEMANDU TEKSI
Anda boleh mula buat semakan kelayakan anda di semakprihatin.treasury.gov.my.
SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN RM600 KEPADA PEMANDU TEKSI
Anda boleh mula buat semakan permohonan bantuan di semakprihatin.treasury.gov.my.
Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik ‘Semak‘ untuk semakan status permohonan anda.
HBB 3032
710223075365
Belum menerima bantuan one off rm600 utk pemandu teksi
Sy pemandu kereta sewa di negeri sabah tapi sampai sekarang sy blm terima bantuan rm600 utk pemandu teksi,apa masalah permohonan sy tuan.
Saya pemandu ke 2.. teksi labuan.. tidak rekod lepas saya buat semakan… apa website untuk kemas kini permphoanan balik…
Abdul Jalil Bin Lek saya pemandu teksi yg mempunyai permit dan kad pemandu yg masih aktib lagi tapi apabila saya semak tidak ada rekod pula apa maksalahnya tuan.
Permohonan kemaskini & semakanbantuan prihatin rm 600 pemandu teksi.
Saya pemandu teksi negeri sabah. Sampai sekarang belum dapat bantuan rm 600. Sudah berurusan di lpkp sandakan sabah
Macam mana nak mohon bantuan teksi. I try tapi tak boleh aply
Saya masih tidak dapat bantuan prihatin pemandu teksi.. Bagaimana cara mohon
Pemandu kereta sewa plat BEA 8912 Dari syesen Henti Teksi Bidor masih tidak dapat terima Bantuan Rm600 sehingga kini kini
Saya HBB1394 Masih belum dapat Bantuan Rm 600 sampai la sekarang dah nak Raya la ni esok
Permohonan baru
Saya pemandu kereta sewa JCB 745 (820628-04-5073) sampai sekarang semak tiada maklumat dijumpai.. macamna ni tuan..
Saya pemandu teksi 12 tahun sekarang ni dia kata x ada rekod…hahaha teksi saya HWD5889 ada kt belakang umah ni ha lagi x ada rekod..
Kenapa masih takda rekod. Sudah apply brpa kali.
rakunathan supramaniam – HBB 699 TIDAK BOLEH BUAT SEMAKAN TERKINI 2021 DENGAN NO IC
Belum dapat lagi bantuan prihatin teksi
Saya pemandu bawah koperasi teksi bandaraya johor bahru
saya cuba masuk untuk kemaskini maklumat tapi dapat masuk system.