PINJAMAN TABUNG USAHAWAN PERAK 2021:CARA & BORANG PERMOHONAN

PINJAMAN TABUNG USAHAWAN PERAK 2021:CARA & BORANG PERMOHONAN

PINJAMAN TABUNG USAHAWAN PERAK

PINJAMAN TABUNG USAHAWAN PERAK

APA ITU PINJAMAN TABUNG USAHAWAN PERAK

Program Pinjaman Tabung Usahawan Perak  ini adalah tujuan untuk membantu peniaga-peniaga mengembangkan perniagaan dengan menawarkan skim pinjaman perniagaan tanpa faedah dan skim ini adalah pinjaman jangka pendek.

Tempoh pinjaman adalah sehingga 5 tahun bergantung pada jumlah pinjaman yang mereka buat.

Jumlah pinjaman yang ditawarkan kepada peniaga adalah dari RM 3, 000 sehingga RM20, 000

Kepada usahawan PKS, ini cara daftar KEMPEN E-DAGANG PENJANA untuk layak manfaat RM1500 dari SHOPEE & rakan e-dagang yang lain.

SEMAKAN SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah  syarat-syarat seperti permohonan :

  • Berumur antara 18 hingga 59 tahun serta menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak
  • Pemohon dan pasangan merupakan seorang Warganegara Malaysia
  • Pemohon dan pasangan bukanlah seorang kakitangan kerajaan / badan berkanun / syarikat GLC / syarikat Berhad
  • Menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak
  • Menjalankan perniagaan secara sendirian (Bukan Perkongsian)
  • Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi syariah.
  • Perniagaan yang dijalankan berada dalam skop pembiayaan Yayasan Perak. Dimana perniagaan yang dijalankan adalah melibatkan transaksi wang penjualan atau pembelian yang nyata secara harian, mingguan atau bulanan dan hasil jualan mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan.

SEMAKAN JENIS PERNIAGAAN YANG LAYAK MEMOHON

Perniagaan yang dijalankan yang berada dalam skop pembiayaan Yayasan Perak dimana perniagaan yang dijalankan adalah melibatkan transaksi wang penjualan atau pembelian nyata secara harian, mingguan atau bulanan dan hasil jualan mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan.

Antara perniagaan yang berada diluar skop pembiayaan adalah:

  • Urusniaga melalui ternakan dan perikanan (usahawan baru)
  • Urusniaga yang melibatkan konsep MLM / Online
  • Urusniaga yang melibatkan pelaburan / Piramid / Skim Cepat Kaya
  • Pembelian kenderaan untuk perniagaan atau peribadi
  • Perniagaan barangan lusuh / Kitar semula
  • Perniagaan bermusim
  • Perniagaan secara orang tengah atau agen perantara seperti agen insurans, agen Unit Amanah, agen Komisen Am termasuk Broker (tanah atau  hartanah) dan sebagainya.
  • Kontraktor Pembangunan

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah  senarai dokumen yang perlu ada jika anda ingin membuat permohanan pinjaman ini :

  • Borang / Surat Permohonan (wajib)
  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Tanggungan) – (wajib)
  • Salinan Surat Perjanjian / Kebenaran Sewa Kedai atau Tanah & sebagainya
  • Salinan Daftar Niaga (SSM) / Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Pelan lokasi perniagaan
  • Surat Sokongan Wakil Rakyat / Pejabat Daerah / Penghulu / MPKK
  • Salinan Penyata bank bagi 3 bulan yang terkini* Dokumen sokongan yang disahkan kepada Yayasan Perak, tidak akan dikembalikan.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Jika anda ingin memohon pinjaman Tabungan Usahawan Yayasan Perak, anda perlu mengisi borang permohonan.

BORANG PERMOHONAN PINJAMAN TABUNG USAHAWAN PERAK 2021

Anda boleh mendapatkan borang permohonan di tempat- tempat berikut :

  • Pejabat Yayasan Perak
  • Pejabat Mini Yayasan Perak (UTC), Ipoh
  • Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
  • Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu
  • Anda juga boleh memuat turun Borang Permohonan Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan di laman web Yayasan perak [borang permohonanan]

MAKLUMAT YANG PERLU DILENGKAPKAN PADA BORANG PERMOHONAN

  • Butiran Waris
  • Butiran Penjamin
  • Butiran Tanggungan
  • Butiran Perniagaan
  • Pengesahan Pemohon
  • Perakuan dan pengesahan penghulu/MPKK

Baca tentang SENARAI BANTUAN KERAJAAN NEGERI PERAK 2020

SOALAN LAZIM 

Berapa kadar Bantuan Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak?

Bantuan Sehingga RM20,000

Macam mana nak mohon Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak?

Sila muat turun borang,lengkapkan dan hantar borang permohonan bersama dokumen diperlukan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk sebarang pertanyaan atau info lanjut tentang Pinjaman Tabungan Usahawan Yayasan B40, anda boleh rujuk ke :

Yayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak), Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,No 111, Jalan Sultan Idris Shah,30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Bahagian Pembangunan Sosial (Pejabat Cawangan Yayasan Perak),No.26C, Persiaran Greentown 6 Greentown Business Centre,30450 Ipoh, Perak

No. Telefon : 05-246 0998

 

Tags: #Berapa kadar Bantuan Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak? #BORANG PERMOHONAN PINJAMAN TABUNG USAHAWAN PERAK 2021 #CARA MOHON PINJAMAN TABUNG USAHAWAN PERAK #Macam mana nak mohon Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak? #MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN PINJAMAN TABUNG USAHAWAN PERAK 2021 #PINJAMAN TABUNG USAHAWAN PERAK 2020 #PINJAMAN TABUNG USAHAWAN PERAK 2021

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT KECEMASAN
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini terdapat
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)     Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah mengumumkan

    Leave a reply "PINJAMAN TABUNG USAHAWAN PERAK 2021:CARA & BORANG PERMOHONAN"