PERMOHONAN PINJAMAN TABUNG USAHAWAN PERAK (Muat Turun Borang)

PERMOHONAN PINJAMAN TABUNG USAHAWAN PERAK (Muat Turun Borang )

PINJAMAN TABUNG USAHAWAN PERAK Kepada peniaga yang berada di Perak yang ingin membuat pinjaman bagi mengembangkan perniagaan, anda boleh membuat permohonan melalui Pinjaman Tabung Usahawan Perak. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.  

 

APA ITU PINJAMAN TABUNG USAHAWAN PERAK

Program Pinjaman Tabung Usahawan Perak  ini adalah tujuan untuk membantu peniaga-peniaga mengembangkan perniagaan dengan menawarkan skim pinjaman perniagaan tanpa faedah dan skim ini adalah pinjaman jangka pendek.  

 

KELEBIHAN PINJAMAN TABUNG USAHAWAN PERAK

  • Pinjaman Tabung Usahawan ini menawarkan pinjaman yang menarik iaitu pinjaman tanpa faedah.

 

TEMPOH PINJAMAN TABUNG USAHAWAN PERAK

  • Tempoh pinjaman adalah sehingga 5 tahun bergantung pada jumlah pinjaman yang mereka buat.  

 

KADAR PINJAMAN TABUNG USAHAWAN PERAK

  • Jumlah pinjaman yang ditawarkan kepada peniaga adalah dari RM5,000 sehingga RM20,000  

 

SEMAKAN SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah  syarat-syarat seperti permohonan :

  • Berumur antara 18 hingga 59 tahun serta menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak.
  • Pemohon dan pasangan merupakan Warganegara Malaysia.
  • Pemohon bukanlah kakitangan kerajaan/badan berkanun/syarikat GLC/Berhad.
  • Menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak.
  • Menjalankan perniagaan secara milikan tunggal, perkongsian dan sendirian berhad.
  • Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi undang – undang.
  • Perniagaan yang dijalankan berada dalam skop pembiayaan Yayasan Perak dimana perniagaan yang dijalankan adalah melibatkan transaksi wang penjualan atau pembelian yang nyata secara harian, mingguan atau bulanan dan hasil jualan mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan.
  • Rekod daftar perniagaan SSM perlu 6 bulan ke atas.

 

SEMAKAN JENIS PERNIAGAAN YANG LAYAK MEMOHON

Perniagaan yang dijalankan yang berada dalam skop pembiayaan Yayasan Perak dimana perniagaan yang dijalankan adalah melibatkan transaksi wang penjualan atau pembelian nyata secara harian, mingguan atau bulanan dan hasil jualan mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan. Antara perniagaan yang tidak layak untuk memohon adalah seperti berikut:

  • Urusniaga melalui ternakan dan perikanan (usahawan baru)
  • Urusniaga yang melibatkan konsep MLM / Online
  • Urusniaga yang melibatkan pelaburan / Piramid / Skim Cepat Kaya
  • Pembelian kenderaan untuk perniagaan atau peribadi
  • Perniagaan barangan lusuh / Kitar semula
  • Perniagaan bermusim
  • Perniagaan secara orang tengah atau agen perantara seperti agen insurans, agen Unit Amanah, agen Komisen Am termasuk Broker (tanah atau  hartanah) dan sebagainya.
  • Kontraktor Pembangunan

 

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah  senarai dokumen yang perlu ada jika anda ingin membuat permohanan pinjaman ini :

  1. Borang/Surat Permohonan (wajib).
  2. Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Tanggungan) yang disahkan.
  3. Salinan Surat Perjanjian/Kebenaran Sewa Kedai atau Tanah & sebagainya yang disahkan.
  4. Salinan Daftar Niaga (SSM)/Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang disahkan.
  5. Pelan lokasi perniagaan yang disahkan.
  6. Salinan Penyata bank bagi 3 bulan yang terkini yang disahkan.
  7. Dokumen Tambahan Penjamin (Semak Lampiran Butiran Penjamin) Kad Pengenalan – 3 keping/Slip Gaji 3 Bulan Terkini yang disahkan.
  8. Senarai sebut harga barangan yang hendak dibeli dari pembekal yang sah.
  9. Pengesahan pendapatan pemohon dari Ketua Kampung/Penghulu.
  10. Salinan kad suntikan (Bagi perniaagaan makanan) yang disahkan.

NOTA: Untuk makluman, salinan dokumen hendaklah disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan A/Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Wakil Rakyat/Penghulu/ MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung).  

 

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan:

  1. Layari laman web https://bantuanyayasanperak.com/login.
  2. Klik “Daftar Sekarang.”
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang “Daftar.”
  4. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Lengkapkan permohonan dan ini maklumat yang diperlukan.
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan.

 

BORANG PERMOHONAN PINJAMAN TABUNG USAHAWAN PERAK 

Anda boleh mendapatkan borang permohonan di tempat- tempat berikut :

  • Pejabat Yayasan Perak
  • Pejabat Mini Yayasan Perak (UTC), Ipoh
  • Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
  • Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu
  • Anda juga boleh memuat turun Borang Permohonan Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan di laman web Yayasan perak [borang permohonanan]

 

MAKLUMAT YANG PERLU DILENGKAPKAN PADA BORANG PERMOHONAN

  • Butiran Waris
  • Butiran Penjamin
  • Butiran Tanggungan
  • Butiran Perniagaan
  • Pengesahan Pemohon
  • Perakuan dan pengesahan penghulu/MPKK

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk sebarang pertanyaan atau info lanjut tentang Pinjaman Tabungan Usahawan Yayasan B40, anda boleh rujuk ke :

  • Yayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak), Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,No 111, Jalan Sultan Idris Shah,30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
  • Bahagian Pembangunan Sosial (Pejabat Cawangan Yayasan Perak),No.26C, Persiaran Greentown 6 Greentown Business Centre,30450 Ipoh, Perak
  • No. Telefon : 05-246 0998

 

ARTIKEL LAIN LOGIN MyASSIST imSME (Cara Daftar Permohonan Semakan Pembiayaan Pinjaman PKS)  

Leave a Comment