PROGRAM PENJANA KPT-CAP:CARA DAFTAR PROGRAM KEMAJUAN KERJAYA KPT

PROGRAM PENJANA KPT-CAP:CARA DAFTAR PROGRAM KEMAJUAN KERJAYA KPT

PROGRAM PENJANA KPT-CAP

Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) – Program Kemajuan Kerjaya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT-CAP) dijangka membantu siswazah menyesuaikan diri dengan tuntutan baharu pasaran kerja susulan penularan pandemik COVID-19.

APA ITU PENJANA KPT-CAP?

PENJANA KPT-CAP yang merangkumi tiga subprogram iaitu ‘Place and Train’ (skim latihan dan penempatan), keusahawanan dan ekonomi gig akan memberi kemahiran baharu serta meningkatkan kemahiran siswazah.

Place and Train adalah program yang memberikan latihan kompetensi oleh pemain industri kepada peserta PENJANA KPT-CAP. Setelah tamat latihan, beberapa peserta berpeluang mendapatkan pekerjaan dalam industri yang terbabit.

Program keusahawanan mendedahkan siswazah mengenai pengetahuan penting bagi memulakan syarikat termasuk kaedah mendapatkan dana.

Sementara ekonomi gig pula akan memberikan latihan kompetensi yang akan membantu peserta menjana pendapatan secara freelancing.

Baca tentang eBelia IYRES:CARA DAFTAR SISTEM PERMOHONAN PEKERJAAN UNTUK BELIA

SEMAKAN  KELAYAKAN PENJANA KPT-CAP

Graduan masih menganggur supaya merebut peluang mendaftar Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Kementerian Pengajian Tinggi-Career Advancement Programme (PENJANA KPT-CAP).

KELEBIHAN PENJANA KPT-CAP

Program PENJANA KPT-CAP yang julung kali diperkenalkan ini unik kerana graduan dipastikan akan memperoleh pekerjaan selepas menamatkan kursus ditetapkan.

Kursus ini direka mengikut kehendak dan keperluan ditetapkan syarikat yang bakal mengambil graduan terbabit sebagai pekerja mereka

Program Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran bukan saja untuk menangani graduan menganggur, malah memastikan golongan yang hilang pekerjaan dalam tempoh pandemik COVID-19 mengekalkan atau meningkatkan kemahiran mereka supaya memanfaatkan peluang ketika ekonomi beransur pulih.

CONTOH PROGRAM PENJANA KPT-CAP

Contohnya kursus Smart Trucker. Kandungan pengajaran dalam kursus ini direka berdasarkan kemahiran diperlukan syarikat logistik yang mengeluarkan ‘Letter of Commitment’ (LOC) kepada KPT.

Justeru, habis saja tempoh kursus, graduan tadi akan ditawarkan bekerja dengan syarikat logistik berkenaan.

TARIKH MULA PENJANA KPT-CAP

PENJANA KPT-CAP yang akan bermula pada Oktober ini akan dikendalikan oleh ahli akademik, pengamal dan pemain industri di institusi pengajian tinggi terpilih di seluruh negara, bertujuan membantu siswazah menganggur pada 2019 dan mereka yang telah menamatkan pengajian pada 2020.

CARA DAFTAR PENJANA KPT-CAP

Graduan boleh memohon program berkenaan melalui portal Graduates Reference Hub for Employment and Training (GREaT) yang disediakan Kementerian Pengajian Tinggi.Boleh berdaftar dengan PENJANA KPT-CAP di http://great.mohe.gov.my/.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk maklumat lanjut, boleh berdaftar dengan PENJANA KPT-CAP di http://great.mohe.gov.my/.

 

Tags: #APA ITU PENJANA KPT-CAP? #CARA DAFTAR PENJANA KPT-CAP #CONTOH PROGRAM PENJANA KPT-CAP #KELEBIHAN PENJANA KPT-CAP #PROGRAM PENJANA KPT-CAP #PROGRAM PENJANA KPT-CAP:CARA DAFTAR PROGRAM KEMAJUAN KERJAYA KPT #SEMAKAN  KELAYAKAN PENJANA KPT-CAP

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SPLKPM LOGIN 2022(Log Masuk  Kemaskini dan Isi  splkpm.moe.gov.my )
    SPLKPM LOGIN(Log Masuk  Kemaskini dan Isi  splkpm.moe.gov.my )   Pernah dengar SPLG KPM?Biasanya
    TESP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Status Tajaan)
    TESP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Status Tajaan)   Majlis Amanah Rakyat (MARA)
    DAFTAR & LOGIN ezHASIL LHDN KALI PERTAMA(ez.hasil.gov.my)
    DAFTAR & LOGIN ezHASIL LHDN KALI PERTAMA(ez.hasil.gov.my)   Di Malaysia, Lembaga Hasil Dalam
    CARA MUDAH DAN MURAH DAFTAR SSM (Daftar Niaga ezbiz.ssm.com.my)
    CARA MUDAH DAN MURAH DAFTAR SSM (Daftar Niaga ezbiz.ssm.com.my) Jika anda masih ragu-ragu

    Leave a reply "PROGRAM PENJANA KPT-CAP:CARA DAFTAR PROGRAM KEMAJUAN KERJAYA KPT"