CARA DAFTAR SOOKA PLATFORM STRIM SIARAN LANGSUNG(Sukan & Hiburan Tempatan)
Astro telah melancarkan satu platform strim rancangan sukan dan hiburan tempatan yang baharu? Ianya telah dilancarkan baru-baru ini oleh Astro yang memberi pengguna menikmati siaran percuma atau berbayar.
Sooka, merupakan satu platform strim siaran langsung untuk penguna melihat rancangan kegemaran bila masa sahaja dan dimana – mana. Dengan adanya sooka, anda sudah tidak perlu risau terlepas rancangan kegemaran. Strim sahaja dengan platform digital anda.
Macam mana jika LUPA NOMBOR AKAUN ASTRO?
APA ITU SOOKA?
Sooka adalah aplikasi strim yang menawarkan pelbagai rancangan percuma dan berbayar yang popular, kegemaran rakyat Malaysia.
Apa yang menariknya, sooka menawarkan pengguna strim lebih 4000+ koleksi kandungan rancangan percuma dan boleh upgrade ke plan VIP dengan harga yang sangat murah. Ada kontrak ke? Anda jangan risau, tiada kontrak untuk upgrade ke plan VIP yang ditawarkan.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, artikel ini akan memberi panduan kepada anda cara daftar sooka. Meneroka dunia digital, melalui platform strim siaran langsung yang baharu!
CARA DAFTAR SOOKA(Register Online)
Bagi menikmati pelbagai tawaran hebat yang ditawarkan sooka, anda perlu mempunyai akaun sooka. Berikut adalah cara daftar sooka :
- Bagi pengguna peranti pintar seperti telefon bimbit atau tablet, anda boleh memuat turun aplikasi sooka di AppStore atau Google Play. Buat carian sooka di aplikasi tersebut. Jika tidak anda boleh terus daftar sooka di https://sooka.my/
- Anda juga boleh sign up menggunakan akaun media sosial seperti Facebook, Google atau Apple akaun.
- Bagi pengguna baharu, klik pada ikon sign pada bahagian atas sebelah kanan.
- Pilih pada menu sign up. Pada paparan berikutnya, masukkan alamat emel atau nombor telefon anda. Masukkan pula kata laluan dan klik pada kotak I agree to the Terms and Conditions.
- Klik pada butang Continue dan satu pop-up untuk pengesahan akan keluar. Masukkan 6-digit nombo OTP yang telah dihantar ke alamat emel atau nombor telefon anda.
- Klik butang Continue dan pendaftaran anda selesai! Anda akan dibawa ke portal utama sooka. Nikmati rancangan kegemaran anda.
CARA GUNA SOOKA
Aplikasi sooka adalah sangat mudah untuk digunakan. Sekiranya anda tidak mendaftar, tetap anda boleh menstrim drama kesukaan di sooka. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik untuk daftar sooka kerana boleh menikmati pelbagai rancangan secara ‘live’.
Lebih menarik, sooka menawarkan plan VIP iaitu VIP+Sports dan VIP Entertainment. Bagi VIP+Sports, sooka menawarkan pelan VIP+Sports pada harga RM15.90/bulan sahaja, selama 3 bulan (pelan promosi). Dengan ini, peminat bolasepak boleh menikmati kesemua 51 perlawanan UEFA EURO 2020 secara langsung dan acara sukan yang lain. Tawaran ini akan tamat pada 7 Julai 2021.
Untuk pelan VIP Entertainment pada kadar RM15.90/bulan, menawarkan kandungan hiburan terbaik di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai drama, rancangan dan filem tempatan, serta siri-siri eksklusif dan original Sooka.
CARA LANGGAN SOOKA
Untuk melanggan anda perlu :
- Buka aplikasi sooka di AppStore, Google Play atau layari https://sooka.my/
- Tekan butang more pada bahagian bawah paparan.
- Pilih Subscripton Packs dan tekan butang Choose Me untuk melanggan plan yang ditawarkan.
- Satu pop-up pembayaran akan keluar, sila klik pada butang Proceed.
- Masukkan butiran kad debit/kredit anda. Setakat hari ini, cara pembayaran hanya menggunakan kad debit/kredit sahaja.
- Masukkan emel anda dan tekan PROCEED TO PAY. Masukkan nombor OTP yang dihantar ke telefon bimbit anda. Klik pada butang Submit.
- Langganan anda selesai dan anda boleh menikmati rancangan kegemaran.
KADAR HARGA LANGGANAN SOOKA
Berikut adalah merupakan kadar harga langganan yang tersedia:
- VIP Entertainment: RM15 + 6% = RM15.90/bulan
- VIP Sports: RM39.5 + 6% = RM41.90/bulan
- VIP TV: RM80.10 + 6% = RM84.90/bulan
Nota: Pelan selain VIP TV, hanya boleh ditonton serentak di satu peranti sahaja. Tetapi dengan pelan VIP TV, ia boleh ditonton serentak di 2 tempat, tetapi gabungan TV dan peranti, atau di 2 peranti serentak.
CARA GUNA SOOKA TV ANDROID (Sony & Sharp)
- Sebagai permulaan masa ini, peranti Sooka TV Android hanya tersedia untuk:
- Sony dan Sharp versi 8.0 dan ke atas
- Bagi penggunaanya, anda juga perlu mendaftar untuk pelan TV VIP perkhidmatan untuk menonton sooka melalui Android TV anda.
- Dengan harga RM84.90 sebulan, TV VIP kini merupakan rancangan sooka paling mahal setakat ini. Selain mempunyai keupayaan untuk menonton semua kandungan dari sooka pada Android TV mereka, mereka yang mendaftar untuk rancangan itu juga dapat menstrim perkhidmatan pada dua peranti secara serentak.
CARA GUNA SOOKA GUNA TV PINTAR
Sebagai permulaan peranti Sooka dilancarkan dengan tontonan hanya di aplikasi mudah alih serta di pelayar web. Kini Sooka mengumumkan mereka sedia digunakan di skrin besar TV Pintar. Berikut adalah cara penggunaannya:
- Pastikan anda menggunakan TV Pintar seperti berikut:
- Sony dan Sharp ver 8 dan ke atas
- TV LG tahun 2018 dan ke atas, serta Web OS 4.0 dan ke atas
- TV Samsung tahun 2018 dan ke atas, serta OS Tizen 4.0 dan ke atas
- Bagi penggunaanya, anda juga perlu mendaftar untuk pelan TV VIP perkhidmatan untuk menonton sooka melalui Android TV anda.
- Dengan harga RM84.90 sebulan, TV VIP kini merupakan rancangan sooka paling mahal setakat ini. Selain mempunyai keupayaan untuk menonton semua kandungan dari sooka pada Android TV mereka, mereka yang mendaftar untuk rancangan itu juga dapat menstrim perkhidmatan pada dua peranti secara serentak.
TEMPOH PROMOSI SOOKA
Sooka menawarkan promosi ‘Beli 1 bulan, PERCUMA 1 bulan’. Promosi ini berjalan dari 16 Jun sehingga 15 Julai 2022, khas untuk pelanggan baru yang melanggan VIP TV. Dengan promosi ini, pelanggan akan menerima langganan bulan kedua secara percuma.
HARGA LANGGANAN PAS PERLAWAN SOOKA
Jika peminat mahu menonton hanya pasukan EPL kegemaran bermain, Sooka ada menawarkan pas tunggal iaitu Pas Perlawanan. Terkini, disebabkan oleh policy app, team Sooka memaklumkan bahawa harga baharu Pas Perlawanan untuk setiap game Premier League iaitu:
- RM9.90/perlawanan
SENARAI SMART TV SUPPORT APLIKASI SOOKA
Berikut adalah merupakan senarai smart tv yang menyokong aplikasi Sooka ini iaitu:
JENIS SMART TV | JENAMA | MODEL |
Android TV | Sony |
|
Sharp |
| |
Smart TV | LG |
|
Samsung |
|
CARA BELI PAS SATU-PERLAWANAN LIGA SUPER 2023 DI SOOKA HARGA RM4.90
Terkini Sooka juga ada menyediakanpas single-match untuk satu perlawanan dengan tanda harga RM4.90 sahaja. Kepada anda yang ingin melanggan, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan https://sooka.my/ atau buka aplikasi Sooka di telefon anda
- Log masuk ke dalam akaun anda seperti biasa
- Seterusnya cari perlawanan yang anda ingin saksikan pada ruang ‘Search’ dibahagian atas. Taip sahaja <pasukan 1> vs <pasukan 2>
- Terdapat beberapa pilihan untuk anda saksikan perlawanan tersebut. Kemudian klik pada Buy From RM4.90.
- Kemudian anda akan dibawa ke halaman payment atau pembayaran. Klik pada 1-tap buy dan ikuti proses pembayaran sehingga selesai
- Sekiranya pembayaran berjaya, anda boleh saksikan perlawanan tersebut secara live ketika tayangan berlangsung. sekiranya match start pukul 5.30, boleh tengok masa tersebut. Kalau match start pukul 9.00, buka aplikasi pada waktu tersebut.
SOALAN LAZIM (FAQ) SOOKA
Berapa banyak peranti boleh saya guna untuk login sooka?
- Anda boleh gunakan sebanyak LIMA peranti untuk menonton sooka. Untuk menambah atau menukar peranti, pilih Device management pada pilihan Profile section.
Bolehkah saya tukar atau batalkan langganan sooka?
- Anda boleh batalkan melanggan dengan masuk ke aplikasi. Pilih Profile dan klik pada Manage subscription. Pada pilihan tersebut, anda boleh Upgrade, Downgrade dan Cancel.
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan promo VIP+Sports di sooka?
- Daftar akaun sooka dan secara automatik anda akan dapat diskaun promosi jika melanggan pelan VIP+Sooka selagi ia tersedia.
MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT
Bagi sebarang pertanyaan tentang cara daftar Sooka, anda boleh hubungi emel di [email protected] atau anda juga boleh membuat pertanyaan di saluran media sosial sooka Malaysia (Facebook / Twitter / Instagram / Youtube)