RAYUAN BKM (Check Status & Bila Duit Masuk)

RAYUAN BKM (Check Status & Bila Duit Masuk)

RAYUAN BKM

Terkini kerajaan telah mengumumkan mengenai Bantuan Keluarga Malaysia BKM akan mulai dibayar bermula pada 20 September 2022 bagi peneirma yang mempunyai akaun bank manakala bagi penerima yang tiada akaun bank, bayaran akan disalurkan mulai 20 September 2022.

Tetapi bagaimana jika anda tidak tersenarai sebagai penerima Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia atau mendapat status TIDAK LULUS BKM? Semestinya anda ingin membuat rayuan. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

KELAYAKAN PPERMOHONAN RAYUAN BKM

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah:

  • Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atau
  • Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

 

TARIKH PERMOHONAN RAYUAN BKM

Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat:

  • Secara dalam talian – mulai 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022*.
  • Secara borang kertas – mulai 09 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022*.

* tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

 

CARA MEMBUAT SEMAKAN BKM

Untuk membuat semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 28 Mac 2022 seperti berikut:

  1. Layari pautan https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Log masuk akaun BKM anda
  3. Klik pada Semakan Status > Maklumat Pembayaran bagi Fasa 1.
  4. Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut:
    • Nombor Pengenalan Akaun dikredit
    • Nama Penerima
    • Fasa Pembayaran
    • Jumlah dikredit
    • Status Kredit
    • Nama Bank
    • Nombor Akaun Bank
  5. Maklumat permohonan dan status kelulusan rayuan anda akan dipaparkan.

 

CARA MEMBUAT PERMOHONAN RAYUAN BKM

Terdapat dua cara permohonan rayuan boleh dibuat.

  1. Melalui atas talian pada laman web http://bkm.hasil.gov.my/
    • login ke dalam sistem BKM dan masuk ke bahagian MyBKM dan klik PermohonanRayuan.
  2. Penghantaran Borang Rayuan BKM 2022 di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran (Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan).

NOTA: Perlu diingat bahawa dokumen sokongan diperlukan semasa melakukan rayuan ianya bergantung kepada jenis kod tidak lulus anda.

 

KOD TIDAK LULUS BKM 2022

KOD TIDAK LULUSALASAN TIDAK LULUS
01Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan
02Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan
03Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan\ data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan
04Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data agensi
05Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan
06Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang
07Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa
08Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000
09Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500
10Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi
11Pemohon / Pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian
12Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
13Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
14Pemohon memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian
15Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
16Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Anak melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40)
17Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah / Pembelian Saham Hartanah yang melebihi RM500,000
18Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi
19Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian 20 Semakan mendapati Anak Pemohon / Pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi
21Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
22Pemohon wujud sebagai Anak di permohonan lain
23Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain
24Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
25Pasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain
26Anak telah membuat permohonan lain
27Anak wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
29Pemohon berstatus Kahwin tetapi tiada maklumat Pasangan
30Pemohon berstatus Kahwin tetapi maklumat Pasangan tidak lengkap
31Status Perkahwinan perlu pengesahan
32Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan
33Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan
34Pasangan meninggal dunia
35Anak meninggal dunia
36Pendapatan perlu pengesahan
38Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan
41Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan

 

KETERANGAN STATUS TIDAK LULUS KATEGORI BUJANG (KOD 06).

  1. Permohonan BKM 2022 saya tidak lulus kerana pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang (Kod 06). Apakah yang dimaksudkan dengan tidak melepasi syarat kelayakan berkenaan?
    • Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang sekiranya:
      • Berstatus pelajar pada tahun 2021/2022; atau
      • Berumur 19 tahun – 20 tahun dan bukan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU)
  2. Saya masih belajar dan Permohonan BKM 2022 saya adalah berstatus Tidak Lulus bagi Kategori Bujang (Kod 06). Adakah saya boleh membuat Permohonan Rayuan BKM 2022?
    • Pelajar sepenuh masa Tidak Layak untuk membuat Permohonan BKM 2022. Walau bagaimanapun maklumat anda boleh didaftarkan sebagai anak di permohonan ibu bapa. Permohonan Rayuan BKM hanya dibenarkan sekiranya tamat pengajian sesi 2021/2022 atau sekiranya anda merupakan pelajar separuh masa. Maklumat dokumen sokongan yang perlu dikemukakan akan dimaklumkan kemudian.

 

PERMOHONAN RAYUAN BKM TIDAK DIBENARKAN SECARA DALAM TALIAN

Berikut adalah permohonan rayuan yang tidak boleh dibuat secara online bagi kod TIDAK LULUS yang berikut:

KOD TIDAK LULUSALASAN TIDAK LULUS
19Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian 20 Semakan mendapati Anak Pemohon / Pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi
21Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
22Pemohon wujud sebagai Anak di permohonan lain
23Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain
24Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
25Pasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain
26Anak telah membuat permohonan lain
27Anak wujud sebagai Pasangan di permohonan lain

NOTA: perlu kemukakan Rayuan ke Cawangan LHDNM yang berdekatan bersama Borang Rayuan BKM 2022 yang lengkap dan dokumen sokongan (jika berkaitan) mulai 09 Mei 2022 sehingga 02 Jun 2022.

 

SEMAKAN STATUS KELULUSAN RAYUAN BKM 2022

Permohonan yang diluluskan akan menerima BKM boleh membuat semakan status rayuan terkini boleh dibuat secara atas talian melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my/

 

TARIKH BAYARAN KELULUSAN RAYUAN BKM 2022

Pembayaran kelulusan rayuan BKM akan dibuat bayaran pada Fasa 3 dan Fasa 4 yang dijadualkan pada bulan 20 September 2022 dan Disember 2022.⠀

 

KAEDAH PEMBAYARAN AYUAN BKM
Pembayaran Rayuan BKM 2022 adalah seperti berikut:

  1. Ada Akaun Bank – Pengkreditan terus ke akaun bank yang didaftarkan / dikemas kini mulai 20 September 2022 secara berperingkat
  2. Tiada Akaun Bank – Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 20 September 2022

 

SOALAN LAZIM

Siapakah yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM?

  • Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM
  • Pemohon yang berstatus Lulus BKM dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja

Bila tarikh buka tutup rayuan permohonan BKM?

  • Permohonan Rayuan boleh dibuat mulai 2 Mei 2022 selama 1 bulan.

Bagaimanakah Permohonan Rayuan BKM secara dalam talian boleh dilakukan?

  • Permohonan Rayuan BKM secara dalam talian boleh dibuat dengan Log Masuk pada menu MyBKM > Permohonan Rayuan

 

 

49 thoughts on “RAYUAN BKM (Check Status & Bila Duit Masuk)”

  1. Hairan status utk BPR fasa 2 ni TIDAk LULUS sbb BPR fasa pertama saya dapat sedang kan tiada kenaikan gaji tetap sama msa fasa pertama dibawah rm2500 tp alasan tidak lulus sbb gaji melebihi rm2500.

    Balas
  2. Kenapa x lulus ye..bpr fasa1 dpt..masuk fasa2 terus x lulus..ckp gaji lebih..mohon penjelasan lhdn..stay bujang..kerja gaji x sampai 900 ..harap ada pihak yg baca ok..noted.!!

    Balas
  3. saya lulus fasa pertama,tapi kenapa fasa 2 tidak lulus degn alasan ,pasangan meninggal dunia,syarat kelayakan pulak layak sebab saye duda dan mempunyai 4org anak…..tetapi kenape status Tidak Lulus……mohon pencerahan.. .. .

    Balas
  4. Fasa pertama dapat, fasa kedua tak dapat, padahal sebab covid pendamic, pendapatan suami sudah kurang sebab business tak ada.

    Balas
  5. Kod 32 sijil penceraian mestilh dikeluarkan oleh agensi kerajaan..tapi bagi nikah kampung…kita bolehdapatkan dimana
    Tujuan utama bantuan ini diujudkan oleh kerajaan meringabkan beban rakyat
    Tapi kalau begini rakyat masih terbeban..

    Balas
  6. Betul fasa pertama layak,tapi kedua ni xlayak pasal GKP..kan tu untuk yang meniaga sambilan..bukan kos sara hidup..kalau tau macamni baik tak payah bagi GKP..alasan x munasabah untuk permohonan yang ditolak kerana dah mohon GKP.bukankah BPR tu kos menampung sara hidup bagi pihak B40 yang terjejas akibat pandemik..rasional sikit WAHAI MOF

    Balas
  7. Fasa pertama pun saya x dapat..ni pun x lulus sebab anak? Anak saya OKU masa daftar belum masuk umur 18thn lagi..lagi satu sebab pasangan dapat..saya dah bercerai setahun..kalau dia dapat xmungkin dia bagi saya dan anak²..mohon la prihatin,dengan keadaan begini kerja x menentu

    Balas
  8. boleh ke sy buat rayuan utk bpr..before this sy tak pernah lg xdapat bantuan dari kerajaan..baru2 nie sy semak bpr sy tidak layak kerana ada seseorang salah guna data peribadi saya dan membuat bantuan untuk perniagaan dan hal tersebut membuatkan sy tidak layak mendapatkan bantuan bpr dan sy sendiri tidak dapat bantuan tersebut hanya habuk je..hmmm sedih sangat

    Balas
  9. Saya pun sama. fasa satu lulus. Fasa kedua tidak lulus dengan alasan gaji melebihi..Padahal saya berkerja satu orang sahaja. Isteri saya tidak berkerja.. Tanggungan saya empat orang .LHDN tolong semak balik..

    Balas
  10. Kenapa saya tidak layak mendapt BPR??? Bayaran fasa pertam saya layak,fasa 2 tidak layak pula. Dan banyak kali saya cuba buat rayuan cara online,tqpi x jumpa link untuk rayuan online

    Balas
  11. Saya kalisuari a/p dorasamy..ic 760315145020.
    Bpr fasa pertama dan kedua pun saya tak dapat sebab status saya kata tidak layak.sebab suami saya ada kedai itu saya tak tahu sebab saya pisah suami dan anak saya selama 27 tahun lagi dia sudah kahwin lain ada anak lelaki anak saya pun tak ada kat saya .ada jaga diri saya selama ini pendapatan pun saya tak cukup untuk saya suami saya tak ada sama saya cerai pun dia tak nak kasi saya nak cerai pun pendapat tak cukup utk saya rayuan saya minta utk pendapat saya tak ada cukup kerja saya sebagai pengawal keselamatan gaji saya rm1500 bawah je pendapat saya memang tak cukup tolong ambil saya punya rayuan saya buat rayuan ini betul dan ikhlas dan sumpah kalau tak kerajaan tak puas hati pada rayuan saya boleh cari suami saya dan anak saya suami dah kahwin lain ada anak pada isteri lain saya sebagai ibu tunggal.ini rayuan sudah dua kali cik dan puan tolong terima rayuan saya cik dan puan harap maafkan saya kalau buat kesilapan .terima kasih.

    Balas
  12. Saya mohon pihak kerajaan jangan menmilih siapa yang lulus atau gagal.suara rakyat setiap bulanan ada kemasukan itu yang rakyat mau.

    Balas
  13. SAYA INGIN MEMBUAT RAYUAN BPR FASA 2 KERANA SAYA SEORANG IBU TUNGGAL KEPADA 3 ORANG ANAK YANG MASIH BERSEKOLAH

    Balas
  14. Sya pun sama, 1st dpt 2nd ni tak dpt. Alasan gaji lbh. Sya pun Single mummy, anak masih sekolah. LHDN ni tak ambik kira ke hutang piutang, makanan… yg masih perlu dibyr?? Skrg ni nak buat Rayuan lagi susah, screen “Rayuan” pun tak nampak kat site ni

    Balas
  15. BPR Lulus
    Bayaran – pertama dapat
    Kedua x dpt sbb kod 36
    Persoalan nya ada GKP
    Sekarang dah x niaga ..Sbb tiada sale .. walaupun SSM hidup

    Balas
  16. Saya Gobi a/l Harikrishnasamy ..KP 660512025521 Kad JKM PH-140013000692 (OKU). Bpr fasa pertama dan kedua diterima LDHN fasa 3 tak dapat ditolak LHDN sudah membuat rayuan LHDN apa apa pun . saya OKU jaga diri saya sendiri anak sudah berkahwin pendapatan saya tak cukup bantuan JKM RM 450 Sebulan perlu jumpa Doctor disahkan doctor saya menghidap sakit Emosi, saya merayu minta LHDN memberikan perhatian sewajarnya untuk dapat berikan kelulusan BPR tidak ada pendapat tetap tolong ambil perhatian dan permintaan rayuan saya ini harap maafkan saya kalau buat kesilapan .terima kasih.Gobi Orang Kurang Upaya (OKU)

    Balas
  17. BPR tidak lulus sbb dpt GKP… Knpe nk samakn BPR dgn GKP ? BPR adalah bantuan sara hidup, yg berpendapatan dibawah RM2500. Sedangkan, GKP adalah bantuan utk perniagaan yg terjejas.
    Sejak PKP 1.0…pendapatan & hasil drpd pekerjaan & perniagaan saya telah merosot, lebih drpd separuh.
    Mohon teliti keadaan ini…

    Balas
  18. Saya hairan,kenapa fasa pertama lulus,fasa kedua tidak lulus,disebabkan kenderaan melebihi golongan b40.ada kenderaan hanya guna nama individu,tapi bukan saya yg guna
    Sepatutnya kerajaan melihat dari segi pendapatan bukan berapa byk kenderaan.org susah terus susah,tolong pihak yg berwajib fikir tentang rintihan hati rakyat.

    Balas
  19. lai siong i/c 481101015413
    kenapa fasa pertama lulus,fasa kedua tidak lulus, saya dan isteri yalah wargamas
    duduk serumah dengan tidak pendapatan tolonglah pihak tuan yang berkuasa.

    Balas
  20. Nama saya MURALI SELUVARAJU
    No kad pengenalan:840509075155
    Saya hendak membuat rayuan bpr pasal gkp tolong faham saya seorang pemandu teksi saya ada SSM pengankutan awam teksi bukan peniaga Kedai SSM atau kilang punya saya Ada tanggung 6 orang mana cukup

    Balas
  21. Saya dah bersara semenjak 2 tahun dan langsung tidak ada punca pendapatan .
    Alasan Gagal bagi saya ialah pendapatan say lebih dari RM5,000
    Saya tak faham bagaimana Bahagian BPR dapat Amaun ini.
    Sekian Terima Kasih

    Balas
  22. Sy seorang peniaga..juga ibu tunggal kepada 2 org ank yg masih bersekolah..fasa pertama sy lulus tetapi fasa kedua tidak lulus dgn alasan penerima gkp sdgkn itu utk support bantuan prniagaan yg trjejas

    Balas
  23. BPR fasa 1 saya dapat tapi BPR fasa2 tak lulus buat rayuan pun tak lulus kenapa sebelum ini saya mohon bpn dapat ambil maklumat bpn nak bagi BPR 2021 tapi tak bagi masa kemaskini pun susah la

    Balas
  24. saya mahu buat rayuan,kemaskini dari bujang ke berkahwin,,mcm ye ..mohon lulus kan rayuan saya..my kad*970821-38-5049..
    Dan MCM mn saya blh dapat kan link.

    Balas
  25. Anak saya x lulus permohonan..harap masih lg ada peluang utk buat rayuan setelah terlepas pada bln jun yg lepas,.anak sy telah kehilangan pekerjaan dan ada anak bini yg perlu ditanggung…harap YB dpt membantu dan perihatin

    Balas
  26. Saya:;SURES A/ L NADARAJA NO I.C 840814-01-6071 . HARI TU SY PERGI KE LEMBAGA HASIL MINTA BANTUAN KEPADA PEGAWAI.TAPI SEBELUM INI SY TAK PERNAH DAFTAR BRIM . PEGAWAI LEMBAGA HASIL BEGITAU TAHUN DEPAN BARU BOLEH DAFTAR.TAPI TIBA TIBA SY TENGOK DALAM GOOGLE DUIT FASA SATU BOLEH AMBIL.TOLONG BEGITAU CARA MENDAFTAR BRIM SELAMA INI SATU TAHUN SY TIDAK KERJA BOLEH MINTA BANTUAN KEPADA KERAJAAN

    Balas

Leave a Comment