CARA DAPATKAN NO SIRI/ BAUCAR BKM(Bantuan Keluarga Malaysia)

CARA DAPATKAN NO SIRI/ BAUCAR BKM(Bantuan Keluarga Malaysia)

NO BAUCAR BKM

Jika anda telah LULUS BKM FASA 1 tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif atau maklumat akaun bank anda ada kesilapan. Maka duit BKM tidak akaun masuk ke akaun bank anda. Status bayaran BKM Fasa 3 anda GAGAL KREDIT.

Bagaimanakah cara nak dapatkan no siri /baucar BKM FASA 3? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APAKAH BANTUAN KELUARGA MALAYSIA(BKM)?

Bantuan Keluarga Malaysia adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam  pemberian bantuan tunai langsung kepada kumpulan bersasar untuk isi rumah dan bujang B40, warga emas dan ibu bapa tunggal

 

APA MAKSUD STATUS PERMOHONAN DITERIMA BKM?

Pemberian Bantuan Keluarga Malaysiabagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

 

CARA DAN TARIKH TUNTUT BKM DI KAUNTER BSN B40

Kaedah bayaran Bantuan Keluarga MalaysiaB40. Pembayaran sekiranya:

  1. Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
  2. Jika status bayaran adalah gagal kredit – menerima PEMBAYARAN TUNAI BKM DI BSN
  3. Tiada akaun – terima PEMBAYARAN TUNAI BKM DI BSN

Maka dalam kaedah bayaran yang kedua dan ketiga ia memerlukan penerima BKM yang layak dikehendaki menerima bayaran secara tunai di BSN. Mereka perlu membawa Nombor BAUCER BKM. Dimanakah hendak mendapatkan NOMBOR BAUCER BKM?

 

APA ITU NOMBOR SIRI BAUCER BKM?

NOMBOR BAUCER BKM ini dikhususkan kepada pemohon yang lulus Bantuan Keluarga Malaysia tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif untuk keluarkan wang bantuan tersebut. Bagi anda yang tidak memiliki akaun bank akan memiliki nombor siri BKM untuk keluarkan bayaran bantuan secara tunai di Bank Simpanan Nasional.

 

CARA DAPATKAN NO SIRI /NO BAUCER BKM

Jika anda GAGAL KREDIT BKM. Anda diminta untuk buat Semakan Bayaran di https://bkm.hasil.gov.my/. Anda perlu melihat kepada bahagian No. Baucar untuk melihat No. Siri yang akan diberikan oleh LHDN.

Jika masih kosong. Anda diminta untuk bersabar. Dan sentiasa membuat semakan dari masa ke semasa.

 

DI MANA PERLU TUNAIKAN NO.SIRI /NO BAUCER BKM

Anda boleh tunaikan NO SIRI /NO BAUCAR BKM  tersebut di kaunter Bank Simpanan Nasional yang berhampiran dengan kawasan anda.

ARTIKEL LAIN 

TARIKH BAYARAN BKM FASA 3 2022 (Check Bila Duit Masuk Bank)

 

20 thoughts on “CARA DAPATKAN NO SIRI/ BAUCAR BKM(Bantuan Keluarga Malaysia)”

  1. Selamat tengah hari, baimana untuk Saya mndapatkan nombor siri baucar untuk bpn ketogeri bujang,, Saya tiada akaun,bank, akaun lama tidak aktif, tolong berikan nombor siri, dompet Saya hampir kosong, duit habis, hari ini makan roti canai shj, ayam ikan daging sudah habis dlm peti sejuk, tolong beri nombor siri baucar bpn ya,

    Balas
  2. Bila no siri/baucer bpn nkn keluarkn ni,smua org mngharapkn no siri kuar di laman bpn,tlglh no siri tu kluar cpat bgi yg gagal krdt dan tiada akaun?

    Balas
  3. Permohonan saya da lulus tapi no baucer masih x dapat lagi..raya lagi 4 ari duit da xde langsung…pihak yg berwajib tolong la percepatkan proses no baucer ni.
    Sila beri pencerahan.

    Balas
  4. Semak semula
    Sejika no.siri kepada pemohon lulus rayuan yang diperunsuh melalui berita sekini demi pandangan B40.
    Adalah satu soalan, kalau pemohon tidak mendapat wang Bantuan sampai tarikh terperinci, adakah wang disimpan di dalam akaun pihak di dalam bank golongan ekonomi dan dikiranya masuk pihak golongan rakyat B40 pemohon yang di setakat alaman.

    Balas
  5. Penerima bpn yang sudah mendapatkan no siri baucer dan belum menuntut pembayaran dikaunterbbsn dan sekarang penerima sudah pun memiliki akaun bank sendiri , Adakah pembayaran boleh dibuat ke akaun bank penerima berdasarkan no siri yang belum dituntut

    Balas

Leave a Comment