PERMOHONAN RUMAH MAMPU BIAYA JOHOR 2024

PERMOHONAN RUMAH MAMPU BIAYA JOHOR

RUMAH MAMPU BIAYA JOHOR

Kepada warga Johor yang ingin membuat pembelian rumah kediaman anda. Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (SUJK) Bahagian Perumahan menawarkan satu skim perumahan iaitu Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) khas kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana yang ingin memiliki rumah idaman sendiri.

Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon RMBJ secara atas talian (online) menerusi laman web eJohor.

 

APA ITU RUMAH MAMPU BIAYA JOHOR

Skim Rumah MampuBiaya Johor diperkenalkan kepada rakyat negeri Johor serta individu yang telah menetap melebihi 5 tahun bagi meningkatkan kebolehupayaan pemilikan rumah. Projek perumahan ini terbuka kepada golongan yang berpendapatan rendah serta sederhana dan mestilah memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan.

 

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN RUMAH MAMPU BIAYA JOHOR

Antara syarat-syarat kelayakan RMBJ adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia dan menetap selama 5 tahun di Johor dan berumur 18 tahun ke atas
  • Berkahwin/Bujang layak memohon
  • Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua
  • Hanya satu permohonan bagi pasangan suami/isteri
  • Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon rumah kedua iaitu RMMJ
  • Hanya satu (1) pemilikan sahaja bagi Kedai Kos Sederhana Rendah
  • Pemohon/pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana/rumah mewah tidak LAYAK memohon
  • Tempoh sah pendaftaran Rumah Mampu Milik adalah SETAHUN dari tarikh pendaftaran

 

CIRI-CIRI RUMAH RMBJ

Berikut adalah projek terkini RMBJ yang boleh dimohon

 

CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU BIAYA JOHOR

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan:

  1. Layari laman web: http://erumah.johor.gov.my/
  2. Daftarkan Akaun Baru pengguna jika anda pengguna kali pertama.
  3. Isikan maklumat dan buat pengesahan.Login semula dan pilih jenis rumah berdasarkan kelayakan.
  4. Isikan borang permohonan.
  5. Selepas membuat permohonan pastikan pemohon membuat serahan dokumen ke kaunter di pejabat SUKJ di alamat berikut:
    • Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Perumahan, Aras 1, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri

Nota: Sila rujuk projek dan lokasi perumahan terkini yang akan dibina untuk permohonan nanti.

 

CARA SEMAKAN PERMOHONAN RMBJ

Pemohon boleh membuat semakan permohonan menerusi portal https://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/hmSemakPermohonan.htm

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Bahagian Perumahan Aras 1, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor.

 

ARTIKEL LAIN

eRumah Johor ( DAFTAR,PERMOHONAN & SEMAKAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR)

2 thoughts on “PERMOHONAN RUMAH MAMPU BIAYA JOHOR 2024”

  1. Tuan,
    Assalamualaikumualaikum.
    Saya pesara swasta.
    Asal Segamat
    Nak beli rumah d segamat.
    Kerjasama Dan keperhatinan pihat Tuan
    Amat d hargai
    Jazakallah Khurairan Khatiran Amiinn
    Hp:0196530906

    Balas

Leave a Comment