BORANG HIV TEST KKM PDF SETIAP NEGERI (Ujian Saringan Pra Perkahwinan)

BORANG HIV TEST KKM PDF SETIAP NEGERI (Ujian Saringan Pra Perkahwinan)

BORANG HIV TEST KKM

 

Setiap individu yang bakal berkahwin diwajibkan mengambil ujian saringan HIV pra perkahwinan. Anda dan pasangan hendaklah membuat persediaan untuk menjalani ujian saringan tersebut. Disini kami akan kongsikan kepada anda untuk muat turun borang HIV Test perkahwinan, semoga membantu.

 

TEMPOH KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV

Keputusan ujian saringan HIV dengan kaedah ujian pantas (Rapid test) boleh diketahui dalam masa 5 hingga 20 minit (bergantung kepada jenis kit yang digunakan). Keputusan  ujian saringan HIV akan dimaklumkan kepada bakal pengantin.

Walaubagaimanapun tempoh sah keputusan ujian saringan HIV ini hanya sah selama 6 bulan sahaja dari tarikh ujian saringan HIV ini dilakukan. Pastikan anda merancang dengan teliti tarikh perkahwinan anda, sebaiknya dalam tempoh sah laku keputusan ujian tersebut.

 

PROSEDUR PERLAKSANAAN BORANG UJIAN SARINGAN HIV TEST DI KKM

Bakal pengantin hendaklah mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran serta  melengkapkan borang permohonan ujian Saringan HIV pra-perkahwinan yang boleh didapati di kaunter klinik kesihatan.

  • Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) TIDAK REAKTIF:
    • Bakal pengantin tidak perlu melalui kaunseling kecuali bagi mereka yang didapati berisiko untuk dijangkiti HIV.
  • Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) REAKTIF:
    • Bakal pengantin akan diberi kaunseling serta ujian pengesahan (confirmatory test) akan dilakukan dengan mengambil 5 ml darah.
    • Keputusan ujian pengesahan HIV pada kebiasaannya akan mengambil masa selama 2 minggu.
    • Oleh yang demikian bakal pengantin akan diberi temujanji untuk datang semula ke Klinik Kesihatan, dalam tempoh 2 – 3 minggu berikutnya untuk mengambil keputusan dan menjalani kaunseling.

 

BORANG UJIAN SARINGAN HIV

Anda boleh dapat borang permohonan ujian saringan hiv test pra perkahwinan secara online mengikut negeri masing-masing menerusi pautan di bawah:

NEGERIMUAT TURUN BORANG HIV
WP Kuala LumpurBorang Pemeriksaan
Negeri SembilanBorang Pemeriksaan
MelakaBorang Pemeriksaan
PerlisBorang Pemeriksaan
KedahBorang Pemeriksaan
PerakBorang Pemeriksaan
JohorBorang Pemeriksaan
SelangorBorang Pemeriksaan
SabahBorang Pemeriksaan
SarawakBorang Pemeriksaan
KelantanBorang Pemeriksaan
Pulau PinangBorang Pemeriksaan
PahangBorang Pemeriksaan
TerengganuBorang Pemeriksaan

 

CARA TEMUJANJI UJIAN SARINGAN HIV PRA PERKAHWINAN

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat tempahan temujanji Ujian Saringan Hiv di KKM iaitu:

  1. Booking Dengan Qmed
    • Layari pautan https://qmed.asia
    • Anda boleh pilih dengan lokasi klinik kesihatan kerajaan yang berdekatan dengan anda, masa dan tarikh yang bersesuaian dengan anda.
  2. Booking Dengan Encoremed
    • Layari pautan https://kkm.encoremed.io
    • Buat masa ini, anda hanya boleh buat booking dengan klinik kesihatan batu muda, jinjang, petaling bahagian, sentul, tanglin kuala lumpur
  3. Booking Dengan Sistem Janji Temu Klinik Kesihatan Kerajaan KKM

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN BANTUAN PERKAHWINAN SETIAP NEGERI

Leave a Comment