PERMOHONAN RUMAH PPR DIMILIKI (Apply & Semak Senarai Projek teduh.kpkt.gov.my)

PERMOHONAN RUMAH PPR DIMILIKI (Apply & Semak Senarai Projek teduh.kpkt.gov.my)

RUMAH PPR DIMILIKI

Kepada rakyat malaysia golongan berpendapatan rendah khususnya golongan B40 yang ingin memiliki rumah sendiri, anda kini boleh membuat permohonan melalui TEDUH. Disini kami akan kongsikan cara permohonan dan senarai projek rumah PPR dimiliki, semoga membantu.

 

APA ITU TEDUH

TEDUH adalah portal yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia. Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau SPRN merupakan salah satu modul dalam TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ bagi individu yang ingin memohon program perumahan dibawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PPR DIMILIKI

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  1. Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  4. Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

 

CIRI-CIRI PPR DIMILIKI

Berikut adalah merupakan ciri-ciri rumah PPR Dimiliki:

  1. Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  2. Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  3. Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  4. Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  5. Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
    • Surau/Ruang Solat
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

 

KADAR HARGA PPR DIMILIKI

Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga:

  • RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia
  • RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

 

SENARAI PROJEK PPR DIMILIKI

Untuk melihat senarai projek terkini yang sedia ada, sila klik pada pautan di bawah:

 

CARA PERMOHONAN PPR DIMILIKI

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan:

  1. Layari pautan SPRN TEDUH: https://sprn.kpkt.gov.my/user/register. Bagi pengguna kali pertama anda hendaklah daftar akaun terlebih dahulu.
  2. Masukkan maklumat yang dikehendaki seperti:
    • Nama penuh
    • No kad pengenalan
    • Email
  3. Setelah lengkap klik butang daftar.
  4. Anda akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktifkan akaun yang telah didaftarkan. Klik pada pautan yang diterima melalui email tersebutuntuk pengaktifan akaun dan penetapan kata laluan anda.
  5. Masukkan tetapan kata laluan. Sila pastikan ruangan ‘Pengesahan Kata Laluan’ adalah sama dengan ruangan ‘Kata Laluan’. Seterusnya, klik butang simpan.
  6. Seterusnya Log masuk kembali akaun SPRN TEDUH anda
  7. Untuk permohonan, anda perlu mengenalpasti dan memilih skim perumahan yang ditawarkan. Klik pautan pilih skim.
  8. Sila baca syarat dan kelayakan pemohon untuk setiap skim sebelum membuat permohonan. Terdapat maklumat senarai projek yang dibuka untuk permohonan pada bahagian kanan pilihan skim. Seterusnya, klik butang ‘Pilih Skim’.
  9. Klik pautan maklumat pemohon. Masukkan maklumat pemohon yang diperlukan dan klik butang “Simpan”. Maklumat mandatori hendaklah diisi sehingga ikon berwarna hijau.
  10. Klik pautan Projek untuk memohon projek.
  11. Klik pautan Dokumen Sokongan untuk muat naik dokumen sokongan permohonan.
  12. Klik pautan Pengesahan untuk hantar permohonan.
  13. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai rumah PPR dimilik, sila layari website rasmi TEDUH di pautan https://teduh.kpkt.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN RUMAH PPRT & PPR 2022 (Semak Harga & Lokasi)

 

10 thoughts on “PERMOHONAN RUMAH PPR DIMILIKI (Apply & Semak Senarai Projek teduh.kpkt.gov.my)”

Leave a Comment