PERMOHONAN RUMAH PPR DIMILIKI (Apply & Semak Senarai Projek teduh.kpkt.gov.my)
Kepada rakyat malaysia golongan berpendapatan rendah khususnya golongan B40 yang ingin memiliki rumah sendiri, anda kini boleh membuat permohonan melalui TEDUH. Disini kami akan kongsikan cara permohonan dan senarai projek rumah PPR dimiliki, semoga membantu.
APA ITU TEDUH
TEDUH adalah portal yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia. Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau SPRN merupakan salah satu modul dalam TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ bagi individu yang ingin memohon program perumahan dibawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PPR DIMILIKI
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:
- Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
- Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
CIRI-CIRI PPR DIMILIKI
Berikut adalah merupakan ciri-ciri rumah PPR Dimiliki:
- Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
- Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
- Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
- Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
- Kemudahan Asas:
- Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
- Surau/Ruang Solat
- Gerai Makan/Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan/Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
KADAR HARGA PPR DIMILIKI
Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga:
- RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia
- RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
SENARAI PROJEK PPR DIMILIKI
Untuk melihat senarai projek terkini yang sedia ada, sila klik pada pautan di bawah:
CARA PERMOHONAN PPR DIMILIKI
Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan:
- Layari pautan SPRN TEDUH: https://sprn.kpkt.gov.my/user/register. Bagi pengguna kali pertama anda hendaklah daftar akaun terlebih dahulu.
- Masukkan maklumat yang dikehendaki seperti:
- Nama penuh
- No kad pengenalan
- Setelah lengkap klik butang daftar.
- Anda akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktifkan akaun yang telah didaftarkan. Klik pada pautan yang diterima melalui email tersebutuntuk pengaktifan akaun dan penetapan kata laluan anda.
- Masukkan tetapan kata laluan. Sila pastikan ruangan ‘Pengesahan Kata Laluan’ adalah sama dengan ruangan ‘Kata Laluan’. Seterusnya, klik butang simpan.
- Seterusnya Log masuk kembali akaun SPRN TEDUH anda
- Untuk permohonan, anda perlu mengenalpasti dan memilih skim perumahan yang ditawarkan. Klik pautan pilih skim.
- Sila baca syarat dan kelayakan pemohon untuk setiap skim sebelum membuat permohonan. Terdapat maklumat senarai projek yang dibuka untuk permohonan pada bahagian kanan pilihan skim. Seterusnya, klik butang ‘Pilih Skim’.
- Klik pautan maklumat pemohon. Masukkan maklumat pemohon yang diperlukan dan klik butang “Simpan”. Maklumat mandatori hendaklah diisi sehingga ikon berwarna hijau.
- Klik pautan Projek untuk memohon projek.
- Klik pautan Dokumen Sokongan untuk muat naik dokumen sokongan permohonan.
- Klik pautan Pengesahan untuk hantar permohonan.
- Selesai
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai rumah PPR dimilik, sila layari website rasmi TEDUH di pautan https://teduh.kpkt.gov.my/
ARTIKEL LAIN
PERMOHONAN RUMAH PPRT & PPR 2022 (Semak Harga & Lokasi)
Tags: #APA ITU PPR #APA ITU TEDUH #CARA MEMBUAT PERMOHONAN PPR #CARA PERMOHONAN PPR DIMILIKI #CIRI – CIRI PPR #CIRI-CIRI PPR DIMILIKI #DAFTAR AKAUN PEMOHON PPR #HARGA JUALAN RUMAH PPR DIMILIKI #KADAR HARGA PPR DIMILIKI #KADAR SEWA PPR DISEWA #PERMOHONAN RUMAH PPR DIMILIKI (Apply & Semak Senarai Projek teduh.kpkt.gov.my) #PILIH SKIM PPR #RUMAH PPR DIMILIKI #SENARAI PROJEK PPR DIMILIKI #SKIM PPR DISEWA/SKIM PPR DIMILIKI/MYHOME. #SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PPR DIMILIKI
Abdul rahman bin tawil2 tahun ago
Saya berharap pehak yang berkenaan dapat membantu saya dan keluarga saya..
Abdul rahman bin tawil2 tahun ago
PERMOHONAN PERUMAHAN PPR DISEWA & DIMILIKI & MYHOME
Anuar bin jaffar1 tahun ago
Semakan permohonan perumahan PPR kuala nerus. 0199336095
Mat Isa b. Che Omar1 tahun ago
Status Permohonan rumah PPR..
ZAIN1 tahun ago
PERMOHONAN PERUMAHAN
Fairul saifudin bin mohd noor1 tahun ago
Permohonan perumahan ppr…harap dapat lah rasa duduk rumah sendiri..
Fairul saifudin bin mohd noor1 tahun ago
Harap kerajaan dapat membantu permohonan perumahan ppr ini..
Mohd zulhilmi fahmi bin mohamad12 bulan ago
PERMOHONAN PERUMAHAN