STR FASA 4(Tarikh & Jumlah Bayaran Kategori Bujang & Keluarga)

STR FASA 4(Tarikh & Jumlah Bayaran Kategori Bujang & Keluarga)

STR FASA 4

 

Kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak, semestinya anda ingin menbetahui jumlah bayaran mengikut katagori dan tarikh bayaran. Disini kami akan kongsikan kepada anda tarikh dan jumlah bayaran STR Fasa 4, semoga membantu.

 

APA ITU SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM. Program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada (STR) dan akan terus ditambah baik.

 

KADAR BAYARAN STR FASA 4

 

Berikut adalah merupakan kadar bayaran STR fasa 4 mengikut katagori iaitu:

KATEGORIPENDAPATAN BULANANBIL. ANAKJUMLAH BAYARAN
Isi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 ke bawah0RM200
1-2RM600
3-4RM900
5 dan lebihRM1200
RM2500 – RM50000RM0
1-2RM0
3-4RM300
5 dan lebihRM500
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)RM5000 ke bawah0RM200
Bujang (21-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM0
Bujang OKU (19-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM0

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Sumbangan Tunai Rahmah sebelum ini dijadualkan akan diberikan pada 7 Novemver  2023

 

SEMAKAN KELULUSAN STR FASA 4

Berikut adalah merupakan panduan untuk login MySTR untuk membuat semakan status anda iaitu:

  1. Layari pautan MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx
  2. Sila masukkan No. MyKad dan klik butang Log Masuk.
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan tertera. 2. Pemohon dikehendaki memasukkan kata laluan selepas mengesahkan frasa keselamatan.
  4. Setelah berjaya log masuk, sistem akan memaparkan Laman Menu Pengguna. Klik butang Semakan Pembayaran Fasa
  5. Maklumat status permohon dan maklumat bayaran akan dipaparkan.
    • Nama Pemohon
    • No Mykad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran Fasa 4 (jika layak bayaran fasa 4)

 

 

TARIKH BAYARAN STR FASA 4 (TIADA AKAUN BANK)

  • Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank pula, pembayaran akan dibuat mulai akan dikemaskini  di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). BSN akan mengeluarkan panduan dari semasa ke semasa.

 

TARIKH BAYARAN STR FASA 4 (SABAH/SARAWAK)

Penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula, pembayaran akan bermula pada bulan 7 November 2023 di lokasi yang bakal diumumkan.

 

CHECK STATUS BAYARAN STR FASA 4

Berikut adalah staus pembayaran STR:

Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 Berjaya Kredit

  • Duit SBTR masuk terus ke akaun penerima

Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 Gagal Kredit

  • Duit Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 tidak masuk ke akaun penerima disebabkan nombor akaun salah/tidak aktif.Anda perlu ambil duit tersebut di kaunter Bank BSN.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) STR 

Sekiranya bayaran dibuat ke akaun bank yang tidak aktif atau salah, apakah yang perlu saya lakukan?

  • Tuntutan boleh dibuat secara tunai di Cawangan BSN setelah nombor siri wujud pada paparan semakan. Semakan boleh dibuat pada portal rasmi MySTR. Penerima STR perlu memastikan data akaun bank adalah tepat bagi memastikan pembayaran dapat disalurkan ke akaun yang betul.

Bolehkah saya membuat kemas kini maklumat diri seperti akaun bank yang telah tidak aktif?

    • Kemas kini maklumat akaun bank tidak dibenarkan kerana kaedah pembayaran BTR adalah seperti kaedah pembayaran terakhir STR sebelum ini

Bilakah tarikh pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah FASA 4 akan dibuat?

  • Bayaran Fasa 4 Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2023 adalah pada 7 Novemver 2023

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini, anda boleh melayari portal rasminya di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx

ARTIKEL LAIN 

PERMOHONAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK)

53 thoughts on “STR FASA 4(Tarikh & Jumlah Bayaran Kategori Bujang & Keluarga)”

  1. Saya fasa 2 m40 akaun maybank sepatutnya masuk 25hb pun belum masuk lagi… Harap2 tiada masaalah.

    Dah masuk jam 8pm tadi. Alhamdulillah. Terima kasih.

    Balas
  2. M40 BAKI FASA KE-2 SAYA BELUM MASUK AKAUN MAYBANK LAGI.SAYA CHECK SEJAK DARI 25/01 SAMPAI HARI NI BELUM JUGA MASUK

    Balas

Leave a Comment