PERMOHONAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK) STR

PERMOHONAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK) STR

SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK)

Kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (BKM), anda berhak mendapat bantuan skim khairat kematian (SKK) sekiranya berlaku sebarang kematian. Permohonan atau tuntutan boleh dibuat oleh waris yang layak di pejabat LHDN mengemukakan beberapa dokumen yang dinyatakan. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU SKIM KHAIRAT KEMATIAN(SKK)

Skim Khairat Kematian (SKK) adalah suatu skim di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berbentuk bantuan kewangan secara tunai yang diberikan bagi pemohon/pasangan yang LULUS STR tetapi telah meninggal dunia pada tahun semasa.

 

KADAR TUNTUTAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN

Sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada waris yang layak.

 

KELAYAKAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK) STR

Berikut adalah senarai ketetapan bagi kategori yang layak untuk menuntut SKK:

  • Jika kedua-dua pemohon dan pasangan telah meninggal dunia atau tidak dapat hadir untuk menuntut wang SKK, waris yang berdaftar boleh mewakilkan diri untuk mengemukakan tuntutan
  • Semua penerima STR (berstatus LULUS) digalakkan untuk mengemukan dan mendaftar maklumat waris kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia bagi tujuan berikut:
    • Urusan penunaian STR terhad sekiranya pemohon/pasangan berdaftar tidak dapat hadir atas alasan munasabah; dan/atau
    • Urusan tuntutan SKK
  • Tiada had umur kelayakan untuk waris. Walau bagaimanapun, bagi waris berusia 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan pertalian perlu di bawa selain hadir bagi pengesahan cap jari/tandatangan individu di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

NOTA: Jika menepati kriteria yang ditunjukkan dalam jadual ini, maka anda sebagai waris layak menerima skim ini.Dengan syarat nama anda yang didaftarkan di dalam borang bahagian E (maklumat waris).

 

TARIKH PERMOHONAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK) STR

Tuntutan SKK untuk setiap individu yang layak boleh dibuat bermula pada 17 Julai 2023 hingga 31 Disember 2023.

SENARAI WARIS LAYAK TUNTUTAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN STR

Antara mereka yang layak menjadi waris adalah;

  • Ibu
  • Bapa
  • Pasangan
  • Anak
  • Adik-Beradik
  • Cucu

 

DOKUMEN TUNTUTAN  SKIM KHAIRAT KEMATIAN STR

Untuk membuat tuntutan, anda perlu sediakan dan membawa dokumen ini;

  • Sijil kematian asal / salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan
  • Kad pengenalan asal waris; dan
  • Dokumen pembuktian pertalian antara waris dan si mati (pemohon / pasangan)

 

CARA TUNTUTAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN STR 2023

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat tuntutan SKK:

  1. Sediakan dokumen yang diperlukan dengan lengkap
  2. Tuntutan boleh dibuat sepanjang tahun 2023 di mana-mana  Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara
  3. Jika semua dokumen sempurna, khairat kematian sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada anda.

NOTA: Anda juga boleh hadir ke kaunter LHDN untuk sebarang pertanyaan.

 

CARA BAYARAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN STR 2023

Pembayaran SKK adalah secara tunai dan boleh dituntut di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh Kematian: 01 Januari 2023 – 31 Disember 2023
  • Tarikh Tuntutan: Mulai 17 Julai 2023 – 31 Disember 2023

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Khairat Kematian (SKK) STR 2023, anda boleh layari pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/

ARTIKEL BERKAITAN:

12 thoughts on “PERMOHONAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK) STR”

  1. Hari ini 21/02/2022,Saya ke BSN SEKSYEN18 SHAH ALAM.Untuk menuntut KHAIRAT BKM 2022 seperti warta diatas.
    Apa yg saya dapat,hanya letih …..menunggu selama 2 jam sblm sampai giliran ke kaunter .
    Jawapan kaunter…KHAIRAT KEMATIAN BKM 2022 BELUM ADA lagi buat masa SEKARANG,MALAH DARI 2021 Lagi ..sudah tidak wujud…!??
    Sebagai Rakyat MARHAEN…saya sungguh rasa cukup kecewa …dgn KERAJAAN PN skrg….!

    Tunggu PRU15….Kami bagi jawapan nya….yaa!!!!

    Balas
  2. Saya nk tanya..kalau saya sudah kemaskini str,adakah saya masih dapat menuntut khairat kematian allahyarham suami saya..dan dimana saya nk buat tuntutan khairat..sbb,bla saya call bsn,mereka kata,bsn blm lagi dpt maklumat dr pihak lhdn..

    Balas
  3. Saya baru call LHDN pagi tadi, masih takde keputusan. Pihak mereka minta call balik bulan Jun untuk tuntutan SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK) STR 2023

    Balas
  4. betul saya pun baru call lhdn….belum ada khairat kematian utk STR..tiada menggumuman lg yg dibuat oleh kerajaan kata pihak LHDN

    Balas
  5. Ya saya pun sama nak tuntut khairat kematian str mak saya,tiga kali dah pergi sana jawapan nya belum ada…kononnya julai bru ada….itubpun belum tahu ada.
    Mengecewakan…..

    Balas
  6. Nasib sy baca komen kat sini… Kalau tidak buang masa saja pergi bsn kali ke 2 nk tuntut khiarat kematian….

    Balas
  7. saya pn nak tuntut khairat kematian ibu,dah tanya LHDN sama juga tunggu kerajaan umum baru boleh tuntut bersabarlah,in shaa allah mudah2an ada😊😊

    Balas
  8. 14 Julai 2023 saya call LHDN bandar perda,bukit Mertajam untuk kepastian tentang tarikh Skim khairat kematian,saya mendapat jawapan dari pegawai LHDN ialah tuntutan boleh dibuat mulai 17hb Julai 2023.

    Balas

Leave a Comment