eFILING KEHAKIMAN (Cara Register Daftar Login Portal Efs efiling eKehakiman Online)
Terkini Sistem e-Kehakiman merupakan inovasi Badan Kehakiman Malaysia dalam mendigitalkan proses kerja dan pengendalian prosiding Mahkamah ke arah memperkasakan sistem kehakiman. Inisiatif ini adalah selaras dengan pelaksanaan Kerajaan Elektronik (e-Government) yang merupakan satu daripada aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia (MSC). Salah satu aplikasi utama dalam eKehakiman adalah efiling. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk mendaftar, semoga membantu.
APA ITU eFILING KEHAKIMAN
eFiling merupakan salah satu aplikasi utama yang terkandung dalam sistem ekehakiman yang Sistem e-Filing (EFS) akan mula digunakan oleh Mahkamah tertentu bagi semua urusan pemfailan baharu bagi kes-kes jenayah sahaja termasuk semua jenis permohonan hendaklah difailkan secara dalam talian.
Semestinya dengan sistem digital dan atas talian yang diperkenalkan ini akan memudahkan semua dan menjadi proses kerja dan prosedur menjadi lebih cekap, telus dan lebih mudah berbanding sebelum ini yang kesemuanya adalah proses fizikal semata.
PERKHIDMATAN e-KEHAKIMAN
Sistem eKehakiman terbahagi kepada sistem aplikasi utama dan sistem teknologi Mahkamah bagi kegunaan warga Mahkamah dan pengguna Mahkamah. Sistem aplikasi utama mengandungi perkhidmatan seperti berikut:
- Portal eKehakiman
- Case Management System
- eFiling
- e-Lelong
- MYC2C
- e-Jamin
- Alasan Penghakiman
- e- Arahan Amalan
- Peguam Lantikan Mahkamah
CARA DAFTAR eFILING KEHAKIMAN (Pihak Peguam)
Berikut adlaah merupakan prosedur bagi pendaftaran e-Filing pihak peguam iaitu:
- Dapatkan ID Rujukan e-Filing (EFS) dari laman web eKehakiman
- Memohon Personal Certificate Token
- Membuka akaun perbankan atas talian
- Mendaftarkan akaun Pentadbir Sistem EFS dari laman web eKehakiman
- Mendaftarkan akaun EFS peguam
CARA PERMOHONAN PERSONAL CERTIFICATE TOKEN eFiling
Berikut adalah merupakan cara bagi mendapatkan Personal Certificate Token iaitu:
- Lengkapkan borang permohonan Personal Certificate (Borang ini boleh didapati dari eCOURT portal)
- Pastikan sediakan dokumen berikut bagi Permohonan mendapatkan USB Token & Personal Certificate
- Borang Permohonan Augmented Tech Sdn. Bhd.
- ID Rujukan EFS
- Salinan MyKAD pemohon
- Surat pengesahan dari Firma Guaman
- Surat dari BAR Council
- Sijil Amalan Pemohon
- Borang Sales Order Augmented Tech Sdn. Bhd.
- Hantarkan borang tersebut ke Augmented Tech Sdn. Bhd.
CARA LOGIN eFILING KEHAKIMAN (Pihak Peguam)
Setelah pendaftaran anda berjaya, mendaftar dan dapatkan Personal Certificate Token, berikut adalah merupakan cara untuk login:
- Layari pautan Sistem efiling
- Pada paparan utama klik Log Masuk
- Masukkan ID Log Masuk & Kata Laluan anda
- Selesai, anda telah berjaya log masuk ke akuan anda
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai eDiling Kehakiman, anda boleh merujuk pada Soalan Lazim Sistem e-Filing
ARTIKEL BERKAITAN:
- MyBAYAR SAMAN PDRM: CARA DAFTAR & CHECK SAMAN(aplikasi & portal)
- CARA TUKAR SYARAT TANAH (Dokumen & Jumlah Kos)
- CARA DAFTAR PENAMAAN KWSP (Kemaskini Tukar Nama Anak & Isteri)