Isi Kandungan
HRDF LOGIN (Pendaftaran Permohonan Claim Cukai)
Kepada mara majikan yang ingin mendaftar dengan Human Resources Development Fund (HRDF), disini kami akan kongsikan cara login HRDF bagi pengguna kali pertama. Semoga membantu.
APA ITU HRDF
HUMAN RESOURCES DEVELOPMENT FUND atau Bahasa Melayu nya adalah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia merupakan sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Ianya tertakluk di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia 2001 (Akta PSMB 2001). Menurut artikel yang diterbitkan oleh Aditi Sharma Kalra pada May 2021, Human resources development fund telah dijenamakan semula menjadi HRD Corp.
BAYARAN PENDAFTARAN KURSUS HRD CORP
Mengikut Pekeliling Penyedia Latihan Bil. 9/2020, semua pendaftaran kursus adalah percuma.
CARA DAFTAR KURSUS HRD CORP
Ikuti langkah di bawah untuk mendaftar program latihan :
- Log masuk ke e-TriS
- Pilih Permohonan Terbuka > Profil > Program Latihan > Daftarkan Program Latihan
- Isikan bidang yang berkaitan
- Pendaftaran program latihan adalah percuma
- Garis panduan bagaimana mendaftarkan program latihan dibawah skim HRD Corp Claimable Course tersedia di “Tersedia di SINI”
- Senarai Semak Dokumen :
- Minimum dua (2) orang pengajar dengan sijil “Train the Trainer” (TTT)
- Profil pengajar
NOTA:
- Sila pastikan semua pelatih yang berdaftar mempunyai kecekapan dan kemahiran yang bersesuaian dengan program.
- Periksa e-mel anda dengan kerap dan balas pertanyaan (jika ada) dengan kadar segera untuk mengelakkan kelewatan permohonan anda.
- Penyedia latihan layak menuntut Yuran Latihan hanya setelah latihan dijalankan.
- Pelatih tetamu dari luar negara tidak memerlukan sijil TTT selagi pelatih hanya dijemput untuk menjalankan latihan secara khusus.
KELAYAKAN PENDAFTARAN HRD CORP
- Bermula 1 Mac 2021, akses ke HRDF diperluas ke semua industri. Firma dengan 10 atau lebih pekerja tempatan wajib mendaftar, sementara syarikat dengan 5 hingga 9 pekerja tempatan mempunyai pilihan untuk mendaftar.
- Mana-mana majikan yang dikehendaki mendaftar tetapi belum mendaftar dengan HRDF boleh dikenakan denda hingga RM10,000 dan/atau menghadapi hukuman penjara hingga satu tahun.
- Sila maklum bahawa majikan di bawah industri yang baru dimasukkan diberi pengecualian dari pungutan HRDF selama 3 bulan dari 1 Mac hingga 31 Mei 2021. Pengecualian kemudian dilanjutkan sehingga Januari 2022 (tiada pungutan cukai dilakukan untuk penggajian bulan Jun hingga Disember 2021).
CARA PERMOHONAN PENDAFTARAN HRD CORP MAJIKAN(HRDF LOGIN)
Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan pendaftaran iaitu:
- Pastikan anda telah mengimbas dokumen berikut:
- Lesen pendaftaran dari Pendaftar Perniagaan (ROB) atau Pendaftar Syarikat (ROC)
- Penyata KWSP atau PERKESO terkini
- Profil Syarikat atau Laporan Tahunan atau Laporan Kewangan yang telah diaudit
- Layari laman web https://hrdcorp.gov.my
- Pada menu tarik turun, klik pada “Majikan”
- Klik pada pautan “Klik Sini Untuk Pendaftaran”
- Lengkapkan Borang 1 dengan teliti. Anda boleh klik link ini untuk mendapatkan panduan bagaimana untuk mengisi borang 1; https://supportcentre.hrdcorp.gov.my
- Pastikan anda mengisi semua maklumat dengan betul dan sah. Dokumen yang di muat naik juga adalah dokumen yang sah.
- Akhir sekali tekan butang “hantar” pada borang 1.
CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN HRD CORP MAJIKAN
Majikan yang berjaya didaftarkan akan menerima notifikasi emel tentang status kelulusan dan kemudiannya akan menerima:
- ID pengguna dan katalaluan untuk mengakses e-TRiS
- Jemputan untuk menghadiri sesi onboarding
Nota: Program onboarding ialah latihan khusus untuk memberikan gambaran secara ringkas kepada majikan yang baru berdaftar mengenai penggunaan sistem dan cara untuk membuat permohonan geran, bayaran levi, tuntutan, dan mengemaskini maklumat majikan.
CARA AKSES HRD CORP MAJIKAN (PENGGUNA KALI PERTAMA)
Sebelum anda dapat log masuk ke dalam sistem Pembangunan Sumber Manusia Berhad, anda perlu mendapatkan nama pengguna dan kata laluan terlebih dahulu untuk akses login masuk hrdf malaysia.
- Untuk tujuan permohonan nama pengguna dan kata laluan, anda perlu menghantar surat dengan menggunakan kepala surat syarikat dan ditandatangan oleh pegawai yang berkuasa sekurang-kurangnya berpangkat eksekutif.
- Surat tersebut dengan jelas menyatakan permohonan untuk mendapatkan kata laluan dan disertakan dengan maklumat seperti berikut:
- Nombor MyCoID
- Nama Syarikat
- Nama Pemohon
- Alamat E-mel yang berdaftar
- Nombor Telefon
- Hantar permohonan anda ke alamat e-mel [email protected] dan tunggu dalam tempoh 24 jam untuk permohonan anda disemak.
- Notifikasi dan kata laluan yang dijana oleh [email protected] akan dihantar ke alamat e-mel yang anda telah daftar.
- Setelah memperoleh kata lalaun, anda boleh layari laman web https://hrdcorp.gov.my dan tekan login masuk hrdf malaysia.
- Masukkan nama pengguna dan kata laluan anda.
JENIS BAYARAN LEVY HRD CORP(HRDF LOGIN)
Terdapat tiga jenis pembayaran levi iaitu:
- Levi Semasa yang merupakan bayaran yang dilakukan pada tempoh yang ditetapkan.
- Levy Dalam Tunggakan iaitu bayaran levi yang dibuat selepas tempoh yang ditetapkan
- Faedah Terhadap Hrd levy yang merupakan bayaran yang dibuat di atas kelewatan pembayaran dengan kadar 10%.
CARA BAYARAN LEVY PAYMENT HRD CORP MAJIKAN
Berikut adalah langkah-langkah pembayaran levi:
- Layari laman web hrdf portal, https://hrdcorp.gov.my/
- Tekan butang log masuk dan masukkan nama pengguna dan kata laluan.
- Pada paparan seterusnya, tekan pada ikon permohonan dan klik pautan levi dan seterusnya Form 2 Eslip Form seperti gambar rajah di bawah
- Pada paparan seterusnya, pilih jenis pembayaran anda seperi yang dibincangkan di atas.
- Seterusnya masukkan data levi yang ingin dibayar dan sahkan bayaran bulanan dengan menekan butang “OK”.
- Tekan “seterusnya” pilih cara bayaran. Anda boleh membayar menggunakan aplikasi JomPay atau perbankan dalam talian (FPX).
Nota: Pembayaran perlu dibuat selewat-lewatnya pada 15hb bulan berikutnya.
CARA KIRA CUKAI HRDF
Berikut adalah merupakan cara penggiraan cukai iaitu:
- Cukai HRDF = Cukai HRDF% x (Gaji Asas + Elaun Tetap).
Bilangan pekerja warganergara | Kadar Cukai HRDF yang dikenakan |
10 atau lebih pekerja rakyat Malaysia | 1% daripada gaji bulanan setiap pekerja rakyat Malaysia |
5 ke 9 orang pekerja rakyat Malaysia | 0.5% daripada upah bulanan setiap pekerja rakyat Malaysia |
- Contoh pengiraan levi HRDF:
- Jika anda mencarum 1% dan pekerja anda memperoleh RM3,000 ditambah elaun tetap RM250, pengiraan levi HRDF untuk pekerja tersebut adalah seperti berikut:
- (RM3,000 + RM250) * 1% = RM32.50
MAKLUMAT LANJUT HRDF LOGIN
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai HRDF Login, anda boleh melayari website rasmi HRD Corp di pautan https://hrdcorp.gov.my/
ARTIKEL BERKAITAN:
- SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (Permohonan Semakan Kursus Induksi SLDN)
- MYRAIL LIFE KTMB (Permohonan Pas Perjalanan Percuma Setahun Tanpa Had)
- SLOAN SHOPEE (Permohonan Pinjaman Kewangan Sehingga RM100000)
permohonan ibu tunggal ada anak tapi kahwin
Cara nak daftar hrdf kursus free macam mana nak daftar