CARA DAFTAR PENAMAAN KWSP (Kemaskini Tukar Nama Anak & Isteri)

CARA DAFTAR PENAMAAN KWSP (Kemaskini Tukar Nama Anak & Isteri)

CARA DAFTAR PENAMAAN KWSP

Tahukah anda bahawa anda boleh menamakan mana-mana ahli keluarga anda yang berusia 18 tahun ke atas atau Amanah Raya Berhad (ARB) untuk Penama KWSP. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan agar menamakan ahli keluarga yang terdekat sahaja bagi memudahkan urusan pengeluaran KWSP.

Bagaimana cara untuk daftar penamaan KWSP? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU PENAMAAN KWSP

Sekiranya anda membuat penamaan, anda hendaklah memilih individu atau institusi untuk menerima dan mentadbir simpanan KWSP anda sekiranya anda meninggal dunia. Anda boleh buat perancangan awal dengan membuat penamaan anda bagi mengurangkan kesulitan dan juga untuk memastikan mereka mendapat jaminan kewangan selepas anda meninggal dunia.

Bagi penama KWSP bagi ahli yang beragama Islam adalah sebagai Wasi yang bertanggungjawab mengagihkan simpanan KWSP ahli yang telah meninggal dunia kepada waris yang berhak.

 

FAKTA DAN MITOS TENTANG PENAMAAN KWSP

MITOSFAKTA
Simpanan akan dipindahkan ke ARB jika tidak dituntutSimpanan yang masih di KWSP hanya akan dipindahkan ke Pendaftar Wang Tidak Dituntut apabila ahli mencapai umur 100 tahun
Kematian membatalkan keseluruhan penamaanHanya bahagian penama yang meninggal dunia sahaja terbatal
Waris perlu menuntut dalam masa 3 hari sahaja, jika tidak simpanan akan dipindahkan secara automatik ke ARBBagi ahli beragama Islam sahaja, penamaan akan terbatal jika Penama/Pentadbir (Wasi) tidak membuat permohonan pengeluaran dalam masa 1 tahun dari tarikh kematian ahli

 

KEPENTINGAN PENAMAANKWSP

Berikut adalah merupakan kepentingan penamaanKWSP perlu dibuat:

  1. Memendekkan proses pengeluaran
  2. Mengelakkan sebarang kos dan kerumitan mendapatkan dokumen pihak ketiga dari Pejabat Tanah/Mahkamah
  3. Memastikan waris mewarisi simpanan anda

NOTA: Sekiranya ahli tidak menamakan sesiapa sebelum kematian, waris ahli yang layak boleh menghantar permohonan Pengeluaran Kematian ke pejabat KWSP.

 

SYARAT KELAYAKAN PEMBUAT PENAMAAAN KWSP

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Warganegara Malaysia ATAU Penduduk Tetap (PR)/Bukan Warganegara (Menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)

 

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA PENAMAAN KWSP

  • Mana-mana individu
  • Amanah Raya Berhad (ARB)

Nota:

  • Sebagai Wasi/ Pentadbir yang bertanggungjawab untuk mengagihkan simpanan ahli yang meninggal dunia kepada waris-waris yang berhak mengikut Undang-Undang Islam
  • Sekiranya ahli memilih untuk menamakan ARB sebagai penama, ARB akan menjadi pentadbir kepada SEMUA (100%) bahagian simpanan ahli.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN PENAMAAN KWSP

Berikut adalah merupakan dokumen yang perlu anda sediakan untuk membuat penamaanKWSP:

 

DOKUMENWARGANEGARA MALAYSIA/PRBUKAN WARGANEGARA
(MENJADI AHLI KWSP SEBELUM 1 OGOS 1998)
Borang Penamaaan (KWSP 4)//
Salinan Kad Pengenalan/ MyKad / Kad Pengenalan Tentera/ X
Salinan passport yang sahlaku X/
Salinan dokumen pengenalan diri penama-penama*//

Nota: Penamaan boleh dikemas kini dari semasa ke semasa dengan mengemukakan Borang Penamaan KWSP 4 yang baru (MuatTurun DI SINI) . Penamaan baru akan membatalkan penamaan ahli yang terdahulu.

 

CARA MEMBUAT PENAMAAN KWSP

Untuk membuat penamaanKWSP, penamaaan boleh di buat oleh ahli dengan melengkapkan KWSP 4 dan mengemukakan sendiri di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara daftar penamaan KWSP, anda boleh layari laman web rasmi KWSP di pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/member/nomination

 

ARTIKEL LAIN

CARA TUNTUT/CLAIM KHAIRAT KEMATIAN KWSP (Prosedur & Dokumen )

1 thought on “CARA DAFTAR PENAMAAN KWSP (Kemaskini Tukar Nama Anak & Isteri)”

Leave a Comment