PORTAL e-MUALAF JAKIM DAFTAR (Semakan Bantuan Mualaf)
Portal e-Mualaf menyediakan maklumat terkini seperti kenyataan media dan program-program terkini. Ia juga mempunyai prosedur masuk Islam dan pendaftaran mualaf bagi pemohon berumur 18 tahun ke atas dan di bawah. Disini kami akan kongsikan mengenai portal ini, semoga membantu
APA ITU e-MUALAF JAKIM
Portal e-Mualaf adalah sistem terpusat maklumat saudara muslim yang dibangunkan bagi memantapkan pengurusan pengislaman, pendaftaran pengislaman, pembelajaran, kebajikan, dan jagaan saudara muslim di Malaysia. Portal ini juga bertujuan untuk menyediakan maklumat yang cepat dan tepat, terutamanya dalam situasi kecemasan dan untuk mengelakkan pertindihan tuntutan jenazah.
Sistem ini telah ditingkatkan kepada e-Muallaf 2.0 dengan tambahan fungsi cetakan kad muallaf secara terus melalui sistem. Kad muallaf juga dilengkapi dengan kod QR bagi memudahkan semakan saudara baru.
NEGERI YANG MENGGUNAKAN e-MUALAF JAKIM
Sistem e-Mualaf pertama kali dibangunkan pada tahun 2013 dan meliputi kawasan di Negeri:
- Perlis
- Kedah
- Perak
- Wilayah Persekutuan
- Negeri Sembilan
- Terengganu
- Kelantan
Nota: Sistem ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di masa akan datang.
SYARAT PERMOHONAN PENGISLAMAN
Berikut adalah merupakan syarat-syarat permohonan iaitu:
- Bermastautin di Wilayah-wilayah Persekutuan.
- Berumur 18 tahun ke atas. Bagi yang berumur 18 tahun ke bawah perlu mendapat keizinan daripada ibu/bapa/penjaga.
- Dua orang saksi Muslim warganegara (lelaki/perempuan).
- Passport atau Visa Perjalanan yang masih sah.
INFO PENTING PROSES PENGISLAMAN
Berikut adalah merupakan info-infi penting proses pengislaman iaitu:
- Syarat-Syarat Permohonan
- Penerangan Pengislaman
- Pengisian Borang
- Permohonan perlu diisi dengan maklumat yang lengkap di hadapan Pegawai Pengislaman (NGO /Pegawai Masjid)
- Lafaz Syahadah
- Pendaftaran Pengislaman
- Pemohon perlu hadir ke JAWI beserta dokumen berikut:
- Dua (2) orang saksi Muslim (Warganegara).
- Dua (2) keping gambar berukuran lesen.
- Salinan Penyata Nombor Akaun Bank (Nama dan Nombor Akaun).
- Pemohon perlu hadir ke JAWI beserta dokumen berikut:
CARA PERMOHONAN PENGISLAMAN ONLINE
Berikut adalah merupakan cara membuat permohonan E-Muallaf / Permohonan Pengislaman (On-Line) iaitu:
- Layari pautan Permohonan On-Line Sistem E-Mualaf
- Baca pada Info Penting Proses Pengislaman, dan tick pada Setuju
- Kemudian klik pada Borang Permohonan
- Isikan segala maklumat yang diperlukan pada ruangan tersedia dengan lengkap dan tepat.
- Semak kembali maklumat anda, kemudian tick pada kotan pengakuan dan klik Hantar Permohonan
PROSEDUR MASUK ISLAM
Berikut adalah merupakan pautan prosedur masuk islam mengikut katagori iaitu:
- Pendaftaran Muallaf Bagi Pemohon Berumur 18 Tahun Ke Bawah
- Pendaftaran Mualaf Bagi Pemohon Berumur 18 Tahun Ke Atas
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklut lanjut mengenai portal e-Muamalaf Jakim, anda boleh melayari pautan e-Muamalaf 2.0
ARTIKEL BERKAITAN:
- PERMOHONAN SPH JAKIM: Skim Pembiayaan Hafiz
- PERMOHONAN JAWATAN KOSONG GURU KAFA SETIAP NEGERI 2023