CARA DAPATKAN SEMULA NOMBOR TERMINATED (Expired Sebab Tak Topup)

CARA DAPATKAN SEMULA NOMBOR TERMINATED (Expired Sebab Tak Topup)

DAPATKAN SEMULA NOMBOR TERMINATED

Pernah tak terjadi kepada anda yang nombor telefon sudah bertahun lama-lamanya anda guna tiba-tiba telah diterminated? Pastinya ini akan menyusahkan anda kerana sudah ramai kenalan anda boleh hubungi anda melalui no tersebut. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk dapatkan semula nombor telefon yang telah terminated, semoga membantu.

 

PUNCA NOMBOR TERMINATED

Punca ini terjadi apabila pengguna masih tidak membuat sebarang tambah nilai untuk aktifkan perkhidmatan talian tersebut selepas tamat tempoh aktif dalam tempoh 60 hari meallui proses berikut:

  • Nombor Disekat (Barred) – 30 hari pertama
  • Nombor ditahan (Blocked) – 30 hari kedua
  • Penamatan (terminated) – selepas tempoh 60 hari (Pada fasa ini pihak telco akan menganggap pengguna sudah tidak berminat untuk menggunakan talian telefon terbabit)

 

KESAN APABILA NOMBOR TELAH TERMINATED

Sekiranya no telah terminated, pengguna tidak boleh membuat perkhidamatan seperti:

  • Panggilan keluar
  • Menerima panggilan
  • Menggunakan data
  • Tidak boleh membuat tambah nilai ataupun bayar bi

 

SYARAT UNTUK DAPATKAN SEMULA NOMBOR TERMINATED

Kepada anda yang ingin mendapatkan semua nombor tersebut, berikut adlaah merupakan beberapa syarat yang perlu anda patuhi iaitu:

  • Pastikan simkad yang dah terminate tu masih ada dalam simpanan kerana anda perlu nyatakan nombor siri simkad tersebut kepada teknikal telco nanti
  • Pastikan permohonan dapatkan semula nombor tersebut dibuat dalam tempoh 30 hari selepas nombor terminated. Ini kerana selepas pada 30 hari nombor akan dihanta ke SKMM untuk proses recycle.

 

CARA DAPATKAN SEMULA NOMBOR TERMINATED

Cara untuk dapatkan kemabli nombor anda yang telah terminat adalah dengan cara menghantar email kepada pihak teknikal telco yang anda gunakan. Contoh email adalah seperti di bawah:

Kepada: (alamat email telco berkenaan)

Tajuk: Permohonan pengaktifan semula simkad bernombor (Nombor telefon)

 Perkara:

salam sejahtera,

Saya (NAMA) nombor kad pengenalan (NO KAD PENGENGALAN) pemilik nombor(NOMBOR).

Bolehkah saya mendapatkan semula nombor berkenaan memandangkan nombor itu penting untuk urusan seharian saya.

Saya akan membayar segala tunggakan atau caj pengaktifan yang diperlukan untuk mendapatkan semula nombor berkenaan.

Saya mengaku kesilapan kerana terlupa untuk tambah nilai/bayar bil bagi nombor berkenaan.

Harap pihak Tuan dapat memberi maklumbalas kepada saya.

Terima kasih saya dahulukan.

 

Yang benar

(NAMA)

NOTA: Snda akan menerima maklumbalas daripad pasukan teknikal telco dan masa 2-3 hari bekerja selepas email anda dihantar.

 

ARTIKEL LAIN

SIMKAD KENA BLOCK(CELCOM/MAXIS/DIGI/TUNE TALK/ ONE XOX/YES4G):(Cara Unlock & Guna Semula)

2 thoughts on “CARA DAPATKAN SEMULA NOMBOR TERMINATED (Expired Sebab Tak Topup)”

  1. Nama saya Anbarasan .Saya mass itu take ingat password nombor telefon lalu broke password ikut cara youtube.Lepas Saya tekan wipe and reset account gmail Saya hilang iaitu [email protected] card pun mati .Hal in berlaku disebabkan lcd telefon Saya rosak Dan Saya baiki lcd dalam tempoh 3 bulan.Jadi tolong saya untuk aktifkan nombor sama :0175463532.

    Balas

Leave a Comment