CARA TUKAR LINE TELEFON (Check Syarat Tukar Telco)

CARA TUKAR LINE TELEFON (Check Syarat Tukar Telco)

TUKAR LINE TELEFON

Kepada anda yang ingin mengekalkan no telefon anda yang lama tetapi ingin beralih ke telco yang lain, semestinya anda ingin mengetahui caranya. Untuk pengetahuan anda, proses penukaran line telefon dari sesuatu telco ke telco yang lain adalah satu proses yang mudah tetapi terdapat beberapa syarat yang anda perlu ketahui untuk proses tersebut. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara tukar line telefon dan syaratnya, semoga membantu.

 

APA ITU TELCO

Sebuah syarikat telefon (telco) menyediakan perkhidmatan komunikasi telefon dan data. Kebanyakan syarikat telefon menawarkan pakej Internet / telefon untuk bayaran bulanan tetap. Perkhidmatan telefoni bundled biasanya lebih murah daripada perkhidmatan individu.

 

SYARAT TUKAR LINE TELEFON

Berikut adalah merupakan syarat-syarat untuk penukaran line telco ini iaitu:

  1. Pastikan simkad asal masih aktif.
  2. Mempunyai baki kredit sekurang-kurangnya RM1 untuk tujuan membalas SMS pengesahan untuk keluar telco. Sekiranya postpaid, pastikan anda telah membayar bil terkini (current bill) dan lebihkan RM1 dari jumlah pembayaran bil berkenaan.
  3. Simkad tidak mempunyai tunggakan semasa proses tukar line telefon. Sekiranya prepaid, pastikan simkad tidak mempunyai hutang kredit.
  4. Anda perlu pastikan pendaftaran tukar line telefon ini menggunakan kad pengenalan yang betul. Sekiranya nombor simkad anda didaftarkan atas penama orang lain, pastikan orang itu ada semasa proses pertukaran dilakukan.
  5. Simkad atau nombor anda seharusnya tidak mempunyai kontrak. Sekiranya mempunyai kontrak, anda perlu batalkan dulu kontrak sebelum proses boleh penuakran line telefon boleh dilakukan.
  6. Anda perlu pastikan simkad anda bukan subline atau mainline kepada sesuatu akaun. Sekiranya simkad anda subline atau mainline, anda perlu tukar line kedua-dua sim (nombor) sekaligus.
  7. Pastikan anda pergi berjumpa dealer telco yang sah supaya proses penukaran line ini memudahkan urusan anda.

 

CARA TUKAR LINE TELEFON

Setelah anda memenuhi syarat di atas, berikut adalah merupakan cara penukaran line telco:

  1. Pergi ke mana-mana dealer yang sah telco terbaru yang anda inginkan.
  2. Dealer tersebut akan membuatkan pendaftaran permohonan pertukaran line telefon (MNP) dan akan memberikan anda simkad telco terbaru tersebut.
  3. Seterusnya anda akan terima SMS dari telco asal untuk pengesahan. SMS ini akan diterima dalam masa tempoh 24 jam.
  4. Setelah diterima anda perlu reply SMS pengesahan tersebut.
  5. Kemudian anda perlu tunggu sehingga line telco lama tidak aktif (masa paling lama 3 hari).
  6. Setelah sim lama tiada lain, anda hanay perlu masukkan sim baru (telco baru).
  7. Selesai, anda kini telah menggunakan perkhdimatan line telco baru

NOTA: Proses ni adalah sama untuk semua telco yang terdapat di Malaysia

 

ARTIKEL LAIN

SIMKAD KENA BLOCK(CELCOM/MAXIS/DIGI/TUNE TALK/ ONE XOX/YES4G):(Cara Unlock & Guna Semula)

3 thoughts on “CARA TUKAR LINE TELEFON (Check Syarat Tukar Telco)”

Leave a Comment