PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN ZAKAT PULAU PINANG MAINPP 2022

PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN ZAKAT PULAU PINANG MAINPP 2022

BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN MAINPP

Untuk makluman,Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang, MAINPP  (dahulunya E-Minhah) Bagi Tahun 2022 kini telah dibuka kepada anak negeri Pulau Pinang yang berkelayakan. Disini kami akan kongsikan cara untuk membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN  ZAKAT PULAU PINANG(MAINPP)

Bantuan dermasiswa ini dikenali sebagai Bantuan Dermasiswa E-Minhah yang diuruskan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, namun pada tahun ini ZPP akan menguruskan bantuan dermasiswa ini sepenuhnya dengan dijenamakan semula sebagai Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang.

Para pelajar boleh menerima bantuan dalam pelbagai jumlah, minimum RM2,500 hingga kadar maksimum RM20,000 bergantung pada tahap pengajian serta tempoh pengajian.

 

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN ZAKAT PULAU PINANG(MAINPP)

  • Tarikh buka permohonan: 23 Mac 2022 (12.00 tengah malam)
  • Tarikh tutup permohonan : 22 April 2022, Jam 11.59 malam.

 

 

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN ZAKAT PULAU PINANG

Berikut adalah syarat permohonan:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya selama 3 bulan.
  • Tidak menerima bantuan tajaan pembiayaan atau biasiswa mana-mana pihak kecuali Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Bantuan Kewangan Negeri Pulau Pinang

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN ZAKAT PULAU PINANG(MAINPP)

Berikut adalah cara permohonan:

  1. Daftar dan mohon di portal zakatpenang2u.com.
  2. Pilih menu Bantuan Zakat
  3. Kemudian klik Permohonan Bantuan
  4. Seterusnya pilih menu Dermasiswa Pengajian
  5. Isi dan lengkapkan maklumat yang diperlukan secara online.
  6. Semak dan tekan butang Hantar setelah selesai melengkapkan borang permohonan.

Cara Umum Permohonan

  1. Permohonan mestilah melalui Borang Bantuan Zakat yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang, MAINPP
  2. Permohonan hendaklah diisi oleh ketua keluarga @ waris / penjaga.
  3. Dokumen Utama (wajib disertakan) :
    • Salinan kad pengenalan pemohon,
    • Salinan slip gaji/ pengesahan pendapatan
  4. Dokumen Sokongan (jika perlu) :
    • Salinan surat cerai/ mati (jika ibu tunggal/ tinggal)
    • Surat pengesahan JKM, SOCSO dsb Surat Pengesahan Sakit (jika bantuan perubatan),
    • Surat pengesahan pihak sekolah (jika bantuan persekolahan),
    • Surat tawaran IPT (jika bantuan IPT)
  5. Pihak Zakat Pulau Pinang berhak menyiasat semua butir yang dikemukakan dan sekiranya didapati pemohon tidak layak @ tidak benar Zakat Pulau Pinang berhak untuk menolak permohonan tersebut.
  6. Borang yang telah siap diisi perlu dihantar dengan cara hadir sendiri atau dipos ke kaunter perkhidmatan zakat yang terdekat.

 

 

SOALAN LAZIM

Adakah boleh buat permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang  secara online?

  • Ya,boleh

Bagaimakah cara nak buat semakan status kelulusan permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang?

  • Sila rujuk zakatpenang2u.com

Berapa kadar Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang ?

  • Para pelajar boleh menerima bantuan dalam pelbagai jumlah, minimum RM2,500 hingga kadar maksimum RM20,000 bergantung pada tahap pengajian serta tempoh pengajian

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang Mainpp, sila hubungi saluran berikut:

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN ZAKAT PULAU PINANG(ZPP) 2022

Tags: #Adakah boleh buat permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang secara online? #APA ITU BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN ZAKAT PULAU PINANG(MAINPP) #Bagaimakah cara nak buat semakan status kelulusan permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang? #BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN MAINPP #BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN ZAKAT PULAU PINANG(MAINPP) #Berapa kadar Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang ? #CARA PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN ZAKAT PULAU PINANG(MAINPP) #PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN ZAKAT PULAU PINANG MAINPP 2022 #SEMAKAN SYARAT PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN 2021 ZAKAT PULAU PINANG(MAINPP) #SOALAN LAZIM BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN ZAKAT PULAU PINANG(MAINPP) #SYARAT PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN ZAKAT PULAU PINANG(MAINPP) #TARIKH PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN 2021 ZAKAT PULAU PINANG(MAINPP) #TARIKH PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN ZAKAT PULAU PINANG(MAINPP)

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!

    Leave a reply "PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN ZAKAT PULAU PINANG MAINPP 2022"